❀57 - 91❀
Bersusah payah Tiffany terlompat lompat untuk menyenangkan Taeyeon mencarinya. Di sini sekarang terlalu sibuk sampai dirinya yang bertubuh kecil asyik terhimpit saja daripada tadi.
Sebentar tadi adalah nampak bayang Taeyeon yang sudah sampai tapi apabila melompat beberapa ini, tidaklah pula dia nampak lagi kelibat Taeyeon yang mencarinya. Apa Tiffany apa agak adalah Taeyeon sudah tergelam kerana ramainya orang di sini. Tiffany terpaksa meredah keluar bagi membolehkan dia membuat panggilan menyuruh Taeyeon kembali keluar dari tempat yang sudah padat ini.
Nafas di tarik lega apabila sudah terlepas dari di himpit, telefon di keluarkan lalu mendail nombor Taeyeon. Itu pun kalau Taeyeon dapat mendengar telefonnya berbunyilah.
Tak dapat.
Tiffany mengeluh.
Mata sudah melilau mencari susuk tubuh Taeyeon yang mungkin dia akan menjumpainya tetapi masalahnya tubuh Taeyeon terlalu kecil. Kecil lagi dari tubuhnya ini. Bagaimana mahu menjumpai Taeyeon, tadi pun Taeyeon tak dapat mencari dirinya.
Tiffany bercekak pinggang, dia nak redah masuk sekali lagi memang taklah. Dah rasa macam nak nazak berjalan dalam keadaan berhimpit.
Taeyeon kembali keluar dari tempat yang baru di masukinya, tidak sanggup mahu berlama lama di situ semata mata mahu mencari kelibat Tiffany yang langsung tidak kelihatan.
"Mana budak ni? Takkan ada dalam tu lagi? Tak rimas ke dengan keadaan macam ni?" Soal Taeyeon sendiri.
Mata mula memandang sekeliling. Sebenarnya kenapa ramai orang di sini adalah kerana hari ini dia tempat mereka mahu berjumpa ada promosi pakaian yang cantik dan menarik. Kerana itulah hari ini mereka ada di sini hari ini, tapi tidak pula terbayangkan yang orang begitu ramai pula seperti begini sekali.
Taeyeon mengecilkan mata bila nampak macam seseorang yang di kenalinya, bila tengok lama lama barulah dia perasan siapakah orang tersebut. Kedudukan mereka agak jauh, jadi kerana itu dia atau Tiffany tidak perasan antara satu sama lain.
Berlari anak Taeyeon pergi dekat dengan Tiffany sebelum Tiffany memasuki pula kawasan itu.
"Tiffany" panggil Taeyeon bila tengok Tiffany macam nak pergi redah masuk pula ke tempat tadi.
Langkah Tiffany terhenti bila dengar namanya di panggil seseorang, senyuman mula terukir dan nafas sudah di tarik lega. Sebenarnya memang Tiffany mahu meredah ke dalam sekali lagi bagi mencari Taeyeon walaupun tadi dia dah cakap yang dia tidak mahu lagi masuk.
Tersenyum senyum Taeyeon pada Tiffany ketika berjalan mendekati.
"Aku ingatkan tadi dah nak kena masuk redah lagi cari kau" Tiffany tarik tangan Taeyeon ke arahnya sedikit apabila perasan ada seseorang berjalan tidak perasan keberadaan Taeyeon.
"Aku tak sanggup dah nak redah masuk dalam ni, tak boleh bernafas kalau lama lama lagi" Taeyeon menggelengkan kepala.
"Jadi patut ke kita beli dekat dalam ni? Aku dah tak ada kekuatan nak masuk" Tiffany pandang depan melihat bertapa padatnya keadaan mereka yang berebut mahu membeli.
"Aku tak rasa aku nak beli sekarang, yang aku tahu aku nak pergi cari air dulu. Air mineral pun tak apalah, jadi air"
"Depan depan ni tak adalah, kalau jalan jauh sikit adalah. Tapi depan sikit tu ada kedai jual aiskrim" ujar Tiffany mengingati di mana terletaknya kedai kedai di sini.
"Aiskrim pun tak apalah, jom kita pergi dapatkan aiskrim tu sekarang. Aku nak dah dahaga," Taeyeon jalan ke arah mana Tiffany tunjuk padanya.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...