❀29 - 91❀
On Call
Tiffany:
Kau mintak tolong tak lagi dengan Baekhyun pasal tunang ni?Taeyeon menghempas badan ke atas katil. Dia mengeluh. Macam tak mampu dia nak minta tolong dengan Baekhyun pasal ni, semalam pun baru sahaja berbicara pasal perkahwinan. Nak ke Baekhyun jadi tunang dia walaupun untuk sementara waktu sahaja.
Taeyeon:
Aku tak cakap pun lagi dengan dia, lagipun aku rasa berbelah bagi pulak nak mintak tolong dengan dia.Tiffany:
Okey. Aku tak kisah kalau kau tak mintak tolong dengan Baekhyun, tapi kau kenalah ingat kalau kau tak mintak tolong dengan Baekhyun, kau kena cari orang lain.Taeyeon:
Aku tahu tu. Entahlah. Separuh hati aku cakap mintak tolong dengan Baekhyun, separuh lagi mintak aku cari yang lain. Kau rasa macam mana?Tiffany:
Kalau aku jadi kau, aku akan ikut hati kau untuk mintak tolong dengan Baekhyun. Lagipun kita kenal rapat dengan dia, kan? Tak ada masalah nak mintak tolong.Taeyeon:
Aku pun rasa macam tu, tapi rasa bersalah pulak bila aku nak gunakan dia untuk selamatkan diri aku.Tiffany:
Kau kena yakin, dan aku akan sokong kau. Aku sentiasa ada untuk kau. Tak pun, kau nak aku tolong cakap dekat Baekhyun?Taeyeon:
Boleh ke?Tiffany:
Aku tak ada masalah. So?Taeyeon:
Tolonglah aku, aku tak tahu nak mulakan macam mana perbualan pasal ni dengan dia. Lagipun seram nak dengar jawapan yang akan keluar dari mulut dia.Tiffany:
Okey, aku tolong kau bagitahu dengan Baekhyun pasal ni, dan aku takkan bagitahu kenapa kau nak mintak tolong dia jadi tunang untuk sementara kau tu.Taeyeon:
Thanks. Aku sayang kau selamanya, bila kau nak bagitahu?Tiffany:
Urm... esok lusa macam tu, tak pun tiga empat hari lagi. Aku akan jumpa dia bagitahu depan depan, kalau cakap dalam telefon susah nak tengok macam mana reaksi dia bila aku bagitahu pasal ni. Aku letak dulu, nanti aku bagitahu kau lain.End Call
Telefon di letak sebelah, dia pandang siling bilik sendiri. Berdebar debar juga rasanya bila teringatkan Tiffany yang akan memberitahu Baekhyun tentang perkara yang satu ini. Dia dapat merasakan Baekhyun akan menolak sekeras kerasnya, dan waktu itu dia sendiri aku turun padang merayu dengan Baekhyun. Kalau perlu, dia akan menangis di hadapan Baekhyun sampai Baekhyun bersimpati dengan dia.
Itu tekad, Kim Taeyeon.
"Omma" tegur Taeyeon apabila melihat kelibat omma nya di halaman rumah sedang bersantai.
Dia mengambil tempat berhadapan dengan omma nya, sekarang Taeyeon dengan omma appa sudah kembali seperti sedia kala. Taeyeon sudah kembali bercakap seperti biasa, bukannya seperti awal awal semasa omma dan appa menyuruh dia mencari jodoh hari tu.
Terpusing pusing kepala Taeyeon mencari kelibat appa, selalunya petang petang begini omma dan appa akan duduk bersama sama jika appa pulang awal dari tempat kerja.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfic"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...