062

486 58 42
                                    

59 - 91

Hari ini Taeyeon perlu kuatkan hati jawab betul betul dan bukan melarikan diri seperti semalam. Taeyeon dapat rasakan yang appa mungkin akan memberitahu tahu tentang khabar 'gembira' padanya hari ini. Cuma yang tidak tahu adalah waktunya saja.

Bila sudah bersiap, Taeyeon keluar dari biliknya. Hari ini dia mahu berjumpa dengan Tiffany, mahu memberitahu tentang perkara ini. Perkahwinan yang sepatutnya di langsungkan bulan depan sudah bertukar dengan mendadak.

Nak juga tanya pada Tiffany, adakah Tiffany ada idea baru untuk membantu untuk mengelak perkahwinan ini setelah di ceritakan perkara ini. Nak harapkan Baekhyun dah macam tak ada harapan pula, tengok muka Baekhyun macam pasrah dengan keputusan keluarga nak mempercepatkan perkahwinan mereka sendiri. Padahal sebelum ini Baekhyun tu bukan main lagi tidak mahu menolong tapi tengoklah sekarang macam dia pula yang tengah seronok tunggu hari tersebut walaupun tak tunjuk.

Mula mula Taeyeon ingat nak pergi dapur bagitahu pada omma yang Taeyeon mahu pergi ke rumah Tiffany. Tetapi apabila mendengar suara appa bercakap dengan omma, terus Taeyeon menukar arah. Langsung tak jadi mahu berjumpa dengan omma, sekejap lagi dalam kereta Taeyeon hantarkan mesej memberitahu pada omma yang dia mahu pergi ke rumah Tiffany.

Lagipun semalam Taeyeon memang ada bagitahu yang dia mahu pergi rumah Tiffany hari ini. Jadi rasanya jika tidak di beritahu pun omma pastinya sudah tahu ke mana anaknya nak pergi.

Tombol pintu di tarik perlahan, dia tidak mahu membuat sebarang bunyi, nanti appa dengar dan terus memberitahu tentang perkara yang sudahpun di ketahuinya. Jadi memang sepatutnya sekarang dia larikan diri terus, sekejap lagi pasti appa akan keluar kerana appa perlu pergi ke tempat kerja. Hari ini bukannya hari cuti appa nak berehat rehat di rumah.

Sedikit saja lagi pintu nak tertutup dengan rapat, tombol pintu yang sebelah dalam di tarik dan ia membuatkan Taeyeon juga sama sama ke hadapan. Terkejut juga dia bila ada tangan lain menarik pintu sebelum sempat dia tutup rapat. Kepala di angkat, dan nampaklah omma dan appa sedang berdiri memandang pelik ke arahnya. Automatik Taeyeon menyengih sampai ke telinga.

Dah terkantoi.

Siapa suruh dia lembap sangat nak tutup pintu rumah ni pun. Kan dah kena tangkap.

Taeyeon melepaskan pegangan pada pintu lalu berdiri tegak. Tangan di angkat lalu melambai pada kedua oramg tuanya. Setelah itu, Taeyeon pergi ke arah keretanya.

                 "Nak pergi ke mana pulak hari ni? Asyik keluar je kamu ni," Tuan Kim bersoal serius.

                  "Taeyeon nak pergi ke rumah Tiffany, bukan nak berjalan sana sini pun. Duduk lepak dekat rumah Tiffany tu je."

                   "Hah, jangan balik lambat sangat. Appa ada benda nak cakap dengan kamu malam ni"

Taeyeon pandang sekilas, dan waktu itu juga Taeyeon nampak omma menampar bahu appa dengan muka kurang puas hati. Dan ia menjelaskan tentang apa yang mahu appa bicarakan padanya hari ini.

Wahai hati, tolong kuat!

Taeyeon angguk dan senyum pendek sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Puan Kim bercekak pinggang sambil tayang muka tak puas hati. "Apa awak ni? Taeyeon tu semalam baru stress dengan apa yang awak cakap sampai pergi ke kelab malam tu. Hari ni awak nak dia pergi sana lagi ke?" Bebel Puan Kim sambil gelengkan kepala.

Tuan Kim tak ambil pusing dengan kata kata isterinya itu. Tuan Kim masuk dalam kereta tanpa mempedulikan isterinya.

Puan Kim buat muka kerana suaminya buat tidak tahu padanya.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now