❀37 - 91❀
Pagi itu Tiffany di kejutkan dengan kedatangan Baekhyun, entah apa sebabnya Baekhyun datang mencarinya di rumah. Sanggup bagitahu datang hospital lambat hanya semata mata mahu berjumpa dengannya pagi ini. Nasiblah hari ini bangun awal, diri sendiri pun macam tahu tahu yang ada orang nak datang jumpa dengan dia. Bagus.
Tiffany letak secawan coklat panas di atas meja di hadapan Baekhyun. Setelah itu Tiffany duduk pula, antara mereka berdua kedua duanya mendiamkan diri sahaja. Tak boleh nak bersuara dulu memandangkan omma Tiffany masih ada di luar bersedia mahu pergi ke tempat kerja. Appa Tiffany sudah lepas lama.
"Pergilah masuk rumah tu, berbual apa dekat luar pagi pagi macam ni" suruh Puan Hwang.
"Tak apa auntie, dekat sini pun okey jugak. Tak sejuk mana pun" Baekhyun senyum.
Puan Hwang angguk lalu senyum.
Hilang sahaja kelibat Puan Hwang, terus Baekhyun bersuara.
"Tolonglah nasihatkan kawan kau tu supaya berhenti merayu pada aku, aku dah tak sanggup nak keraskan hati ni lagi dah, silap silap aku boleh setuju pulak nanti" pinta Baekhyun dengan muka cemas lain macam. Seperti di paksa kahwin dengan perempuan gila.
Tiffany silangkan tangan, kepala di geleng. "Kau tolong je lah, apa masalahnya kalau kau tolong Taeyeon. Kawan kau jugak" nampaknya Baekhyun sudah buat keputusan yang salah kerana memberitahu pada Tiffany, kerana Tiffany akan memberitahu pada Taeyeon yang hati Baekhyun sudah semakin lembut.
"Aku bukan tak nak tolong dia tapi aku tak nak lukakan hati keluarga dia dan jugak keluarga aku. Kalau aku tunang dengan dia, maknanya keluarga aku jugak pasti akan terlibat dalam ni. Dan lepas tu, kitaorang nak putus pulak. Apa nak jawab dengan diaorang? Nanti keluarga Taeyeon mesti dah tak percayakan aku lagi dah untuk menjaga anak diaorang, kau faham tak keadaan aku sekarang ni?" Baekhyun besarkan mata.
"Aku faham tapi tak nak faham. Yang aku tahu kau akan tolong dia, Taeyeon pun takkan putus asa walaupun kalau aku suruh berhenti. Malahan aku pulak yang kena marah dengan dia,"
"Asal pulak kau kena marah dengan dia?" Tanya Baekhyun bebal sebebalnya.
"Sebab aku lah yang berikan cadangan untuk mintak tolong dengan kau tu" satu sengihan di berikan apabila melihat wajah Baekhyun sudah berubah.
Bahu Tiffany di pegang lalu tubuh Tiffany di goyang goyangnya. "Mangkuk betul kau ni, siapa suruh kau cadangkan idea macam tu? Taeyeon pun langsung tak terfikir nak buat macam tu, kenapa kau pandai pandai sangat? Ish, sabar aku dapat kawan macam kau ni" Baekhyun mendengus geram.
"Aku tak mintak pun kau putus dengan dia bila dah jadi tunang, Taeyeon je macam tu. Pada Taeyeon memanglah aku cakap macam tu, tapi dalam hati ni mintak sangat yang korang dua ni akan bertemu kebahagiaan antara satu sama lain. Korang sepadan, tapi sayang korang berdua langsung tak nampak apa yang orang lain termasuk aku nampak. Dua dua sama je, Taeyeon pun sama jugak"
"Aku tak boleh"
"Kenapa? Buruk sangat ke Taeyeon tu sampai kau sanggup keraskan hati lama lama? Kalau kau rasa Taeyeon tu buruk, tapi kalau seratus lagi lelaki dekat luar sana cakap Taeyeon sempurna tau"
"Habis tu kenapa tak pilih antara seratus lelaki yang cakap Taeyeon sempurna untuk tolong" bidas Baekhyun.
Tiffany tarik nafas. "Macam mana nak pilih, aku tak tahu pun siapa seratus orang yang cakap Taeyeon sempurna tu. Tapi aku rasa salah seorangnya adalah kau"
Baekhyun mengaku yang Taeyeon sempurna pada pandangannya, tetapi itu tidak bermakna dia perlu menolong Taeyeon dalam hal begini.
Tiffany turut mendiamkan diri apabila melihat Baekhyun juga mendiamkan diri. Wajah Baekhyun di pandang beberapa kali. Dia tahu Baekhyun senang lembut hati, dan dia percaya Baekhyun yang akan menghulur bantuan pada Taeyeon tidak lama lagi. Hanya perlu lebih bagus memujuk saja lagi, selepas itu Taeyeon boleh letupkan bunga api kerana sudah berjaya melembutkan hati lelaki, Byun BaekHyun.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...