100

236 34 25
                                    

              "Tak ada hati perutlah diaorang tu. Ke mana hati mereka semua tu? Dah mati ke apa?!" Marah Tiffany sambil merenung ke arah kad jemputan yang berada di tangan.

Taeyeon diamkan diri. Baru tiga hari di rumah Tiffany, sekejap tadi perempuan tiada perasaan tu datang hantar kad jemputan. Majlis akan berlangsung seminggu dari sekarang. Pasti omma Baekhyun sudah berbincang lama tentang perkara ini. Persediaan juga pasti sudah di buat.

Tiffany koyak koyak kad itu sampai hancur seribu. Memang tidaklah dia akan pergi ke majlis perkahwinan itu melihat kebahagiaan perempuan dua orang itu. Sedangkan sahabatnya di sini menderita mengenang nasib yang dia bakal ada madu. Bukan seorang, tapi dua orang terus. Tak ke gila namanya ini.

Kad yang sudah tidak nampak rupa kad itu di masukkan ke lubang jamban dan Tiffany terus flush sahaja.

               "Kau tak payah fikirlah pasal perkahwinan bodoh diaorang tu. Yang aku pasti, Baekhyun takkan pernah sukakan diaorang. Dia hanya sukakan kawan aku ni je," Tiffany pandang Taeyeon yang tampak begitu murung.

              "Aku tertanya tanya, apa yang bermain dalam kepala omma mertua aku tu sebenarnya?" Taeyeon angkat kepala pandang Tiffany.

Tiffany menggulingkan mata ke atas. "Apa lagi, kebahagiaan bakal menantu kesayangan dia dengan kebahagiaan dia. Tapi atas penderitaan kau dengan anak dia sendiri. Kau nampak tak tahap pemikiran omma mertua kau tu takat mana?" Kutuk Tiffany menyampah.

              "Aku takut suatu hari nanti kalau diaorang berdua tu dapat kalihkan perhatian Baekhyun pada diaorang. Membelakangi aku. Dan yang paling aku takut, diaorang ambil Nayeon dari aku." Taeyeon pandang Nayeon yang tidur nyenyak sejak tadi.

Tiffany geleng kepala.

              "Kau tak boleh cakap macam ni. Walau macam mana sekalipun yang berlaku pada masa akan datang, Nayeon takkan pernah jatuh dalam tangan orang orang yang seperti diaorang tu," Tiffany ikut pandang Nayeon juga.

Suasana menjadi senyap untuk beberapa minit.

             "Sebenarnya aku kecewa dengan omma appa aku. Diaorang boleh terima syarat omma Baekhyun macam tu sahaja," Taeyeon mengeluh kecewa.

              "Kau tak boleh salahkan parents kau. Mungkin diaorang dah cuba pujuk omma Baekhyun tu tapi omma Baekhyun tu je yang degil. Bila dah macam tu, diaorang terpaksa terima syarat entah apa apa tu." Tiffany mencebik sakit hati.

               "Sebelum ni patutlah omma Baekhyun tu ada baik sikit sikit dengan aku. Rupanya dia dah pelan sesuatu,"

              "Aku tak sangka yang rahsia yang kita nak tahu sangat tu adalah sekejam ini. Aku terasa bahagia jugak bila melihat omma Baekhyun peluk cium Nayeon. Tak di nafikan yang omma mertua kau tu sayangkan Nayeon, tapi aku tengok dia salah tau."

             "Annyeonghaseyo!"

Mendengar panggilan tersebut, Tiffany dan Taeyeon segera turun. Nayeon di bawa bersama kerana takut apa apa berlaku kepada Nayeon semasa mereka di tingkat bawah.

Tiffany buka pintu. Dahinya berkerut seribu saat melihat omma Baekhyun datang ke sini bersama 'bakal' menantunya.

Puan Byun tanpa di jemput masuk ke dalam rumah. Di terkamnya ke arah Nayeon dalam dukungan Taeyeon. Puan Byun mahu mengambilnya daripada Taeyeon tetapi Taeyeon memeluk erat. Dia tidak akan lepaskan Nayeon kepada omma Baekhyun.

               "Apa yang kau tamak sangat? Itu cucu aku, takkan nak pegang cucu sendiri pun tak boleh?"

              "Cucu omma tapi anak Taeyeon. Jadi Taeyeon yang lebih berhak ke atas Nayeon." Ujar Taeyeon tegas. 

              "Kau jangan berlagak sangat erk! Kalau tak ada anak aku, takkan ada Nayeon ni!" Kuat Puan Byun bersuara sampaikan Nayeon terjaga.

Tangisan Nayeon mula kedengaran. Tiffany mengambil Nayeon dari Taeyeon.

             "Ya, memang tanpa anak lelaki omma tu Nayeon takkan ada. Tapi omma kena ingat, yang bersusah payah itu Taeyeon. Bukan Baekhyun," balas Taeyeon.

Puan Byun menggulingkan mata ke atas. Dia pandang Chaeyoung dan Mina.

             "Ambillah Nayeon tu, kita bawa dia balik rumah kita. Dia tak layak duduk sini," arah Puan Byun.

Chaeyoung dan Mina mengikut arahan. Lagipun mereka suka pada Nayeon.

Tiffany menepis tangan mereka dari menyentuh Nayeon. Puan Byun ikut masuk campur apabila Tiffany menolak tangan bakal menantunya itu.

Tiffany tolak sekuat hati tangan Mina sampai dia terjatuh. Taeyeon pula sudah menolak Chaeyoung jatuh, cuma omma Baekhyun sahaja dia tidak menolak.

             "Auntie ni kenapa? Dia anak Taeyeon, biarlah dia menjaga Nayeon." Marah Tiffany sambil menepis tangan Puan Byun dari menyentuh Nayeon.

              "Omma, stop it!" Dalam sibuk bergelut. Ada suara menegah.

Kelihatan Baekhyun sedang memandang tajam ke arah omma nya.

             "Nayeon Taeyeon dan Baekhyun. Baekhyun hanya mahu Taeyeon yang jaga anak kami. Omma tak boleh ambil dia."

             "Tapi dia cucu omma,"

             "Cucu omma. Baekhyun tak berapa nak kisah kalau omma setakat nak peluk cium Nayeon, tapi omma tak boleh bawa dia keluar dari sini. Baekhyun lagi tak bersetuju kalau perempuan dua orang ni yang jaga Nayeon,"

              "Jangan lupa Baekhyun, diaorang berdua ni akan jadi isteri kamu." Bagi tahu Puan Byun.

Sengaja nak bagi Taeyeon sakit hati mendengar katanya ini.

Taeyeon tunduk kepala.

             "Baekhyun, maaflah aku terpaksa bersikap kurang ajar dengan omma kau," ucap Tiffany.

              "Auntie sekarang ada dekat rumah keluarga saya. Jadi, dengan segala hormatnya auntie silalah keluar dari rumah ni. Bawa sekali perempuan tak ada perasaan ni, binatang pun ada perasaan tau."

Pada mulanya Puan Byun tidak mahu berganjak tetapi apabila Baekhyun menarik dia keluar, terpaksalah dia ikutkan.

—————

AhYeon tak tahu apa yang sebenarnya AhYeon cuba buat ketika ini😅

Apa apa pun silalah baca.

Terima kasih.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now