086

256 44 22
                                    

83 - 91

"Aku nak pergi ke belah barangan basah sekejap. Kau pergilah tengok coklat coklat yang kau mesej teringin nak makan petang semalam," Tiffany senyum lalu meninggalkan Taeyeon sendirian bersama satu troli.

Troli di tolak ke bahagian coklat dan makanan ringan yang lain lalu mencapai beberapa jenis coklat yang di ingininya. Semuanya coklat yang di jual di sini telah membuatkan dia terliur.

"Perempuan jahat goda Baekhyun ada di sinilah!" Dengan nada teruja ada suara berbicara.

Taeyeon berhenti menapak. Dia toleh ke belakang pandang ke arah suara sumbang yang berbicara sebentar tadi. Lagipun Taeyeon bagai dapat mengecam suara siapa itu.

Satu jelingan tajam Taeyeon beri pada dua orang gadis yang memang tak sayangkan mulut sendiri. Ini jika tidak memikirkan keadaannya yang sedang membawa zuriat, memang dah di belasah mereka berdua ini sampai terlantar di hospital untuk masa sebulan. Senang sikit hati ni.

"Kau tak payah nak jeling jeling kitaorang berdua, memang betul pun kan yang kau ni perempuan jahat dan gatal dah menggoda Baekhyun? Sampai mengandung pulak tu, lepas tu putuskan pertunangan kononnya." Mina bersuara agak kuat.

Chaeyoung sekadar senyum sinis sahaja membiarkan adiknya bercakap. Lagipun hatinya puas saat melihat muka Taeyeon yang putih sudah berubah merah. Malu bercampur dengan marah.

"Muka je nampak baik, rupanya perangai ugh... tak tahulah nak cakap apa," Mina terus berbicara.

"Aku tak goda Baekhyun, tapi kitaorang masing masing lakukan kesilapan," keras suara Taeyeon mentuturkannya.

Taeyeon menggenggam penumbuk menahan geram. Bergetar tubuh Taeyeon memandang mereka berdua.

"Eleh, tak nak mengaku pulak. Dah kalau jahat tu jahat jugaklah!"

Chaeyoung pula bersuara.

"Korang berdua ni tak ada kerja lain ke nak buat?" Yerin yang tiba tiba datang memarahi mereka.

"Kau ni siapa? Kawan bersubahat dengan perempuan jahat ni ke?" Dua beradik itu pandang Yerin atas bawah.

"Hei! Korang tu yang tak sedar diri perempuan jahat sebenarnya. Jaga mulut kalau korang tuduh orang sesuka hati korang saja!" Tiffany yang datang dengan wajah menyinga menyerang dua gadis itu.

"Jom Taeyeon. Daripada kita bercakap dengan perempuan macam diaorang berdua ni membuang masa sahaja. Lagi baik habiskan masa memasak atau buat perkara lebih berfaedah," lengan Taeyeon di tarik dari situ.

Yerin menjeling mereka berdua dan ikut Taeyeon dan Tiffany pergi ke kaunter bayaran. Sebenarnya tadi dia terserempak dengan Tiffany, dan sempat juga dia memohon maaf atas perangai gediknya sebelum ini.

Selesai membuat pembayaran, mereka sama sama masuk ke salah satu restoran. Tiffany pandang ke arah lain saat melihat dua orang gadis itu melalui kawasan ini.

Taeyeon pula sekadar berdiam diri, dalam kepala dia tengah pusing fikir siapa yang memberitahu pada dua manusia itu. Tidak tahu kenapa dalam kepala Taeyeon hanya terukir nama Byun Baekhyun saja. Otak dan hati kuat menuduh Baekhyun, orang yang bertanggungjawab memberitahu dua orang perempuan itu tentang perkara yang cuba dia rahsiakan dari pengetahuan orang luar.

Semasa Taeyeon diam fikirkan siapa yang memberitahu kandungannya, telinga Taeyeon mendengar suara Tiffany dan Yerin berbual.

"Taeyeon, kenapa diam? Tak payah fikir pasal perempuan berdua tu lah," Tiffany peluk bahu Taeyeon.

"Tiffany, kejap lagi kita pergi hospital ya? Aku nak jumpa dengan Baekhyun," pinta Taeyeon.

"Aku tak kisah,"

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now