❀2 - 91❀
"Yerin cakap dengan aku yang dia dia terasa hati dengan kau. Apa yang kau cakap dekat dia?" Soal Chanyeol apabila dia mengambil tempat di bangku yang di sediakan sambil memandang kerana Baekhyun yang sedang berlari di atas treadmill.
Baekhyun berlari tenang tanpa mempedulikan soalan Chanyeol utarakan pada dia. Tapi apa yang dia tahu sekarang dia nak bebelkan sahaja pada Yerin itu.
"Manja gila minah ni. Benda macam ni pun cerita dekat kawan aku, lepas tu yang kawan aku ni pun macam backup minah tu pulak dah. Geli tahu geli." Bebel Baekhyun sendiri di dalam hati.
"Hoi! Aku tanyalah" Chanyeol kerutkan dahi bila tengok Baekhyun mencebik saja.
"Apa perempuan tu bagi kau makan? Sampai kau ni jadi menyibuk?" Tidak menjawab soalan Chanyeol malah dia pula yang menyoal ketika ini.
"Bongok. Dia tak ada bagi aku makan apa apa, kalau ya pun nak tanya apa apa jawablah dulu soalan aku tu. Senang je, kan?" Dia silang tangan.
Baekhyun menekan butang yang berada di hadapannya untuk menghentikan pergerakan treadmill. Dia ambil botol air yang dia bawa tadi, lalu di teguk sehingga tinggal separuh. Berpeluh satu badan dia ketika ini. Seksi siaa...
"Dia bukan perempuan yang tertentu boleh rapat dengan aku. Yang tu je lah yang aku cakap dekat dia, yang lain biasa biasa je. Tapi takkan cakap macam tu pun terasa jugak?" Dia mengangkat kening.
"Kau ni... agak agaklah kalau nak bercakap pun, dia perempuan. Perempuan ni hati dia lembut, mudah terasa tau" Chanyeol gelengkan kepala. Tak faham dengan perangai Baekhyun lepas kena tipu dulu.
"Hello, tak semua perempuan macam Yerin kau tu erk... Taeyeon tak ada nak terasa hati pun akan cakap macam macam dekat dia. Layan je tanpa terasa, so?" Dia pandang Chanyeol. Mana boleh kalah dengan dia ni kalau berkaitan dengan perempuan tu. Tak boleh.
"Dia ada cakap dekat kau ke? Entah dia terasa tapi dia tak mahu cakap dekat kau je, heh!"
"Ni aku nak tanya kau, kau datang gym ni nak bersenam ke nak bertekak dengan aku sebab si Yerin tu? Tak ada masalah aku nak berbual dengan kau kalau sebab perempuan tu? Ke... kau ada apa apa feeling dekat perempuan tu? Kalau ada aku nak cakap sila buang perasaan kau tu dekat dia, dia tak layak untuk kau. Baik kau tackle Tiffany, kawan Taeyeon. Lawa, senyuman pun mampu mencairkan hati lelaki" Baekhyun kembali naik ke atas treadmill.
"Sorry aku tak ada feeling dekat Yerin tu, aku cuba simpati dengan dia sebab kau layan dia teruk sangat." Chanyeol turut bangun. Dia naik atas treadmill bersebelahan dengan Baekhyun. "Cakap orang, kenapa kau je yang tackle Tiffany tu. Tak pun tackle lah Taeyeon, lawa. Senyuman pun mampu mencairkan hati lelaki" ajuk Chanyeol.
Baekhyun buat pekak. Malas nak bertekak lagi dengan Chanyeol sekarang, baik sihatkan badan daripada membazir air liur bertekak. Tak dapat apa apa pun.
Sekejap bangun sekejap duduk, itulah perkara yang di buat Taeyeon ketika ini. Tadi ajak Tiffany duduk luar rumah waktu malam sebab nak ambil angin tapi nampaknya sekarang Tiffany seorang je yang ambil.
Tiffany menongkat dagu sambil perhatikan Taeyeon yang gelisah tak habis lagi tu. Dia dah naik bosan tengok Taeyeon macam sekarang ni, tapi nak buat macam mana rakannya itu tengah gelisah dengan keputusan yang telah di keluarkan omma dan appa nya.
Dia mengetap gigi, otaknya blank tak tahu nak fikirkan macam mana lagi sekarang. Dia mengaku yang di memang slow kalau bab cintan cintun.
"Hai Taeyeon, sayang. Tunggu sama saya ka?" *maaflah AhYeon tak tahu bahasa diaorang. Tak apalah guna bahasa orang lain pun, janji lain sikit bunyinya😂* soal seorang lelaki sambil menjengukkan mukanya ke celah celah pagar rumah Taeyeon.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fiksi Penggemar"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...