074

292 53 13
                                    

71 - 91

Pagi pagi lagi Taeyeon sudah terpacul di depan rumah Tiffany. Bukan saja saja datang pun, tapi kerana mengingatkan yang semalam terlupa mahu memberi makanan yang di bawa pulang dari Malaysi pada Tiffany lah membawa Taeyeon ke sini.

Bila masuk tu omma dan appa Tiffany ajak Taeyeon sarapan sekali sedangkan dia sudah bersarapan bersama omma dan appa nya sebelum datang tadi. Memandangkan mahu menjaga hati orang tua Tiffany, Taeyeon makan jugalah sikit. Lagipun nak kena tunggu Tiffany mandi, semasa Taeyeon sampai Tiffany masih belum bangun dari tidurnya.

Sementara tunggu Tiffany turun, omma dan appa Tiffany tanya tentang percutiannya. Perasaannya. Apa rasanya bila dah pulang dari tenangkan hati. Dan macam macam soalan lagilah yang keluar dari mulut omma dan appa Tiffany.

Apabila Taeyeon lihat muka ceria yang Tiffany berikan Taeyeon mengeluarkan makanan yang di bawanya untuk mereka sekeluarga.

"Ini makanan dari Malaysia, Taeyeon belikan" bagitahu Taeyeon.

"Let me guess, ni mesti keropok lekor, kan?" Tiffany pandang ke arah Taeyeon.

Taeyeon ketawa kecil dan anggukkan kepala beberapa kali.

"Tengok bungkusan ni pun dah tahu dah apa benda ada. Masa kita pergi pun guna bungkusan yang sama jugak" Tiffany belek belek bungkusan tersebut.

"Memanglah tak berubah, aku beli dekat tempat yang sama jugak kita beli dulu tu."

"Terima kasihlah belikan untuk auntie dan uncle ni" ucap Puan Hwang sambil tersenyum.

"Ingatkan nak bagi Tiffany je tadi makanan dari Malaysia tu" kata Tuan Hwang sambil senyum.

"Takkanlah nak belikan untuk Tiffany sorang je. Uncle dengan auntie sekalilah ni, nanti kalau nak makan suruh je Tiffany ni gorengkan" Taeyeon tersenyum senang apabila melihat senyuman omma dan appa Tiffany.

Tuan Hwang cuit bahu isterinya lalu bangun mencapai beg kerja. Puan Hwang juga bangun selepas melihat jam di dinding.

"Uncle dengan auntie dah nak kena pergi kerja dah ni, Taeyeon berbual buallah dengan Tiffany. Pastinya ada banyak cerita nak kongsikan pada Tiffany, kan?" Tuan Hwang gosok kepala anak perempuannya dan kepala Taeyeon serentak.

Puan Hwang melambaikan tangan ke arah dua anak dara itu.

Setelah omma dan appa Tiffany pergi, Tiffany terus memberi perhatian pada Taeyeon yang hanya mengukirkan senyuman padanya. Tiffany membalasnya dengan senyuman manisnya itu. Seketika itu mata Tiffany terlekat ke arah bungkusan yang sama seperti bungkusan yang Taeyeon berikan padanya tadi.

"Tu lagi satu bungkusan tu untuk siapa?" Soal Tiffany.

Taeyeon toleh memandang ke arah satu lagi bungkusan yang di bawa bersama tadi.

"Aku nak mintak tolong kau hantarkan untuk Baekhyun, untuk Chanyeol aku tak beli pulak sebab aku tak tahu pun yang dia dah balik. Nanti kau cakap dengan Baekhyun bagi Chanyeol rasa, ya?" Seraya itu Taeyeon meletakkan bungkusan tersebut di hadapan Tiffany.

Tiffany pandang Taeyeon buat seketika lalu Tiffany menolak bungkusan tersebut dekat pada Taeyeon.

"Aku rasa kau sendiri yang patut hantar pada dia. Aku tahu semuanya macam dah berubah selepas apa yang dah berlaku tapi dia tetap kawan baik kau. Apa kata kau bagi dia sendiri, sekaligus kau boleh rapatkan balik hubungan kawan korang berdua. Aku pasti Baekhyun rindukan kau yang dulu, bukan Taeyeon yang sekarang ni. Tak perlulah kau malu malu, benda dah lepas pun. Lupakan je, buat macam tiada apa apa yang berlaku antara kau dengan dia. Perkara tu tak ada tinggalkan apa apa kesan" lembut tutur kata Tiffany.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now