108

267 40 9
                                    

Anak mata Taeyeon mengerling ke arah suami dan dua orang rakan yang sedang berserabut. Entah apa yang di serabutkan mereka pun Taeyeon tidak tahu, yang pasti dia bakal membuat laporan polis. Sudah empat hari dia mendiamkan diri, tetapi omma mertuanya dan juga perempuan berdua itu masih belum kembalikan anak perempuannya. Hati yang kian sakit itu yang membuat Taeyeon yang dulu berubah saat ini.

Taeyeon memanjat anak tangga satu per satu dengan agak laju. Dia tidak boleh menunggu lama lagi, dia sudah tidak mampu mahu menahan rasa. Hari ini, semuanya akan berakhir.

Tiffany sekadar memandang sekilas lalu saja. Jika Taeyeon benar benar membuat laporan polis, omma Baekhyun bakal masuk ke dalam lokap. Memang jujur dia begitu marah pada omma Baekhyun, tapi hatinya tidaklah sejahat mana. Perasaan bersalah akan terpalit di hatinya jika melihat omma Baekhyun berada di dalam lokap kerana menculik cucu sendiri.

Baekhyun bangun buka pintu bila ada tetamu yang datang ke rumah. Dengan wajah muram Baekhyun menyambut kedatangan keluarga mertuanya yang baru tiba.

Tuan Kim pegang bahu Baekhyun dan di usapnya lembut. Dia mungkin tidak faham perasaan menantunya saat ini, tetapi dia merasa bersalah jika anak perempuannya membuat keputusan untuk memasukkan omma mertuanya sendiri ke lokap.

Puan Kim menghampiri Tiffany yang sedang memandang. Tiada senyuman manis Tiffany yang menghiasi bibirnya seperti selalu.

                  "Tiffany dah cuba slow talk dengan Taeyeon?" Soal Puan Kim lembut.

                  "Sudah auntie. Tapi Taeyeon masih dengan keputusan dia untuk buat laporan polis. Pada bila bila masa saja Taeyeon akan membuat laporan tu. Tiffany pun dah tak tahu macam mana nak buat sekarang. Omma Baekhyun pun masih berkeras nak Baekhyun kahwin dengan perempuan dua orang tu," Tiffany mengeluh berat.

Puan Kim juga rasa bersalah. Walau bagaimana pun jahat omma Baekhyun, perempuan itu adalah birasnya juga.

Beberapa minit kemudian Taeyeon turun dengan keadaan yang sudah elok. Di dalam genggaman tangan kanannya mempunyai kunci keretanya.

Puan Kim menghampiri anaknya lalu bahu itu di pegangnya. "Kamu nak pergi ke mana, sayang?"

Semua mata terarah pada Taeyeon. Mereka sudah berdebar debar.

                  "Taeyeon nak pergi buat laporan polis. Nak tunggu apa lagi," balas Taeyeon dengan nada kosong.

                  "Taeyeon, janganlah buat laporan polis. Taeyeon lupa ke yang ambil Nayeon tu omma mertua Taeyeon, omma suami Taeyeon. Takkanlah Taeyeon tergamak tengok omma Baekhyun masuk lokap?" Puan Kim cuba memujuk.

                 "Taeyeon tak kisah. Lagipun sebelum ni omma mertua Taeyeon tu tak pernah kisah pun pasal Taeyeon. Jadi, untuk apa lagi Taeyeon nak kasihankan manusia macam tu? Memang dia omma suami Taeyeon, tapi apa hak dia nak ambil Nayeon tanpa kebenaran Taeyeon?" Bicaranya tampak sangat tidak kisah.

                 "Cukuplah mereka bodoh bodohkan Taeyeon selama ni, Taeyeon dah tak mampu lagi. Diaorang takkan terlepas kali ini," tambah Taeyeon.

                  "Dia tetap omma mertua kau. Janganlah buat macam ni. Taeyeon yang aku kenal tak sekejam sekarang," Tiffany menyampuk.

                 "Taeyeon yang kau kenal dulu dah berubah, setelah bermacam perkara sudah berlaku" balas Taeyeon begitu tenang.

                 "Tak kasihankan Baekhyun ke kalau omma dia masuk lokap?" Chanyeol pula menyampuk perbualan mereka.

                 "Saya izinkan awak buat laporan polis tu,"

Semua pandang ke arah Baekhyun yang baru sahaja bersuara. Sudahlah kata katanya membuatkan semua orang terkejut.

Taeyeon tolak lembut tangan omma lalu pergi ke arah pintu.

                  "Maafkan saya, saya tak mampu nak tahan lagi." Ucap  Taeyeon sebelum teruskan langkahnya.

Tiffany maju mendekati Baekhyun lalu bahu lelaki itu di tolaknya sekuat hati. Matanya membuntang.

                 "Kau gila ke?!"

                 "Aku tak boleh nak buat apa apa. Omma aku masih berdegil," Baekhyun menghela nafas dan berlalu pergi dari situ meninggalkan semua orang yang masih terkejut dengan tindakan Baekhyun sebentar tadi.

Tiffany pandang Puan Kim. "Apa yang dah berlaku ni auntie? Kenapa mereka kedua duanya macam dah hilang akal?" Soalnya dengan air mata yang mengalir perlahan.

Puan Kim menggeleng lemah. Dia juga sudah tidak faham dengan keadaan sekarang ini. Entah tidak tahu di mana silapnya.

                   "Taeyeon, kau dari mana?" Tiffany pergi dapatkan Taeyeon yang baru pulang.

Taeyeon pandang wajah Tiffany.

                   "Kan aku dah cakap tadi yang aku pergi balai buat laporan tentang penculikan anak perempuan aku," balasnya selamba.

Setelah itu Taeyeon berlalu pergi ke biliknya. Dia tidak sanggup lihat muka Tiffany yang suram, muka Chanyeol yang juga lebih kurang sama dengan Tiffany. Dan muka suami yang sepertinya sudah kehilangan riak mukanya. Tiada reaksi apa apa yang di terima oleh Baekhyun sebentar tadi.

Tiffany terduduk di hadapan pintu rumah. Tangan menumbuk dada sendiri, seraya air mata mula mengalir membasahi pipi.

Chanyeol yang melihat apa Tiffany sedang lakukan cepat cepat menghampiri gadis itu. Tangan yang menumbuk dada di capai Chanyeol bagi menghentikan perbuatan Tiffany.

Tiffany pandang Chanyeol dengan air mata yang berlinangan. "Semuanya salah aku. Kalau tidak semua ni takkan berlaku, Taeyeon takkan buat laporan tentang auntie Byun. Semuanya bermula dengan cadangan paling bodoh aku tu," Tiffany meluahkan semuanya, tanda di begitu menyesali apa saja yang telah dia lakukan sebelum ini.

Chanyeol sapu air mata Tiffany lalu menggelengkan kepala beberapa kali.

                  "Ini semua bukan salah kau. Kau cuma nak menolong kawan je, semua yang terjadi sudah tertulis. Kau tak patut salahkan diri kau sendiri,"

Baekhyun bangun. "Memang bukan salah kau Tiffany, aku yang menyebabkan Taeyeon jadi begitu. Kalau aku mampu tahan perasaan semasa di kelab malam tu, semuanya akan baik baik sahaja." Setelah menuturkan semua itu, Baekhyun membawa diri ke luar rumah.

Tiffany sudah teresak esak. Dia sudah buntu dengan situasi sekarang. Macam macam sudah berlaku sekarang, tidak tahu bila bakal kembali baik.

Badan Tiffany di tarik rapat ke badan Chanyeol, kepala Tiffany bersandar pada dada Chanyeol. Chanyeol membiarkan saja Tiffany melepaskan segalanya. Fikirannya juga sudah bercelaru, tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan semua ini. Entah siapa yang salah sebenarnya dalam cerita ini sehingga berlakunya kisah yang sebegini.

—————

Selamat membaca semua. Lama tak update ff ni 😅

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now