❀33 - 91❀
Puan Kim bercekak pinggang sambil bermundar mandir di hadapan bilik Taeyeon. Dari tadi lagi dia sudah memanggil anak perempuannya itu untuk keluar bersarapan dengan mereka tetapi Taeyeon langsung tidak memberikan respon.
Tuan Kim picit kepala sendiri, dia pun tak tahu macam mana mahu memanggil anaknya itu.
Puan Kim pegang lengan suaminya, pintu di kunci juga. Mereka nak masuk pun tidak boleh kerana kunci pendua tiada di tempat mereka simpan selama ini, pasti Taeyeon yang mengambilnya. Sudahlah semalam juga Taeyeon tidak keluar dari bilik, jadi Puan Kim sediakan makanan dan letak di meja makan. Menggharapkan Taeyeon makan, dan Puan Kim merasa agak lega kerana Taeyeon menjamah makanan yang di sediakan walaupun tidaklah banyak.
Tuan Kim bertindak mengetuk dan memanggil nama Taeyeon untuk beberapa kali.
"Nae? Taeyeon okey, sekejap lagi Taeyeon turun sarapan" balas Taeyeon.
Akhirnya.
Balas juga anak mereka itu. Hati yang gelisah sebentar tadi sudah sedikit tenang setelah mendengar suara Taeyeon yang agak serak.
"Taeyeon okey ke? Kalau tak sihat, jom appa dengan omma bawa Taeyeon pergi klinik sebelum appa pergi kerja ni"
"Aniya, gwenchana. Taeyeon tak apa apa, Taeyeon sihat je. Jangan risau, appa pergilah kerja" balas Taeyeon lagi.
Puan Kim memberikan isyarat pada suaminya untuk meninggalkan Taeyeon sendirian, lagipun mereka sudah tahu keadaan anak mereka. Taeyeon okey sahaja, tak ada pengsan segala jadi tidak perlulah mereka risau sangat.
Omma dan appa Taeyeon melangkah dari situ, mereka perlu memberi ruang untuk anak mereka itu. Pastinya ada sesuatu yang sudah berlaku, tetapi cuma apa perkara yang berlaku sahaja tidak di ketahui.
Pintu bilik terkuak perlahan, mata memandang sekeliling. Kelibat omma dan appa sudahpun tidak kelihatan. Jadi, perlahan Taeyeon kembali menutup pintu lalu di kunci seperti tadi.
Punggung di labuhkan di atas katil, telefon pintar di capai lalu di bukanya. Sms yang datangnya daripada Baekhyun membuatkan Taeyeon menyampah. Tapi, menyampah menyampah pun Taeyeon buka juga sms tersebut. Nak tahu juga apa benda yang Baekhyun hantar pagi pagi buta begini, takkanlah nak ajak sarapan sama sama sedangkan mereka ada masalah ketika ini.
Baekhyun:
Taeyeon, aku mintak maaf. Aku langsung tak ada niat nak malukan kau semalam, aku langsung tak tahulah yang Yerin nak kacau kau lepas aku keluar dari situ. Please, maafkan aku...Taeyeon buat muka menyampah.
Alasan!
Tanpa ada rasa nak balas, Taeyeon padam sms yang Baekhyun hantar padanya itu. Malas betul nak menjawab apa apa sms atau panggilan daripada Baekhyun.
Tak lama kemudian Taeyeon mendapat panggilan pula. Panggilan itu daripada Baekhyun. Dah nama Baekhyun yang naik, memang tak lah nak jawab. Dengan ringan tangan Taeyeon menekan ikon merah pada telefon pintarnya.
Telefon yang sedia silent di letak bawah bantal, lalu dia bangun mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Daripada tengok Baekhyun membuat panggilan entah berapa kali, ada baiknya pergi mandi dan turun jenguk omma yang risaukan sangat dia tadi.
Baekhyun mengeluh. Sudah banyak kali dia menelefon Taeyeon, tetapi satu panggilan pun tidak di jawab Taeyeon. Tahulah dia yang Taeyeon betul betul marah pada dia sekarang ini.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfic"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...