Kereta Lamborghini berwarna putih yang tiba tiba membunyikan hon di depan pagar rumah Taeyeon membuatkan Taeyeon melatah pendek. Taeyeon mengerutkan dahi, sambil sambil tu dia tengah sibuk menyiram pokok bunga di sekeliling halaman rumah keluarganya.
Mula mula Taeyeon nak buat tak tahu je pada orang yang ada dalam kereta tu memandangkan tuan punya badan kereta tak keluar pun. Tapi orang yang ada dalam kereta tu tekan lagi hon kereta dia tu. Dan ia sudah mengundang kemarahan Taeyeon ketika ini.
Pagar kecil untuk manusia lalu di buka Taeyeon dari dalam. Getah air masih lagi di pegang, manalah tahu orang ni orang gila ke apa. Senanglah nak simbah orang tu dengan air ni.
"Hai Taeyeon" sapa orang dalam kereta apabila dia buka pintu dan lambaikan tangan.
Susuk tubuh itu melangkah keluar dari keretanya. Dia pandang Taeyeon sambil tersengih seperti kerang busuk.
Serentak dengan itu juga Taeyeon terus menyiram tubuh Baekhyun.
"Hoi! Hoi! Berhentilah. Basah dah baju aku ni"
"Padan muka, buat aku marah lagi." Taeyeon menjeling Baekhyun.
"Baru baru ni baru je kita bergaduh, bolehlah kalau nak bergaduh sekarang. Tapi kalau ya pun nak bergaduh dengan aku, bukalah pagar rumah kau ni dulu" Baekhyun kibas pakaiannya yang sudah separuh basah itu.
Taeyeon mendengus. Dia masuk, dah tekan kata laluan untuk membuka pagar rumah mereka. Setelah pagar terbuka sepenuhnya, Baekhyun terus memecut keretanya masuk.
"Baekhyun ke tu?" Tanya Puan Kim sambil perhatikan kereta yang masuk.
Taeyeon mengangguk mengiakan. Air di tutup, dia mendekati omma nya lalu mengambil tempat di sebelah omma nya.
Seketika kemudian Baekhyun melangkah keluar sambil mengukirkan senyuman. Dia tangannya ada satu plastik berwarna putih lut sinar. Jadi boleh nampak apa yang ada dalam plastik tu.
"Auntie" Baekhyun menunduk hormat. "Ni ada buah sikit Baekhyun bawa untuk auntie sekeluarga" plastik yang di pegangnya tadi di hulurkan kepada Puan Kim.
"Terima kasihlah. Buat susah susah je datang bawa buah tangan ni, duduklah dulu. Auntie masuk buatkan air dan potong buah yang Baekhyun bawa ni kita makan sama sama dekat sini" cadang Puan Kim sebelum menapak masuk.
Baekhyun mengambil tempat berhadapan dengan Baekhyun.
"Padan muka" Taeyeon menjelir lidah.
"Kalau aku demam macam mana ni? Dahlah dalam kereta tu tak ada baju tambahan" dia menjegilkan mata.
Taeyeon silang tangan sambil angkat bahu. "Ada aku kisah kalau kau demam pun, itu bukan masalah aku"
"Ah! Aku siram aku macam aku ni bunga lepas tu macam tu je kau cakap. Aku tak kira, kalau aku deman, kau kena jaga aku sampai aku sihat balik"
Taeyeon buat muka buruk dekat Baekhyun. "Sorry. Tak ada masa aku nak jaga kau, baik aku jaga omma aku dekat rumah ni lagi bagus. Tapikan, kau kan doktor takkan tak boleh jaga diri sendiri?"
Baekhyun mengetap bibir. Geram pula dengan jawapan Taeyeon tu, memanglah dia doktor tapi ingat kalau doktor demam jadi lain ke daripada orang yang bukan doktor? Sama je. Tak ada beza.
"Kau... kau kalau tak menjawab dengan aku memang tak senang kan hidup kau ni" laju sahaja tangan Baekhyun bergerak menarik rambut Taeyeon yang tidak di ikat itu.
Apa dia peduli kalau dia berkasar Taeyeon dekat rumah Taeyeon pun. Lagipun omma dengan appa Taeyeon dah tahu macam mana dia dengan Taeyeon kalau berjumpa. Dia pernah berkasar dengan Taeyeon lebih daripada tarik rambut ni depan keluarga Taeyeon ni.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...