076

227 50 0
                                    

73 - 91

Baekhyun mencapai kasut yang selalu di pakainya untuk bekerja di rak kasut tanpa mempedulikan dua orang manusia yang berdiri di hadapannya. Entah apa mereka berdua ni nak pagi pagi begini, dah macam tak ada rumah sendiri nak duduk senyap. Sibuk je pagi pagi datang rumah orang ambil hati omma orang, sampaikan omma lebih utamakan mereka dari Taeyeon.

Bila Baekhyun dah siap pakai kasut kerja, Baekhyun mula berjalan mendekati keretanya. Daripada melayan mereka, lagi baik pergi ke hospital. Tengok muka muka pesakit lagi ada semangat dari tengok muka diaorang berdua ni. Jenis muka tak malu datang rumah orang tak kira masa, dan tak tahu orang suka ataupun tidak.

Mereka yang memerhati gerak geri Baekhyun, cepat cepat mereka berdua menghalang pintu kereta dari Baekhyun menutupinya.

Baekhyun mengeluh, tak boleh tengok orang senang hati sikit adalah pengganggu.

                "Korang berdua ni nak apa? Saya nak pergi kerja, kalau korang berdua berdiri dekat sini saya akan terlambat masuk kerja" Baekhyun keluar balik dari kereta sambil mencekak pinggang.

               "Kami tahulah yang awak nak pergi ke hospital, tapi boleh awak terima makanan yang kitaorang buatkan untuk awak?" Tanya Chaeyoung.

Baekhyun ambil bungkusan yang di hulurkan mereka untuknya lalu memanggil omma beberapa kali.

                "Ada apa ni panggil omma? Eh, Mina, Chaeyoung" Soal Puan Byun dan sempat juga Puan Byun menyebut nama mereka berdua. 

                "Ni omma, calon menantu kesayangan omma bagi omma makanan untuk omma. Makanlah, ya. Baekhyun nak pergi hospital, daripada melayan diaorang berdua sekali dengan omma. Ada baiknya Baekhyun melayan pesakit tu, diaorang boleh membuatkan Baekhyun senang hati" Baekhyun letak bungkusan yang di ambilnya tadi di atas tangan omma.

Angin Baekhyun masih belum baik lagi dengan omma nya sejak berlakunya kedinginan omma dengan Taeyeon.

Selepas Baekhyun memandu keluar dari rumah, Puan Byun mengajak mereka berdua masuk.

                Perlahan lahan Taeyeon bangun dari pembaringannya. Kepalanya terasa begitu berat untuk mengangkatnya, berpusing pusing rasanya apa saja yang di pandang pada pandangannya.

Tuala di capai dan dengan gagahnya Taeyeon melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia perlu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas mandi kepala yang berpusing dan berat menjadi sedikit baik, senanglah sedikit mahu memandu sendiri pergi ke klinik sendirian. Tidak perlu meminta tolong omma hantarkan dia pergi ke klinik, lagipun kalau omma yang hantar pasti omma mahu menemaninya membuat pemeriksaan.

              "Selamat pagi omma, appa" tegur Taeyeon mesra.

               "Selamat pagi. Taeyeon nak pergi mana pakai elok elok macam ni?" Soal Puan Kim.

Taeyeon berjalan menghampiri appa dan omma yang duduk bersarapan. Taeyeon mengambil tempat dan mencapai sekeping roti bakar yang sudah di sapu jem coklat.

               "Taeyeon nak keluar sekejap, ada sesuatu yang Taeyeon perlu lakukan" bagitahu Taeyeon tanpa memberitahu perkara sebenar.

               "Tak kisahlah apa kerja yang anak appa nak buat tapi jaga diri. Kamu tu perempuan, macam macam boleh berlaku" pesan Tuan Kim.

Taeyeon mengangguk dan menjamah roti bakarnya itu perlahan lahan sehingga habis. Memandangkan roti bukan sebesar mana, jadi perutnya tidaklah merasa sedikit kenyang.

Minuman teh panas yang omma buat minum perlahan, selepas pada tu Taeyeon bangun. Memberitahu yang dia sudah mahu bertolak.

               "Kenapa macam nak kena pergi cepat cepat pulak ni?" Dahi Puan Kim berkerut.

               "Takut lambat omma, nanti ramai pulak orang dekat situ. Lambatlah jadinya membuatkan Taeyeon akan lambat balik"

Puan Kim menggeleng kepala dengan kata kata anaknya itu, entah apa saja yang mahu di lakukan anak perempuannya itu pagi pagi begini.

                Dalam setengah jam memandu kereta, akhirnya Taeyeon sudah sampai ke destinasinya. Hospital memang taklah dia mahu pergi memandangkan Baekhyun bekerja di sana. Lagipun hospital yang Baekhyun kerja itulah yang paling dekat pun dengan rumahnya. Jadi seperti tidak berbaloi mahu pergi hospital lain yang lebih jauh, baik pergi ke klinik saja walaupun klinik jauh sedikit dari hospital.

Taeyeon mendaftar namanya di kaunter lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang di sediakan untuk menunggu. Pagi pagi begini orang tidak ramai datang, adalah dua tiga orang saja.

Perut yang masih kempis Taeyeon sentuh perlahan. Bila Taeyeon menyentuh perutnya sendiri membuatkan hatinya merasa lain macam.

Perkara yang sudah berlaku kembali terbayang di kepala, walaupun dia tidak tahu sangat bagaimana ianya berlaku.

                "Kim Taeyeon" panggil nurse yang bertanggungjawab untuk memanggil pesakit yang mahu bertemu dengan doktor.

Taeyeon bangun dan tarik nafas, setelah itu baru Taeyeon melangkah masuk ke dalam bilik doktor.

Dalam setengah jam kemudian dia keluar dengan perlahan. Baru saja mahu melabuhkan punggung matanya terpandang kelibat Tiffany yang baru keluar dari satu kedai runcit berdekatan dengan klinik.

Pantas Taeyeon ke bahagian belakang klinik untuk sembunyikan diri. Bernasib baik Tiffany tidak perasanlah kereta yang elok terparkir berdepan kedai buku itu.

Dari tempat Taeyeon bersembunyi, dia dapat melihat Tiffany berjalan hanya memandang ke arah depan. Lega sungguh hatinya melihat Tiffany berjalan terus dan mata juga tidak melilau lilau melihat sekelilingnya.

Apabila Taeyeon pasti Tiffany tidak akan berpatah balik ke sini, dia keluarlah dari persembunyiannya. Nafas di hela lega, baru nak mengambil tempat duduk namanya sudah di sebut untuk mengambil ubat nak membayar bilnya.

Taeyeon menekan kunci kereta, dan terbukalah ia. Sambil memerhati sekeliling, Taeyeon berjalan masuk ke dalam keretanya. Risau juga ni sebenarnya nak balik, takut kalau Tiffany ternampak dia baru keluar dari klinik ni.

              "Apa aku nak buat sekarang? Patut ke aku bagitahu pada Baekhyun? Tapi, nanti semua orang paksa aku kahwin dengan dia pulak. Aku tak rasa nak kahwin dengan dia,"

Taeyeon mengangkat muka bila lihat pintu biliknya terbuka luas. Automatik Taeyeon tersenyum lebar melihat Tiffany berdiri di hadapan pintu.

Tiffany membalas senyuman Taeyeon ala kadar sambil bercekak pinggang.

            "Dah berapa bulan kandungan kau tu sekarang?" Soalan yang di aju membuatkan Taeyeon terdiam seribu bahasa.

           "Apa kau cakap ni?" Sengaja Taeyeon buat buat tidak faham.

           "Tak payah nak buat buat blur kau dekat sini. Aku dah tanya dengan pekerja dekat klinik kau pergi tadi, lepas kau keluar,"

            "Yalah yalah, aku mengaku."

Tiffany duduk atas katil di sebelah Taeyeon.

           "Aku dah nak balik ni, tapi sebelum tu aku nak kau bagitahu Baekhyun esok pasal perkara ni, bye!" Tiffany kembali bangun dan meninggalkan Taeyeon.

Taeyeon mengeluh.

—————

Silakan baca.

Maaf kalau memeningkan kepala sebab part ni hilang dan baru buat balik.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now