008

462 69 14
                                    

5 - 91

"Awak boleh tak jangan ganggu saya dalam sehari, saya rimaslah!" Bentak Baekhyun geram.

"Saya cuma nak tahu. Betul atau tidak doktor pernah putus cinta dulu?" Rasanya dia sudah menyoal hampir sepuluh kali, tapi setiap kali Baekhyun akan cakap benda lain yang langsung tak ada kaitannya dengan apa yang dia tanya.

Baekhyun cekak pinggang sambil pandang dia dengan muka yang sudah merah. Rasa macam berasap dah telinga dia sebab geram sangat dengan perempuan ni.

"Ya! Saya pernah putus cinta! Jadi, kenapa? Awak tahu benda ni daripada siapa? Chanyeol? Dan kenapa awak nak tanya benda tu?" Soal Baekhyun kembali. Dia macam nak pergi ganyang muka Chanyeol kalau betul lelaki itu yang memberitahu pada Yerin tentang perkara itu sekejap lagi.

"Bukan doktor Chanyeol yang bagitahu!" Ujarnya cepat. Tak boleh, nanti putus persahabatan mereka pula, dia yang bersama. "Taeyeon sendiri yang bagitahu saya pasal perkara ni, tak tahu kenapa" dia jujur memberitahu siapa yang memberitahunya tentang perkara ini, tapi dia menipu kenapa Taeyeon bagitahu dia perkara ni. Dia memang akan berasa bersalah kalau persahabatan Baekhyun dengan Chanyeol putus, tapi dia akan berpuas hati kalau persahabatan Baekhyun dengan Taeyeon putus.

"Taeyeon? Kenapa? Sengaja?" Panas hati pada Yerin sudah di kongsikan pada Taeyeon sama. Sekejap lagi dia akan menghubungi Taeyeon, dan tanya kenapa dia memandai memberitahu orang luar tentang perkara yang satu itu.

"Awak jumpa dengan dia?" Nada suara Baekhyun jadi lain. Dia semakin geram.

Yerin geleng. "Terserempak je, dia ajak saya pergi minum minum lepas tu dia cerita pada saya pasal doktor pasal tu" dia tipu lagi.

Baekhyun pejam mata, dia tarik nafas lalu di lepaskan perlahan lahan. Macam nak telefon Taeyeon sekarang dan tengking tengking dia kuat kuat sampai terluah semua amarah yang sedang menguasai diri.

"Awak keluar," arah Baekhyun.

Yerin mengangguk patuh. Dia macam nak peluk Baekhyun erat erat bila nampak Baekhyun keluar telefon, dan entah kenapa dia macam nampak nama Taeyeon yang terpampang di skrin mahu menghubungi.

Yerin keluar, tapi dia tak pergi ke mana mana. Sengaja dia tidak menutup pintu rapat, nak dengar Baekhyun marah perempuan tu. Bolehlah dia gelak kuat kuat, kalau dapat gelak depan Taeyeon lagi seronok. Boleh dia tengok macam mana muka Taeyeon lepas tu.

Baekhyun lekapkan telefon pada telinganya. Menunggu dengan penuh sabar orang di hujung talian menjawab panggilannya. Tak sabar juga dia nak lepaskan amarahnya yang semakin menggunung.

Sebaik sahaja panggilan bersambung.

On Call

Baekhyun:
Kau...

Belum sempat dia memarahi Baekhyun sepuas hatinya, dia dapat dengar esakan daripada Taeyeon.

Baekhyun:
Kau kenapa Taeyeon?

Taeyeon:
A... aku ha... hampir di... rogol... Baek... Baekhyun.

Baekhyun:
Kau dekat mana sekarang? Kau baik baik je kan sekarang ni? Kau hantar location kau dekat aku sekarang, sekejap lagi aku sampai. Hantar sekarang.

Taeyeon:
Na... nae. Palli. Aku takut.

End Call

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now