❀9 - 91❀
"Bila kau kena pergi China untuk ujian tu?" Tanya Baekhyun sambil berjalan keluar dari hospital.
Chanyeol pandang Baekhyun, mereka pergi ke arah kereta Chanyeol yang terletak tidak jauh. Jarak kereta Baekhyun lebih jauh kerana dia terlambat datang ke hospital tadi. Selalunya dia yang awal. Hari ni terbalik pula sebab Chanyeol yang datang awal.
Masing masing melangkah masuk ke dalam kereta selepas Chanyeol menekan kunci keretanya. Enjin kereta di hidupkan.
"Aku pergi minggu depan malam, kau nak hantarkan aku ke dekat airport?" Chanyeol angkat kening sambil memandu kereta keluar.
"Tak. Aku tanya je. Family kau kan ada, diaorang je lah yang hantarkan kau pergi airport. Malas aku nak pergi," Baekhyun tayang gigi putih bersih dia pada Chanyeol.
"Kau ni. Bongok tahu" muka Baekhyun di tolak pandang ke hadapan.
Berdekah dekah Baekhyun ketawakan Chanyeol dalam kereta. Kepala di geleng geleng.
"Bodoh" kutuk Chanyeol geram.
"Sorry sikit, aku pandai okey. Kalau betul aku bodoh, aku takkan ada dekat hospitat ni seminggu enam hari tau"
"Kau kan sakit. Sebab tu kau selalu ada dekat sini kecuali hari Ahad sebab kau berehat dekat rumah. Kan... kan?" Kini giliran Chanyeol pula ketawa berdekah dekah menggantikan Baekhyun.
Muka Baekhyun dah cemberut macam tahi.
"Sudahlah kau, baik kau bawa kereta ni senyap senyap. Tak payah nak gelak sangat, nanti kalau terbabas memang kita dua dua sekali masuk hospital" Baekhyun memakai seat belt.
Chanyeol berhenti gelak, dia dah pakai awal awal lagi. Dia kita memberi sepenuh fokus pada memanduannya di jalan raya yang begitu sesak itu. Kang masin mulut Baekhyun, jenuh nak menahan kesakitan yang entah berapa lama pula. Dan dia tak boleh nak pergi China untuk ujian dia seperti Baekhyun pergi hari tu.
Sesampai di sebuah restoran yang menjadi pilihan Chanyeol sendiri, mereka sama sama melangkah masuk ke dalam restoran itu. Mengambil tempat yang agak tersembunyi.
"Kau kena duduk sana berapa lama?" Selepas membuat pesanan makanan Baekhyun terus menyoal.
"Entah. Aku pun tak tahu. Ada dengar diaorang cakap dua atau tiga bulan aku dekat sana, lantaklah berapa lama sekali pun" Chanyeol keluarkan telefon dari poketnya. Mahu melihat ada panggilan yang tidak di jawab atau tidak. Memandangkan pada waktu bekerja dia selalu silent kan telefon pintarnya dari sebarang gangguan.
"Kau ada jumpa dengan Taeyeon?"
Baekhyun menganggukkan kepalanya. "Mestilah ada. Selalu jugak aku jumpa dengan dia lepas balik" Baekhyun juga keluarkan telefon pintarnya. Dia senyum.
"Hah, ni yang senyum senyum kenapa pulak? Ye-" Chanyeol kemamkan bibir. Hampir hampir sahaja dia sebut nama gadis itu.
Baekhyun pandang Chanyeol dengan pandangan tajam, ingat dia tak tahu nama siapa yang mahu di sebut Chanyeol tadi. Perkataan Ye, siapa lagi yang nama dia bermula dengan Ye yang mereka berdua kenal. Chanyeol pun kenal seorang tu je.
"Sorry, sorry. Aku tersasul. Jadi kau senyum tiba tiba ni kenapa?" Chanyeol silangkan antar jari jemarinya.
"Taeyeon. Dia nak ajak aku dengan kau makan malam, malam ni dekat rumah family Tiffany. Nak tak?"
Chanyeol kerutkan mulut. "Boleh je"
"Diaorang boleh datang ke tak, Taeyeon?" Soal Puan Hwang.
Taeyeon menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyuman.
"Tapi maaflah dua tiga hari ni memang auntie dengan uncle tak dapat nak makan malam sekali. Banyak jemputan pergi majlis orang, nak buat majlis untuk orang dalam rumah ni lambat lagi nampaknya" Puan Hwang kerling anak perempuannya yang sedang melantak aiskrim yang di beli tadi.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...