❀64 - 91❀
Akhirnya......
Tiba sudah Taeyeon ke destinasinya. Iaitu di Pulau Perhentian.
Inilah tempat yang Tiffany sudah beri idea padanya. Yang mungkin akan memberikan sesuatu bayangan untuknya kali ini.
Taeyeon pandang sekeliling bilik yang dia menginap untuk beberapa hari yang akan datang ini. Boleh kata tiada perbezaan pun dengan bilik yang mereka huni dahulu.
Tubuh di baringkan ke atas katil dengan selesa, Taeyeon mahu melelapkan mata untuk seketika. Sekejap lagi Taeyeon mahu menikmati matahari naik sama seperti dahulu juga, cuma beza Taeyeon hanya seorang diri kali ini. Kali ini tiada sesiapa yang menemaninya di sini.
Tak lama kemudian Taeyeon terlelap kerana keletihan. Enam jam berada dalam kapal terbang, mahunya langsung tak rasa penat. Macam nak patah tulang belakang ni.
Taeyeon mencelikkan mata sedikit demi sedikit apabila dengar bunyi pengera pada telefon pintarnya. Teraba raba tangan mencapai telefon, selepas itu Taeyeon juga bangun. Jika tidak, pastinya Taeyeon bakal terlelap kembali. Tidak sempatlah mahu melihat matahari naik sekejap sahaja lagi ni.
Tuala di dalam bagasi di keluarkan bersama dengan pakaian yang di sarungkan ke tubuh.
Selesai mandi, Taeyeon bersiap serba sedikit dan keluar dari bilik. Senyuman Taeyeon mula terukir, walaupun dia mengaku yang dia merasa sedikit bosan kerana datang seorang diri ke sini Taeyeon tetap akan berseronok di sini.
Kerana angin yang agak kuat, pakaian Taeyeon sedikit beralun. Jadi cepat cepat Taeyeon membetulkan pakaian yang di pakainya.
Perlahan lahan Taeyeon menapak pergi lebih dekat dengan air laut walaupun tidaklah Taeyeon mahu membasahkan diri walaupun hanyalah kaki saja. Pagi pagi begini, airnya sejuk. Macam manalah nak rendam rendam kaki dalam air.
Bila Taeyeon tengok seorang kanak kanak menunjukkan ke arah matahari sambil bercakap di dalam bahasa yang Taeyeon tidak fahami. Memandangkan kanak kanak perempuan tersebut menunjukkan ke arah matahari, Taeyeon rasa dia mengatakan yang matahari sudah mula naik.
Jadi dengan itu Taeyeon juga pandang ke arah yang sama kanak kanak perempuan itu pandang bersama keluarganya.
Taeyeon menikmati permandangan yang terhidang di depan matanya.
Melihat matahari yang semakin naik meninggi, Taeyeon mula terbayang bayangkan wajah Baekhyun yang sedang mengukirkan senyuman manis padanya. Mengingatkan itu, Taeyeon teringat bagaimana pandangan Baekhyun pada dirinya semasa mereka berdua berjumpa dengan tidak sengaja di rumah keluarga Tiffany.
Bila fikir fikirkan balik, pandangan yang di berikan Baekhyun pada ketika itu agak menakutkan dan kadang kadang rasa macam pandangan yang di berikan itu sedang menggoda dirinya untuk dekat pada Baekhyun.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...