094

256 35 7
                                    

91 - 91

             "Omma tak setuju!" Puan Byun bersuara tegas. Setegas keputusannya ini.

Chopstick yang sedang di pegang oleh Baekhyun terlepas dari tangannya. Tuan Byun menggeleng kepala saat mendengar suara harimau isterinya. Chaeyoung dan Mina juga ada bersama, tetapi mereka tidak terkejut dengan suara Puan Byun itu. Mereka lebih rasa sakit hati dengan apa Baekhyun sudah beritahu kepada omma dan appa nya.

Puan Byun mengambil tempat berhadapan dengan anak lelakinya.

              "Kamu jangan nak buat keputusan yang macam macam. Omma tak izinkan kamu berkahwin dengan Taeyeon. Titik!" Tegas benar omma Baekhyun menuturkannya.

              "Dia dah tolak kamu. Jadi kenapa sekarang dia terhegeh hegeh nakkan kamu balik?" Puan Byun memang tidak berpuas hati dengan keputusan anaknya ini.

              "Omma. Taeyeon bukan sengaja tau dia putuskan pertunangan kitaorang, dia terkejut dengan apa sudah berlaku. Perkara yang berlaku tak ada dalam perancangan sesiapa pun. Tak boleh ke omma faham?" Riak wajah Baekhyun sudah berubah serius.

               "Taeyeon sekarang ni tengah mengandungkan anak Baekhyun. Darah daging omma jugak. Susah sangat ke omma nak terima dia? Dulu omma baik dengan dia, kenapa sekarang omma berubah? Sebab diaorang berdua ni? Kalau sebab diaorang omma jadi begini, Baekhyun takkan teragak agak halau diaorang keluar dari rumah ni. Baekhyun akan pastikan perempuan berdua ni tak pijak rumah kita lagi!" Baekhyun membalas dengan hati yang membara.

Muka kedua dua gadis itu di pandang dengan geramnya.

             "Omma still tak..."

Baekhyun bangun. Kot putih di capai dan di bawa ke pintu. Makin terbakar dia dengar omma bercakap.

Puan Byun bangun ikut dari belakang.

             "Baekhyun! Omma tak habis bercakap dengan kamu lagi ni. Omma nak kamu tahu yang kamu tak ada hak nak halang mereka datang ke rumah. Rasanya macam Taeyeon..."

Baekhyun buka pintu saat omma sedang bercakap. Dan saat omma Baekhyun sedang bercakap itu juga mata omma Baekhyun menangkap kelibat omma dan appa Taeyeon berdiri di luar rumah mereka.

Baekhyun mendekati mereka lalu berjabat tangan dengan appa Taeyeon. Selepas pada itu Baekhyun meminta diri untuk ke tempat kerja.

Puan Byun terdiam. Hilang segala kata katanya. Tuan Byun sudah berjabat tangan dengan Tuan Kim dan menjemput mereka masuk. Tampaknya hari ini dia tidak boleh masuk kerja. Bakal besannya harus di utamakan dahulu walau bagaimana pun.

             Anak mata Chanyeol mengikut sahaja pergerakan Baekhyun yang asyik berulang alik dari kiri ke kanan berulang kali. Nasib baik tengah hari begini mereka berdua hanya makan di taman yang redup. Tidaklah sakit hati dan mata sangat nak tengok. Terfikir jugalah apa masalah Baekhyun hari ini. Sedangkan semalam bukan main berseronok lagi mereka semua di rumah Taeyeon.

Sesuap makanan masuk ke dalam mulutnya dengan mata masih 'sibuk' perhatikan Baekhyun.

Chanyeol geleng geleng kepala kerana berasa pening melihat Baekhyun. Lepas menelan makanan di dalam mulut, Chanyeol lambai lambai tangan pada Baekhyun untuk duduk bersamanya.

Baekhyun mengeluh. Selepas itu baru Baekhyun duduk sama sama dengan Baekhyun. Chanyeol tepuk bahu Baekhyun beberapa kali sebelum membuka bicara.

              "Kau kenapa? Ceritalah dengan aku apa masalah yang kau ada sekarang. Taeyeon batalkan balik ke keputusan yang dah dia buat?"

              "Omma dengan appa Taeyeon jumpa dengan omma appa aku. Diaorang datang sebelum aku pergi kerja, dan masa tu aku tengah berbalah dengan omma aku. Aku percaya yang omma appa Taeyeon dengar apa yang omma aku telah cakapkan," bagi tahu Baekhyun dengan perlahan.

Jantung Chanyeol berdebar bila dengar Baekhyun bagi tahu. Terfikir juga apa yang sedang berlaku di rumah Baekhyun pagi tadi, ataupun sekarang. Entah apa perbualan di antara keluarga Baekhyun dan keluarga Taeyeon.

             "Taeyeon ada tak?"

Baekhyun geleng. Muka di raut kasar. Tentang itu dia rasa bersyukur kerana Taeyeon tiada bersama pagi tadi. Dia tidak pasti apa bakal terjadi jika Taeyeon juga mendengar segala yang di tuturkan omma Baekhyun.

Chanyeol pegang dada dan lepas nafas lega. Takut juga kalau Taeyeon ada bersama sama dengan ibu bapanya tadi. Tidak terbayang apa yang bakal Taeyeon lakukan jika dia terdengar semua kata kata omma Baekhyun pagi tadi.

              "Kau jangan fikir sangat pasal perkara ni. Aku rasa diaorang boleh selesaikan masalah ni dengan baik. Diaorang dah berumur, pandailah diaorang semua."

Baekhyun angguk. Dia harap kata kata Chanyeol sebentar tadi betul.

              Tiffany lihat omma dan appa Taeyeon yang baru pulang. Satu senyuman di hadiahkan kepada mereka. Pagi pagi lagi dia dah terpacak depan rumah Taeyeon atas permintaan omma Taeyeon yang nak dia temankan anaknya.

Taeyeon turun dari tingkat atas bila mendengar bunyi enjin kereta appa. Satu senyuman di berikan kepada omma dan appa nya. Taeyeon mengambil tempat bersebelahan dengan omma lalu tangan itu di genggamnya.

Puan Kim pandang anak perempuannya.

            "Omma Baekhyun setuju tak dengan keputusan ni?" Taeyeon bertanya dulu kerana keinginannya untuk tahu.

Puan Kim kerling suaminya lalu menganggukkan kepala beberapa kali bersama sebuah senyuman.

Senyuman Taeyeon semakin terukir lebar.

Tetapi berlainan pula dengan Tiffany yang terhidu sesuatu yang lain macam. Dia dapat melihat riak wajah berlainan omma Taeyeon tadi saat berpandangan dengan appa Taeyeon itu.

              "Tapikan, kenapa Taeyeon tengok omma dengan appa macam lain?"

Tampaknya bukan Tiffany saja yang perasan dengan riak omma dan appa Taeyeon sebentar tadi. Taeyeon juga perasan akan perubahan itu.

Puan Kim bertindak memeluk bahu Taeyeon.

              "Lepas kahwin nanti anak kesayangan omma ni akan tahu," Puan Kim sekadar tersenyum.

Tiffany sudah mula rasa tidak sedap hati dengan apa yang keluar dari mulut omma Taeyeon itu. Tiffany mula fikirkan bermacam perkara. Tapi dia tidak begitu risau kerana dia tahu yang Baekhyun betul betul sayangkan sahabatnya ini.

—————

AhYeon tak tahu nak rasa apa sekarang ni bila tulis ni tadi.😅

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now