❀34 - 91❀
Hari ini, Taeyeon rasa macam nak hentak hentak kepala sendiri dekat dinding apabila dia bangun saja daripada tidur dia mencapai telefon pintar dahulu dan terus menghantar sms kepada Baekhyun mengatakan dia sudah memaafkan Baekhyun.
Yang itu tak kisah sangat, yang jadi masalah adalah dia sendiri cakap mahu pergi ke hospital untuk bersarapan bersama seperti tiada apa yang berlaku antara mereka berdua. Semalam baru sahaja dia kutuk Baekhyun cukup cukup, depan Tiffany pun cakap tak nak jumpa Baekhyun tapi pagi ini lain pula jadi. Memalukan betul.
Ini kalau di beritahu pada Tiffany, pasti Tiffany akan ketawakan dia dahulu. Sudah pasti. Lepas tu pastinya akan di sindir teruk.
Taeyeon menghela nafas, sebelum memandu pergi ke hospital dia perlulah bersiap sedia untuk bertemu dengan Baekhyun empat mata. Entahlah macam mana reaksi apabila membaca sms tersebut, dia dapat membayangkan Baekhyunn sudah ketawa sambil mengutuk dia.
"Nak pergi mana?" Puan Kim pandang Taeyeon yang sudah bersiap.
"Taeyeon nak pergi jumpa Baekhyun" bagitahunya sambil tersengih.
Dahi Puan Kim berkerut. Semalam bukan main lagi tidak mahu berjumpa dengan Baekhyun, tapi pagi ini tengok Taeyeon macam semangat pula nak jumpa dengan Baekhyun. Agaknya hati sudah terpujuk apabila Baekhyun memohon maaf semalam, terkejut juga dengar suara Baekhyun terjerit jerit di luar rumah.
Taeyeon menyarung kasut tumit tingginya. Telefon di ambil.
Baekhyun:
Kita jumpa dekat Sungai Han, aku masuk kerja tengah hari kejap lagi.Taeyeon:
Okeylah.Selepas menghidupkan enjin, Taeyeon menggundurkan kereta keluar dari halaman rumah. Jantung mula berdetak laju, takut lain macam mahu berjumpa dengan Baekhyun. Perasaan malu pastinya yang paling memenuhi diri ketika ini. Entah apalah mahu di mulakan sebagai perbualan mereka berdua sekejap lagi. Dia akan cuba memujuk Baekhyun supaya menolong dia walaupun untuk sekali sahaja, harapnya Baekhyun takkan naik angin seperti hari itu saja.
Taeyeon membetulkan pakaian yang di sarung pada tubuh untuk bertemu dengan Baekhyun pagi ini.
Taeyeon panjangkan leher, mencari kelibat Baekhyun. Dia pasti Baekhyun sudahpun tiba kerana dia nampak kereta Baekhyun di parkir tidak jauh dengan tempat dia parkir kereta. Dalam tengah mencari kelibat, telefon pintar bergetar. Taeyeon mengeluarkannya.
Baekhyun:
Dari tempat kau berdiri, kau pandang kiri. Kau akan nampak aku, aku pakai baju warna hitam.Taeyeon melihat ke arah yang Baekhyun katakan tadi, sekarang dia nampak Baekhyun sedang duduk sambil memandang ke arahnya. Taeyeon berjalan mendekati Baekhyun yang langsung tidak lepas memandang dirinya, dan ia membuatkan Taeyeon sedikit tidak selesa.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...