❀78 - 91❀
Anak mata Puan Byun dan Tuan Byun terarah ke arah lelaki mereka yang baru turun dari tingkat atas. Gaya pemakaian Baekhyun nampak simple tapi tampak bergaya, jadi pasti anak mereka mahu keluar.
Puan Byun berdeham.
Baekhyun menghentikan langkahnya, dia toleh pandang omma dan appa.
"Kamu nak ke mana pulak? Tak boleh dah sekejap lekat dekat rumah macam dulu dulu, sekarang selalu sangat keluar rumah." Puan Byun mula membebel.
"Baekhyun nak pergi tengok tengokkan Taeyeon dekat rumah tu, dia sekarang kurang sihat. Pembawakan budak katakan,"
Puan Byun segera bangun sambil bercekak pinggang. "Omma tak setuju kamu nak pergi ke sana kalau nak tengok Taeyeon. Omma bagi kalau kamu nak melawat omma dan appa dia," Puan Byun geleng gelengkan kepala.
"Samalah jugak tu. Bila Baekhyun pergi nanti akan jumpa dengan omma appa dia jugak. Apa masalahnya? Lagipun perut Taeyeon tu membesar pun sebab Baekhyun jugak, satu satunya anak omma punya angkara." Baekhyun menunding pada diri sendiri.
Puan Byun mahu membalas lagi tetapi Tuan Byun mencelah perbualan mereka dua beranak.
"Baekhyun, kamu pergilah tengok keadaan Taeyeon macam mana sekarang. Kasihan dia,"
Baekhyun tersenyum senang dengan balasan appa yang menenangkan hatinya ini. Tanpa membuang masa Baekhyun keluar tinggalkan omma tidak puas hati dengan kata kata suaminya itu.
Setelah Baekhyun meninggalkan mereka suami isteri, Puan Byun memandang suaminya.
"Hah, awak jangan cakap banyak. Yang membesar dalam perut Taeyeon tu darah daging anak kita. Darah kita jugak, jadi tak perlulah halang anak kita tu nak jumpa dengan Taeyeon." Tuan Byun berbicara dahulu sebelum sempat isterinya bersuara tidak puas hati.
Puan Byun mendengus. Selepas itu Puan Byun berlalu pergi meninggalkan suaminya dengan perasaan tidak puas hati.
Waktu waktu sekarang ni kalau Chaeyoung dan Mina datang pun bagus juga, boleh menceriakan dirinya yang tengah geram.
Sekarang ini Taeyeon bagaikan mahu saja melarikan diri. Baekhyun setiap hari datang ke rumah, dan membuatkan dia merasa sangat rimas. Yang Baekhyun datang bukan jenis senyap senyap, ada sahaja yang nak di cakapkannya.
Pening kepala ni di buatnya saat melihat susuk tubuh Byun Baekhyun berdiri di depan pintu biliknya sebentar tadi. Baekhyun ni serupa doktor peribadi dia pula sekarang.
"Kau dah tak ada tempat lain ke nak pergi dari datang rumah ni?" Soal Taeyeon kasar.
Baekhyun geleng sebagai balasan.
"Apa kata kau pergi rumah jiran sebelah kau tu, omma kau kan sukakan diaorang. Kalau kau pergi berbaik dengan diaorang berdua tu mesti sejuk hati omma kau. Bukannya datang ke sini. Ini kau datang ni mesti hati omma kau berasap, baliklah Baekhyun." Taeyeon tidak memandang Baekhyun saat membicarakan apa sudah keluar dari mulutnya.
Fikiran Taeyeon sudah dapat membayangkan bertapa gembiranya Puan Byun apabila melihat anak lelakinya ini sudah tidak menghiraukan dia lagi dan mula berkawan rapat dengan jiran mereka itu. Terbayangkan yang suatu hari nanti Baekhyun akan meninggalkan dirinya bersama dengan anak mereka membuatkan Taeyeon sedikit cemburu. Pasti sampai satu masa Baekhyun bakal pergi ke alam perkahwinan dan akan melupakan dia dan anak mereka kerana sudah bahagia dengan perempuan lain. Yang lebih menghargai lelaki sebaik Baekhyun.
"Berhenti bercakap tentang diaorang, saya takkan berkahwin kalau bukan awak orangnya," nada Baekhyun tegas, wajahnya juga serius.
"Percayalah cakap aku ni, omma kau tu takkan terima apa apa lagi bila ada kaitannya dengan aku. Silap silap omma kau takkan mampu nak terima anak ni cucu dia sedangkan ada darahnya sedang mengalir dalam tubuh anak yang bakal lahir," di saat itu air mata Taeyeon mengalir membasahi pipi yang tadinya kering. Taeyeon sudah cuba kuatkan hati tetapi dia tidak mampu menahannya.
"Pergilah pada omma kau, aku kau tak perlu risau. Omma appa aku boleh jaga,"
Tiffany yang juga menjadi pendengar dari balik pintu melangkah masuk setelah melenyapkan air mata yang mengalir.
"Baekhyun, kau boleh balik dulu?" Tiffany bertanya lembut. Dia tak naklah Baekhyun fikir yang dia menghalau Baekhyun balik pula.
Baekhyun mengangguk.
Tetapi belum sempat Baekhyun keluar, Taeyeon bersuara.
"Jangan datang jenguk aku lagi kalau kau betul betul sayangkan keluarga kau, mesti kau tak nak diaorang bencikan kau pulak, kan? Jangan datang lagi,"
Tiffany jadi serba salah dengan kata kata yang baru keluar dari mulut Taeyeon.
Baekhyun terus menapak pergi. Hatinya terguris dengan kata kata Taeyeon itu.
Hilang kelibat Baekhyun dari pandangan mata mereka berdua, Tiffany terus mendekati Taeyeon. Bahu Taeyeon di pegangnya lembut.
"Kenapa kau cakap macam tu dengan Baekhyun tadi? Tak baik tau cakap macam tu, kasihan Baekhyun. Dia datang nak tengok tengokkan kau, kesihatan kau. Sebab apa? Sebab dia cinta kan kau, sayangkan kau," Tiffany mengerutkan dahi.
"Omma dia tak boleh nak terima aku lagi, jadi untuk apa dia datang sini lagi? Sibuk tentang kehidupan aku? Biarlah omma dia cari kebahagiaan untuk dia," Taeyeon memandang Tiffany tepat.
"Baekhyun dah ada apa yang boleh bahagiakan dia, dan orang yang mampu buat dia bahagia adalah kau. Bukan perempuan yang dua orang tu," Tiffany pandang Taeyeon juga.
"Aku nak berehat, kau pergilah keluar." Taeyeon menarik selimut menutupi seluruh tubuh.
Tiffany mengeluh panjang dan lepas tu Tiffany keluar dari bilik Taeyeon. Entah pulang ke belum Baekhyun tu.
"Awal pulak kamu balik? Kenapa, Taeyeon dah halau kamu?" Puan Byun bersuara memerli.
Baekhyun menghentikan langkah apabila omma bersuara. Dia memang langsung tak perasan omma ada di ruang tamu bersama dua orang gadis jiran sebelah.
"Dah kenapa pulak omma tanya macam tu? Apa, Baekhyun dah tak boleh nak balik awal?" Baekhyun menjeling dua orang gadis itu.
"Taeyeon tak ada dekat rumah ke sekarang?" Pertanyaan Tuan Byun dari bahagian dapur di pandang Baekhyun.
"Taeyeon ada dekat rumah, appa. Baekhyun je sengaja balik awal,"
Baekhyun melangkah naik ke tingkat atas. Sebenarnya dia tidak atas mood nak melayan sesiapa pun. Kata kata Taeyeon tadi masih berbekas di hatinya. Kata kata yang seperti menghalaunya balik.
Baekhyun berbaring di atas katil lalu mengeluh. Dia seperti mahu menangis mengenangkan dia bakal kehilangan Taeyeon buat selamanya.
-----
Selamat Berpuasa dan Selamat Membaca!
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfic"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...