❀38 - 91❀
Baekhyun mengemaskan pakaiannya. Telefon di capai, lalu dia turun ke bawah, omma dan appa sedang bersarapan. Baekhyun mengambil tempat duduk berhadapan dengan omma nya. Roti bakar yang sudah di sapu dengan mentega kacang di masukkan ke dalam mulut.
"Apa yang kusut sangat rambut doktor ni, ada ke patut biar rambut kusut macam tu pergi kerja. Nanti orang cakap Baekhyun ni tak mengambil berat tentang diri sendiri" bebel Puan Byun apabila melihat rambut Baekhyun yang kusut.
"Biarlah, biar sama dengan jiwa Baekhyun yang tengah kusut ni. Macam macam kena fikir, sampai tak tahu nak buat macam mana lagi" balas Baekhyun tidak mahu mengambil pusing apa yang di bebelkan Puan Byun.
Tuan Byun pandang anaknya, anak lelakinya ini nampak tidak seperti selalu. Agaknya ada perkara yang sudah jadi membuatkan anaknya berubah tiba tiba. Seperti putus dahulu.
"Anak appa ni putus cinta pulak ke?" Soalan yang keluar dari mulut Tuan Byun buatkan tekak Baekhyun payah mahu menelan makanan.
Dada di tepuk perlahan. Air di capai setelah Puan Byun hulurkan. "Mana adalah appa ni, nasib baik tak mati" rungut Baekhyun.
"Betullah soalan appa tu, anak appa nampak dulu. Faham kan maksud appa?"
Baekhyun tidak menjawab. Dia tidak mahu ingat lagi tentang kisah lama. Cerita lama jangan di kenang lagi, sekarang masalah dia berkaitan dengan Taeyeon. Kerana Taeyeon lah dia jadi begini, seperti orang baru putus cinta. Tengoklah, appa pun nampak macam tu. Omma, entahlah apa pula tangkapannya.
"Saya ingat Baekhyun ni ada masalah dengan Taeyeon, jarang dia pergi rumah keluarga Taeyeon sekarang ni. Entah apalah masalahnya pun saya tak tahu" Puan Byun kerling anaknya.
"Yeke Baekhyun?" Tuan Byun inginkan jawapan.
Baekhyun geleng. "Tak ada apa apalah, omma je ni. Baekhyun bukan tak nak pergi rumah keluarga Taeyeon tapi malas. Sekarang baru rasa macam menyusahkan orang"
"Tak percayalah omma dengan alasan kamu ni Baekhyun, mesti sesuatu ni. Omma tak dapat nak teka je apa perkaranya" Puan Byun senyum senget.
Tuan Byun mengangguk setuju dengan kata kata isterinya, alasan Baekhyun itu baginya langsung tidak di terima. Pasti ada sesuatu di antara anaknya dengan Taeyeon.
Baekhyun habiskan rotinya secepat mungkin, nampaknya sudah tidak boleh duduk lama lama lagi dekat sini. Pecah rahsia nanti. Memang mereka ada masalah, masalah Taeyeon sendiri yang lakukan. Selepas habis makanannya, Baekhyun meminta diri untuk pergi.
Bila keluar, terserempak pula dengan jiran sebelahnya. Nak patah balik masuk ke dalam rumah tak boleh lagi dah sebab mereka dulu dah panggil. Nak tak nak kenalah pergi dekat, senyuman tak berapa nak ikhlas sangat di berikan kepada mereka sekeluarga.
"Baekhyun dah nak pergi kerja ke?" Soal auntie Song.
Baekhyun mengangguk mengiakan.
"Kebetulan, Chaeyoung dengan Mina ni nak pergi beli barang sikit dekat jalan hujung sana tapi kereta ni buat hal tak boleh nak hidupkan enjinnya. Boleh tolong hantarkan diaorang sekejap?" Pinta auntie Song.
Baekhyun dah mengeluh perlahan, bukan tidak mahu menolong tapi nampak lemaklah mereka berdua ni minta dia hantar sana sini. Baru mulut mahu memberikan alasan, suara omma pula datang mencelah membuatkan semuanya hancur berkecai sekelip mata.
"Pergi je, nak lalu jalan tu jugak tapi nanti nak balik dengan siapa? Baekhyun tunggulah sekejap" pandangan Puan Byun terarah pada anak lelakinya.
Baekhyun buat muka tak percaya, cepat saja dia gelengkan kepala. "Baekhyun kalau hantar tu boleh tapi kalau nak tunggu tak boleh sebab hari ni banyak kerja nak buat dekat hospital sana tu. Sekejap lagi kalau lambat diaorang bising, semalam pun Baekhyun dah masuk lambat. Jangan buat pasal omma, silap silap tak lama lagi anak omma ni hilang kerja" panjang Baekhyun bersuara.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...