❀58 - 91❀
Bangun pagi itu kepala terasa sangat berat mahu di angkat, sama seperti malam tadi. Tetapi malam tadi terpaksa memaksa diri untuk bangun juga, kalau tidak bagaimana Tiffany mahu membawa dia pulang ke rumah.
Eh? Sekejap.
Semalam rasanya Tiffany bukan datang seorang diri tapi ada seseorang bersamanya. Taeyeon sengetkan kepala untuk mengingati siapa gerangan tersebut. Tak tahu kenapa hanya Tiffany saja Taeyeon dapat ingat datang mengambilnya malam tadi. Apa yang dia tahu, seseorang yang di maksudkan adalah seorang lelaki.
Tapi siapa?
Perlahan Taeyeon bangun dari tidur, dia tak boleh terus baring saja. Lagipun bau minuman semalam melekat di tubuhnya, dan ia membuatkan dirinya tidak selesa.
Pening memusing pula kepalanya bila sudah bangun, tangan kanan naik memegang kepala sendiri sambil berjalan pergi ke di mana tergantungnya tuala. Selepas itu Taeyeon masuk ke bilik air.
Ada sesuatu seperti sedang mencucuk tekaknya dan membuatkan segala benda yang ada di dalam perutnya keluar.
Taeyeon muntah.
Puan Kim yang melalui bilik Taeyeon terdengar yang anaknya sedang muntah. Cepat cepat Puan Kim melangkah masuk ke dalam bilik Taeyeon untuk melihat sama ada anak perempuannya itu dalam keadaan yang baik atau tidak.
Pintu bilik air yang tidak berkunci menyenangkan Puan Kim untuk masuk ke dalam. Sambil bersuara cemas Puan Kim mengusap belakang anaknya.
Tak lama kemudian Taeyeon kembali tenang. Tidak lagi rasa mahu membuang apa apa saja yang masih bersisa di dalam mulut.
"Taeyeon okey ke ni? Kalau rasa macam tak sihat, jom omma bawa pergi klinik" ujar Puan Kim.
Taeyeon menggeleng. "Tak apa. Taeyeon tak apa apa pun"
"Yalah. Tapi kalau rasa macam tak sihat, bagitahu omma biar omma bawa pergi klinik atau omma telefon Baekhyun ambil pergi hospital dia"
Taeyeon berkalih pandang omma. Bila nama Baekhyun mula di petik dalam perbualan mereka, bayang lelaki asing yang pergi bersama Tiffany mengambilnya malam tadi terus menjadi diri Baekhyun.
"Malam tadi Tiffany ambil Taeyeon dengan Baekhyun ke?"
Puan Kim mengangguk mengiakan.
"Kenapa?" Soal Puan Kim pula.
"Tak ada apa apa, Taeyeon nak mandi dulu. Omma pergilah turun, sekejap lagi Taeyeon turun" Taeyeon tersenyum nipis.
Puan Kim mengangguk lagi.
Selepas mandi, Taeyeon turun seperti yang di katakannya sebentar tadi. Tidak seperti baru bangun tidur sebentar tadi, selepas mandi tubuhnya di rasakan lebih bersemangat. Taeyeon tersenyum lebar pada omma yang duduk di ruang tamu sambil membaca majalah.
"Jom omma temankan kamu sarapan"
Taeyeon angguk.
Terus Taeyeon pergi ke meja makan yang masih terhidang makanan ataupun mungkin omma baru sahaja menghidangkannya sebentar tadi semasa dia sedang mandi.
Taeyeon mengambil tempat lalu mencapai sarapan yang di sediakan omma untuknya hari ini.
"Tadi kan omma sebut pasal Baekhyun, lepas omma keluar dari bilik kamu Baekhyun telefon."
Taeyeon pandang omma.
"Dia telefon kenapa?"
"Baekhyun tu tanya tunang dia ni okey ke tidak. Kalau tak sihat dia nak datang ambil pergi klinik atau hospital terus" Puan Kim senyum.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...