103

230 36 16
                                    

Puan Byun kegelisahan. Lagi tiga jam majlis perkahwinan Baekhyun bersama Chaeyoung dan Mina akan berlangsung tetapi batang hidung Baekhyun masih belum kelihatan. Telefon sudah, katanya dia akan sampai. Dah dekat, kata Baekhyun. Masalahnya sekarang ni, panggilan itu di buat sejam yang lepas. Entah yang mana dekat sangat dah tu tak tahulah nak cakap.

Telefon di ambilnya lalu dia telefon Baekhyun sekali lagi, tapi kali ini panggilan itu tidak berjawab. Panggilan terputus begitu sahaja.

Semalam sudah di pesan supaya pulang ke rumah, tetapi Baekhyun menelefon dia memberitahu yang dia mahu tidur bersama Taeyeon. Katanya esok tidak boleh kerana masih ada isteri yang perlu di jaganya.

Di sebabkan Baekhyun mention isteri lain itulah membuatkan dia memberikan keizinan untuk Baekhyun bermalam bersama Taeyeon sahaja malam semalam. Sekarang barulah Puan Byun sedar yang dia telah di permainkan oleh anak sendiri.

Tuan Byun melangkah masuk ke bilik hotel yang di tempah isterinya untuk majlis perkahwinan anak lelaki mereka bersama dua orang anak jiran mereka itu. Tetapi sampai sekarang Tuan Byun tercari cari kelibat Baekhyun. Masih belum ketemu.

                 "Awak, macam mana ni? Mana Baekhyun ni? Tak sampai sampai lagi? Lagi tiga jam je majlis dah nak bermula, Baekhyun tak ada pulak sekarang." Luah Puan Byun.

                 "Lah, Baekhyun masih tak sampai lagi? Bila nak datang? Dah cuba telefon dia?" Tuan Byun menayang wajah terkejutnya.

Puan Byun mengangguk tiga kali.

                  "Saya dah telefon dia tapi dia tak angkat pun. Tadi awal tadi saya telefon dia cakap dia dah nak sampai tapi tak ada jugak. Bila telefon sekejap tadi tak berjawab, saya risau kalau ada berlaku apa apa pada Baekhyun tu. Dia dahlah nak kahwin dengan diaorang berdua tu," Puan Byun genggam tangan sendiri dengan dahi yang berkerut risau.

                  "Sekejap, biar saya pula cuba telefon dia" Tuan Byun melangkah keluar dari bilik tersebut dan mengeluarkan telefonnya.

Sama seperti Puan Byun telefon, panggilan itu tidak di jawab. Tuan Byun mengeluh. Baru saja Tuan Byun mahu membuat panggilan baru, ada mesej yang baru di terima. Dan mesej itu di kirimkan oleh Baekhyun.

Pantas Tuan Byun membukanya.

Baekhyun:
Appa, Baekhyun mintak maaf. Baekhyun takkan ada datang ke majlis tu walau apapun yang berlaku. Sekarang Baekhyun, Taeyeon dengan Nayeon ada di Jeju-do. Baekhyun takkan pernah jadi suami kepada calon menantu kesayangan omma. Hati Baekhyun hanya khas untuk Taeyeon saja sekarang dan sampai bila bila. Sekali lagi Baekhyun memohon maaf pada appa. Tolong, tolong jangan bagi tahu pada omma tentang keberadaan kami sekeluarga.

Selesai membaca semua isi mesej anak lelakinya, Tuan Byun terus mendelete mesej tersebut. Dia sedikitpun tidak marah dengan apa yang sedang Baekhyun lakukan sekarang memandangkan Baekhyun hanya cuba menjaga baik hati Taeyeon.

Tuan Byun kembali ke bilik. Isterinya sedang bermundar mandir di situ.

                  "Baekhyun tak jawab jugak panggilan saya. Awak jangan risau sangat, mungkin sekejap lagi dia akan sampai ke sini. Awak bawa bertenang," pinta suaminya sebelum kembali keluar.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now