091

253 49 6
                                    

88 - 91

Taeyeon mengemas ruang tamu memandangkan dia tiada apa yang mahu di lakukan di rumah. Sekejap lagi dia mahu menyiram bunga pula, sudah agak lama tidak menyiram bunga itu semua. Rasanya hampir tiga bulan dia hanya membiarkan omma menyiram semua bunga bunga itu.

Hari ini dengan rajin dia akan menyiram bunga seperti sebelum ini. Lagipun bila ada bayi dalam perut ini. Perlulah dia rajin sikit, baru bayi dalam kandungan mengikut nanti apabila sudah besar.

Kalau dia asyik duduk goyang kaki di dalam bilik takut anaknya nanti akan ikut. Tetapi kalau anak lelaki yang bakal dia dapat, entahlah rajin ke tidak. Dia harap boleh di harapkan buat kerja memandangkan Baekhyun seorang yang agak rajin orangnya. Tapi ikut pada masanya jugalah rajin Baekhyun itu macam mana.

Dengan berhati hati Taeyeon menyiram pokok bunga. Terjatuh nanti tak pasal kena tahan dekat dalam hospital. Paling parah Baekhyun menjaga jika dia di tahan di hospital beberapa hari.

Selesai menyiram pokok bunga, Taeyeon mengambil tempat duduk. Melihat pemandangan halaman rumah yang menenangkan hati. Tetapi tidak lama kemudian pemandangan tenangnya hilang bila melihat kereta Baekhyun parkir di bahagian luar halaman rumah.

Dahi Taeyeon berkerut melihat Baekhyun yang semakin mendekat. Melihat senyuman Baekhyun membuatkan Taeyeon teringat tentang luahan ikhlasnya kepada Tiffany sebelum ini. Dahi yang sedia berkerut semakin berkerut.

            "Awak sihat?" Tanyanya.

            "Aku tengok kau tercegat dekat sini lagi boleh buat aku sakit tau. Apa kata kau balik rumah kau je," halau Taeyeon.

Baekhyun buat tak faham bahasa jadi Baekhyun menghenyak punggung di atas bangku berhadapan dengan Taeyeon.

            "Tak boleh ke kita jadi macam dulu?" Soal Taeyeon setelah dua minit diam.

Baekhyun pandang Taeyeon.

            "Kita boleh je jadi macam zaman kita sebelum semua ni berlaku. Kita kahwin, dan berbahagia. Sama sama menjaga zuriat tu," Baekhyun pandang pula ke arah perut Taeyeon.

Taeyeon mengeluh.

             "Boleh tak kita jadi seperti dulu dulu tanpa melibatkan perkahwinan?"

             "Tak boleh. Awak tengah kandungkan anak saya. Macam mana tak kaitkan tentang perkahwinan tu," Baekhyun gelengkan kepala.

             "Omma kau tak sukakan aku, omma kau belum tentu boleh terima aku sebagai menantu dia. Baekhyun, cinta perlukan pengorbanan. Aku korbankannya dengan melepaskan kau kahwin dengan perempuan lain. Bukan aku. Kahwinlah dengan mana mana perempuan sekalipun, aku sanggup jadi pengiring kau masa kau kahwin nanti. Walaupun hati aku akan terluka dan aku akan menyesal seumur hidup kerana lepaskan kau," ayat terakhir Taeyeon menuturkannya dengan nada yang dia sahaja yang boleh mendengarnya.

             "Aku tak nak dengan perempuan lain. Aku hanya nakkan kau untuk jadi peneman aku sampai bila bila. Bukan perempuan!" Tegar Baekhyun membalas.

             "Apa yang susah sangat kau ni nak faham? Omma kau bencikan aku, dia takkan pernah sukakan aku. Anak dalam perut ni belum tentu lagi akan di terima omma kau. Kalau appa kau aku percaya yang dia boleh terima tapi omma kau sedikitpun aku tak mampu nak percaya," air mata Taeyeon mengalir perlahan.

Baekhyun dekatkan tubuhnya dengan Taeyeon lalu dengan lembut tangan Baekhyun menyapu air mata Taeyeon. Melihat air mata Taeyeon mengalir kerana memikirkan penerimaan omma nya membuatkan dia sakit sama.

Taeyeon terus menangis tanpa rasa ingin berhenti. Entah kenapa dia suka Baekhyun orang yang menghapuskan air matanya walaupun asyik tumpah sahaja. Dia mengharapkan Baekhyun akan terus mengelap air matanya.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now