❀16 - 91❀
Pakaian pakaian dan barangan yang mahu di bawa ke China di masukkan ke dalam bagasi besar. Satu bagasi sederhana besar sudah penuh dengan barangan yang lain, sekarang hanya tinggal beberapa barang sahaja lagi.
Puan Park mengurut belakang Chanyeol.
"Duduk dekat tempat orang tu jangan nak buat perkara yang buruk buruk, jaga diri tu. Paling penting mata kena jaga, jangan pandang benda yang tak sepatutnya" pesan Puan Park.
Chanyeol senyum dan mengangguk kepala. Dia akan ingat pesanan omma padanya.
"Baekhyun datang?" Soal Tuan Park yang baru datang menjenguk anaknya itu.
"Ya, tadi dia cakap dah nak sampai. Sampailah tu kejap lagi, jangan di sebut sangat. Kang dah muncul orangnya sebelah appa" balas Chanyeol tanpa memandang appa.
"Cari Baekhyun ke?"
Tiba tiba Baekhyun muncul sambil tersengih sengih. Macam yang Chanyeol cakap tadi, dia dengan tiba tiba sudah berdiri di sebelah Tuan Park.
Chanyeol menoleh. "Kan dah cakap"
"Terkejut tahu tak uncle, nasib baik tak ada sakit jantung ke apa"
Baekhyun menayang muka tak bersalah, lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik Chanyeol. Macam mana dia boleh masuk tanpa bersuara? Sebenarnya dia ada kunci pendua rumah keluarga Chanyeol ni, jadi dia masuk senyap senyap je sebentar tadi. Kunci ni pun omma dengan appa Chanyeol yang bagi sejak mereka kenal dengan dia.
Kata mereka, senang kalau datang nak ajak Chanyeol pergi mana mana. Kadang kadang Chanyeol ni tidur sampai ke tengah hari, lepas tu langsung tak dengar orang panggil. Harap telinga je capang, tapi pekak.
"Baekhyun berbual dengan Chanyeol, auntie dengan uncle turun dululah" Puan Park mengukir senyuman pada Baekhyun sebelum melangkah keluar dari bilik Chanyeol.
Tuan Park pun dah turun ke tingkat bawah dah, nak baca surat khabar.
"Kau ni confirm pergi berapa lama sebenarnya ni?" Baekhyun menghenyak punggung di atas katil.
"Aku pergi sana tiga bulan, tak tahulah kenapa lama sangat. Kau pergi sebulan lebih je kut, kenapa aku lama sangat erk?" Chanyeol juga duduk di atas katil.
Baekhyun mengangkat bahu. Manalah nak tahu kenapa Chanyeol perlu menetap di sana lebih lama daripada dia. Kalau setakat dua bulan tu tak kisah sangat, ni sampai tiga bulan perlu duduk sana. Mahu mereput dia tak ada kawan dekat hospital, kawan nak ajak jalan jalan kalau bosan.
Lepas ni terpaksa tarik Taeyeon pulalah jadi peneman dia sampai Chanyeol balik sini balik.
"Sementara aku tak ada dekat sini, aku nak mintak kau tengokkan keluarga aku. Tak datang selalu pun tak apalah, seminggu sekali datang dalam lima minit pun jadilah" Chanyeol pandang Baekhyun.
Baekhyun mengangguk kepala. "Aku akan tengok tengokkan keluarga kau. Janganlah risau erk" bahu Chanyeol di tepuk perlahan beberapa kali.
"Lepas ni kau nak pergi gim siapa yang nak temankan kau? Aku dah jauh" Chanyeol senyum.
"Entahlah. Aku rasa mereput jugaklah aku pergi situ sorang sorang, nak ajak Taeyeon? Memang susahlah dia nak pergi sangat, setakat sekejap tu bolehlah. Lama lama nanti, dia membebel tahu, tak tahan aku" Baekhyun menggeleng geleng kepala.
"Kau nak tarik dia pergi gim dengan kau tanpa dia membebel panjang senang je, kau cakap dia nampak gemuk. Aku gerenti dia akan ajak kau dulu pergi gim tu tau" cadang Chanyeol.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...