077

303 58 13
                                    

74 - 91

Yerin mengetuk pintu bilik kerja Baekhyun sebelum masuk. Dia tersenyum apabila melihat Baekhyun memandang ke arahnya.

Baekhyun yang tadinya sedang sibuk mencatat kad pesakitnya menghentikan kerja apabila melihat Yerin di sini. Entah apa pula dia mahukan pun tidak tahulah.

Yerin hulur satu sampul surat yang tidak besar pada Baekhyun tetapi Baekhyun hanya memandang tanpa menyambut huluran tersebut. Melihatkan balasan Baekhyun, Yerin letak sampul surat berwarna putih itu di atas meja perlahan.

"Doktor jangan fikir bukan bukan yang saya tulis surat cinta ataupun perkara yang lain. Surat tu bukan dari saya, tapi dari Taeyeon. Dia mintak saya berikan surat ni pada doktor selepas dia balik sebentar tadi," ujar Yerin.

"Surat apa yang Taeyeon bagi? Kenapa bukan dia sendiri yang hantarkan pada saya, kenapa awak pulak yang dia mintak tolong hantarkan?" Baekhyun mengerutkan dahinya.

Pelik. Sejak bila pula Taeyeon dengan Yerin ni boleh berbaik ni, sedangkan sebelum ini Yerin ni pantang kalau tak jeling jeling pada Taeyeon.

"Saya dengan Taeyeon dah berbaik pun, doktor tak perlu rasa pelik sangat. Dan tentang surat tu pulak, Taeyeon cakap yang dia hanya tidak mahu menghantarnya ke sini. Tak apalah, saya keluar dulu" Yerin berlalu pergi meninggalkan Baekhyun yang terpinga pinga tak faham dengan situasi sekarang ni.

Dalam dua tiga minit Baekhyun keras, dia mencapai sampul surat yang tinggalkan Yerin itu laju. Nak tahu apalah yang Taeyeon tulis di dalam surat ini, dah macam tak boleh nak berbalas mesej lagi dah kawan dia yang sorang tu.

Bila Baekhyun keluarkan kertas yang bertulis itu, jantungnya mula berdegup. Berbagai perkara yang mula di fikir fikirkan. Salah satu yang di fikirkan adalah Taeyeon sendiri yang mahu berkahwin dengannya, jika benar begitu permintaan Taeyeon. Dia lah orang yang paling bahagia sekali dalam dunia ni.

Sebelum memulakan pembacaannya, Baekhyun menarik nafas sedalam mungkin dahulu. Dia perlu baca tenang tenang, tak boleh nak bergembira sangat selagi tak baca apa yang tertulis di dalam surat ini.

Surat yang berlipat itu di buka dan dia mula membacanya.

For Byun Baekhyun,

"Aku tak mampu nak bagitahu kau sendiri pasal ni, jadi aku kirimkan surat ni je. Bukan aku sengaja nak hantar surat ni sedangkan dunia sekarang dah maju. Aku cuma rasa ringan tangan nak tulis surat ni dan hantar pada kau. Pada hari yang telah mengubah hidup aku dan mungkin juga hidup kau, aku jadi kekok dan malu sangat nak bersua muka dengan kau. Apa yang aku nak kau tahu aku sayangkan kau, dan paling penting sekali aku nak kau tahu yang sekarang aku sedang mengandungkan anak kau dan aku. Aku tak tahulah atas perasaan apa benih ni hidup dalam perut aku. Yang pasti aku mengalu alukan kedatangannya. Dan aku tak sabar nak menatap wajahnya. Adakah akan mengikut wajah omma nya atau appa nya. HAHAHA... tak kisahlah muka siapa pun dia akan ikut, yang pasti dia keluar dengan sempurna. Tujuan aku bagitahu kau pasal perkara ni bukan nak kau risau tentang aku atau ambil berat pasal aku. Aku kalau boleh tak naklah kita di satukan. Omma kau pun dah tak boleh terima aku lagi. Kau jangan risau, walaupun kita tak bersatu menjadi suami isteri aku takkan halang kau dari bertemu dengan anak kau, darah daging kau sendiri."

Itu je lah yang nak sampaikan. Terima kasih sebab sudi buang masa berharga kau dengan membaca surat ni.

Surat yang baru habis di baca dia letak di atas meja seraya melepaskan keluhan berat. Baekhyun mencapai telefon pintarnya lalu menghubungi Taeyeon tetapi panggilan tersebut di tolak Taeyeon.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now