065

299 59 22
                                    

62 - 91

Jari jemarinya mengetuk meja di ruang tamu sambil mata memandang takut ke arah omma dan appa yang sedang memandang ke arahnya. Baekhyun cepat cepat menerangkan apa yang telah berlaku yang menyebabkan dia dan Taeyeon putus. Baekhyun sendiri yang bagitahu pada omma dan appa yang dia mahu memberitahu sesuatu, jadi di sebabkan itulah omma dan appa berada di ruang tamu dan memandang ke arahnya.

Puan Byun ketuk perlahan meja yang menjadi mangsa jari jemari Baekhyun mengetuknya. Baekhyun pandang omma dan appa silih berganti. Perasaan debarnya jangan tanya, macam nak luruh dah ni.

Baekhyun membuat isyarat supaya memberi dia sedikit masa untuk menceritakan perkara besar ini. Baekhyun juga perlu bersedia dengan apa bakal berlaku jika dia memberitahu tentang perkara ini pada omma dan appa.

Tuan Byun menggelengkan kepala. Dia tak tahulah apa yang susah sangat anak terunanya ini mahu menceritakan apa yang telah berlaku. Tengok muka Baekhyun pun pucat semacam, macam benda yang berlaku ni besar sangat.

                 "Baekhyun akan cerita, tapi Baekhyun harap omma dengan appa jangan terlalu terkejut sangat" Baekhyun akhirnya keluarkan suaranya.

Puan Byun senyum. Senang hati bila anaknya sudah bersedia untuk menceritakannya.

                   "Baekhyun dengan Taeyeon putus di sebabkan..." Baekhyun pandang wajah omma dan appa yang nampak sangat tak sabar nak tahu.

                  "... di sebabkan Baekhyun sentuh dia" Baekhyun pejam mata. Tak sanggup tengok reaksi mereka, dengan Tiffany pun dia tak sanggup nak tengok reaksinya. Ini pula keluarganya sendiri, lagi bertambah rasa tak mahu tengoklah.

Tuan Byun dan Puan Byun pandang antara satu sama lain. Terkejut dengan pengakuan anak mereka.

                  "Kamu jangan main main, cakap betul betul dengan appa dan omma ni"

                  "Betul appa, Baekhyun dah sentuh Taeyeon. Baekhyun dah meragut kesucian dia, Baekhyun yang menyebabkan pertunangan kitaorang sampai di sini saja. Baekhyun tak tipu" Baekhyun tak angkat wajahnya.

Puan Byun pegang dahi sendiri, rasa sedikit kecewa dengan anaknya seorang ini. Tidak menyangka langsung anak lelakinya yang baik begini menyentuh kehormatan seorang perempuan yang sudah menjadi tunangannya. Apa tidak boleh tunggu sehingga perkahwinan yang nak berlangsung ke.

Tuan Byun juga sudah diam. Dia tak tahu nak cakap apa, marah memanglah marah tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi. Perasaan marah itu tidak akan berterusan, Tuan Byun tidak mahu berkeras dengan Baekhyun.

Baekhyun angkat kepala, dia merasa terlalu sunyi. Wajah omma dan appa nampak begitu kecewa, tetapi dia tidak nampak riak marah pada wajah omma dan appa nya.

                    "Appa tak nak marah atau naik tangan pada kamu Baekhyun, kamu dah besar panjang. Jadi pandailah kamu fikir nak buat macam mana memandangkan kamu dah pun sentuh anak dara orang"

Puan Byun mengangguk. Memarahi bukan boleh menyelesaikan masalah pun.

                   "Baekhyun faham. Baekhyun akan jumpa dengan omma appa Taeyeon, berterus terang dan mintal izin untuk mengahwini Taeyeon. Menjadikan Taeyeon yang sah buat Baekhyun, Baekhyun akan tanggungjawab atas semuanya. Lagipun cinta Baekhyun buat Taeyeon terlalu besar"

                    "Buatlah yang terbaik, appa dan omma akan bantu kalau kamu perlukan apa apa pertolongan. Bagitahu cepat sikit pada keluarga Taeyeon tu"

                    "Memang Baekhyun ingat nak bagitahu keluarga dia lepas Baekhyun bagitahu omma dan appa"

                    "Jadi, tunggu apa lagi?" Soal Puan Byun.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now