011

458 65 36
                                    

8 - 91

Baekhyun terus hentak kepala dia pada meja makan di dalam kafeteria apabila melihat Chanyeol datang menghampirinya. Memang dia mengajak Chanyeol makan bersama tapi masalahnya sekarang perlu ke Chanyeol bawa perempuan yang hampir membuat dia tengking Taeyeon tu?

Aduh... ni yang rasa malas nak makan. Boleh hilang selera bila tengok senyuman Yerin tu. Macam senyuman plastik.

Dia hentak kepala dia dua tiga kali, biar sakit pun tak apa janji perempuan tu tak ada sekali satu meja dengan dia dan Chanyeol.

Baekhyun jegil mata pada Chanyeol bila dia nampak Chanyeol sengih sambil angkat kening. Macam bengong dah dia tengok. Menyampah tahap nak mati terus dah ni.

Chanyeol melabuhkan punggung berhadapan dengan Baekhyun. Yerin pula melabuhkan punggung di sebelah Baekhyun.

Baekhyun kerutkan dahi, dia pandang Chanyeol. Sekali lagi dia menjegilkan matanya pada Chanyeol, sekali dengan pakej sepak kaki Chanyeol sekuat hati lagi. Memang lengkap.

Kali ni Chanyeol memang takkan senyum macam tadi sebab dia dah rasa sakit. Tapi terpaksa tahan.

"Aku nak belikan makanan sekejap, kau duduk sekejap sini dengan Yerin. Awak nak makan apa?" Chanyeol pandang Yerin.

"Just belikan roti bakar je lah." Balasnya.

"Okey"

Chanyeol berlalu pergi meninggalkan Baekhyun dan Yerin berduaan.

"Tiang ni memang nak kena dengan aku ni, dah nak meletus dah ni. Bertapa panasnya hati aku! Sh*t! Tengok, kan aku dah cakap yang bukan bukan ni" Baekhyun mendengus.

"Dahi awak merah sangat ni, biar saya tengokkan" Yerin sentuh dari Baekhyun lembut.

Baekhyun tepis kasar. Macam nak mencarut terang terang dekat perempuan ni dah ni. "Kau tak payah nak kisahkan aku sangat. Aku tak perlu 'kebaikan' kau" Baekhyun pandang muka Yerin dengan muka yang menyinga.

"Dah! Kau panggil aku apa tadi? Awak? Hey, aku senior kau dekat sini," Baekhyun genggam tangan sendiri menahan marah. "Kau panggil aku macam biasa. Doktor! Jangan pandai pandai tukar panggilan antara kau dengan aku" Baekhyun hentak meja sekuat hatinya. Ia sudah menarik perhati mereka yang berada di situ termasuklah Chanyeol.

Baekhyun bangun, dia melangkah keluar dari kafeteria. Seleranya sudah hilang di bawa perempuan tu.

Chanyeol berlari anak mendekati meja mereka, Yerin masih duduk diam di situ. Dia menundukkan kepala sahaja.

"Kenapa Baekhyun marah?" Tanya Chanyeol ingin tahu.

Dia angkat kepala. "Entah. Saya cuma tanya kenapa dahi dia merah sangat je tadi, tapi dia marah sampai macam tu sekali" Yerin bersuara lembut.

Chanyeol raup wajah sendiri. "Tak apa, awak makan dulu ni. Saya nak pergi tengokkan Baekhyun sekejap"

"Baekhyun, cubalah cakap kenapa kau marah sangat tadi. Sebab aku bawa Yerin sama sama ke?" Chanyeol berjalan seiring dengan Baekhyun.

"Tu salah satu sebabnya, tapi masih ada sebab yang lain kenapa aku marah tadi. Dah pergi sana, aku nak pergi buat kerja ni. Kau jangan nak sibuk sekali" Baekhyun melangkah laju.

"Sabar. Aku tahu kau nak pergi rawat orang pun, tapi kau tak makan lagi kan. Nah, ambil roti ni, aku belikan untuk kau. Untuk lapik perut, kejap lagi kau pergi makan kalau selera kau dah kembali" Chanyeol hulurkan sebungkus roti kacang.

Baekhyun capai. "Thank. Aku akan makan, kau jangan risau dengan keadaan aku. Kau tu pergi makan cepat, kang kau pulak yang sakit. Siapa yang salah? Aku jugak" Baekhyun berlalu pergi meninggalkan Chanyeol seorang diri.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now