013

459 58 26
                                    

10 - 91

Lutut kanak kanak perempuan itu di sapunya perlahan membuang debu debu. Kanak kanak ini terjatuh sebentar tadi berhampiran dengan tempat duduk dia. Jadi sebab itu di tolong kanak kanak itu. Omma dan appa kanak kanak perempuan ni entah dekat mana ada pun tak ada, sebab tak ada yang datang dekat pun dengan mereka berdua.

Budak perempuan itu di dukungnya, mata sudah memandang sekeliling mencari susuk tubuh seseorang. Yang tu seorang lagi, entah mana hilang. Cakap nak pergi beli makanan sekejap, tapi sampai sekarang tak datang datang lagi.

"Shh... shh... jangan menangis lagi. Apa nama kamu?" Soalnya. Air mata yang mengalir di sapu lembut.

"Nayeon"

"Nayeon. Urm... Nayeon, omma dengan appa Nayeon ada dekat mana?" Tanyanya ingin tahu lagi.

"Omma dengan appa tengah beli something dekat depan sana, orang ramai. Jadi Nayeon datang sini sorang sorang" balasnya petah.

Dia senyum. Comel.

"Jom kita pergi dekat omma dengan appa, Nayeon. Dekat sini tak selamat tau kalau Nayeon jalan sorang sorang. Banyak orang jahat, lain kali duduk je dengan omma appa, Nayeon" pesannya. "Nayeon umur berapa?"

"Lima tahun"

Dia membulatkan mata. Dia ingat budak perempuan yang sedang dia dukung berumur enam atau tujuh tahun memandangkan dia nampak tinggi, tetapi tak ada masalah nak dukung kerana tubuhnya kecil. Bercakap pun bukan main petah lagi.

Dia melangkah mendekati warung yang di tunjuk Nayeon itu tadi. Sempat juga dia mencubit pipi Nayeon manja, suka betul dia dengan dia ni. Comel sangat.

"Baekhyun"

Panggil seseorang.

Baekhyun toleh belakang.

"Siapa budak ni?" Tanyanya ingin tahu sambil mengangkat kening.

"Ni Nayeon, tadi dia jatuh. Jadi aku tolonglah dia, ni nak pergi dekat omma dengan appa dia" balas Baekhyun.

"Comelnya dia. Nama unnie, Taeyeon unnie" Taeyeon senyum sambil memperkenalkan dirinya.

Dalam tengah perhati wajah comel itu, dia teringatkan sesuatu. "Tadikan, aku ada dengar satu pasangan tengah cari seseorang. Omma dengan appa Nayeon, tak?"

"Mungkin. Jom"

Mereka bergegas pergi ke tempat Taeyeon dengar tadi. Di situ mereka nampak satu pasangan tengah gelisah.

Mereka mendekati pasangan tersebut. Taeyeon menyentuh bahu wanita itu lembut.

"Ya?"

"Cik dengan Encik cari adik ni ke?" Tanya Taeyeon sambil menuding kearah Baekhyun.

"Oppa! Anak kita. Nayeon" cepat cepat wanita itu mengambil anaknya dari Baekhyun.

Baekhyun mengukirkan senyuman. Taeyeon berdiri dekat dengan Baekhyun sambil tersenyum lebar.

"Terima kasih banyak banyak. Dekat mana awak berdua jumpa dengan anak kami?" Soal appa Nayeon.

"Tadi dia jatuh. Saya tolong, dan dia bagitahu Encik dengan Cik macam cari seseorang sebab tu kitaorang datang sini" balas Baekhyun.

"Apa nama awak berdua?"

"Saya Taeyeon, dan dia pulak Baekhyun" balas Taeyeon laju.

"Awak berdua ni pasangan kekasih ke? Nampak sangat serasi bersama"

Kata kata pasangan membuatkan mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Dahi dah berkerut.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now