075

290 57 1
                                    

72 - 91

Setelah apa yang berlaku pada dirinya appa juga sudah tidak mendesak tentang perkahwinan lagi. Lagipun Taeyeon sendiri sudah mengetahui yang omma dan appa sudah tahu penyebab kenapa dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan. Dan Taeyeon juga tahu yang keluarga Baekhyun dan keluarga Tiffany juga mengetahui tentang perkara ini semasa dia berada di Malaysia.

Mulanya rasa macam malu juga bila dah tahu semua orang dah tahu, tambahan apabila bertemu dengan mereka semua. Bila di fikir fikirkan balik barulah Taeyeon sedar kenapa omma dan appa Tiffany soal seperti tahu apa yang berlaku, memang mereka tahu pun apa yang berlaku ke atasnya.

Ini semua Tiffany dengan Baekhyun lah yang punya angkara bagitahu semua orang pasal benda ni. Tapi Taeyeon tak salahkan mereka, pastinya semua orang nak tahu kenapa dia mengambil keputusan yang drastik begini.

Keluarga Baekhyun dah tahu tentang perkara ini, tapi kenapa omma Baekhyun bagai tidak suka? Bukannya dia yang perangkap Baekhyun atau apa apa, benda sudah terjadi. Tak pernah pinta pun berlaku begini seumur hidup. Lagipun dahulu, omma Baekhyun suka sangat kalau dia yang jadi menantunya. Ini bukan perasan tapi memang benar pun omma Baekhyun suka kalau dia jadi menantunya.

Tapi itu dululah, sekarang tak lagi kerana omma Baekhyun dah bencikan dirinya. Dan memilih mereka berdua tu sebagai calon.

Perkara yang omma Baekhyun tidak lagi menyukainya hanya mereka yang ada di makan tengah hari di rumah Baekhyun saja yang tahu. Mungkin juga keluarga Tiffany pun tahu, Tiffany kan selalu berkongsi rahsianya dengan omma appa. Memang tak boleh nak berahsia sangat omma dia tu. Tapi nasib Tiffany tu bukan jenis suka pecahkan rahsia orang, kalau tidak memang dia akan hempuk hempuk kepala Tiffany.

Taeyeon keluar dari bilik turun ke dapur. Di perhatikan omma yang tengah sibuk memasak.

Almari di buka dan Taeyeon keluarkan bahan bahan untuk membuat kek coklat.

"Sibuk nampak masak. Nak bagi siapa makan banyak sangat ni?" Tanya Taeyeon bila omma memandang ke arahnya.

Puan Kim tersenyum.

"Tadi Tiffany bagitahu omma yang dia nak datang makan malam dekat sini dengan Chanyeol dan Baekhyun sekali. Jadi omma dengan bersemangatnya mestilah nak masakan diaorang makanan yang sedap sedap. Lagipun omma dah lama tak jumpa dengan Chanyeol tu. Taeyeon nak buat kek coklat ke?" Kini giliran omma nya pula menyoal.

"Ha'ah omma, tiba tiba rasa macam teringin nak makan kek coklat. Nak beli malas, jadi dengan rajinnya Taeyeon buat sendiri" Taeyeon tersengih sengih menayang giginya apabila omma mencebik.

"Bagus jugaklah tu, boleh bagi diaorang yang lain makan sebagai pencuci mulut malam sekejap lagi" Puan Kim sengih pula.

"Kena buat banyak sikitlah ni tapi tepung tak cukuplah nak buat banyak banyak. Nak kena keluar beli pulaklah ni" Taeyeon buat muka.

"Kamu telefon Tiffany cepat, suruh je dia belikan sebab tadi dia cakap dia nak datang awal sikit. Nanti dia nak datang dia belilah apa yang kamu mintak tu" arah Puan Kim.

Taeyeon mengirimkan mesej kepada sahabatnya itu lalu meletakkan telefon di atas almari di dapur. Taeyeon membuka telefonnya kembali apabila ia bergetar. Senyuman Taeyeon terukir apabila Tiffany membalasnya pantas, dan Tiffany baru saja mahu keluar dari rumahnya.

"Anak omma ni dah berbaik dengan Baekhyun ke belum?" Pertanyaan Puan Kim membuatkan senyuman Taeyeon mati.

"Taeyeon dengan Baekhyun tak ada bergaduh, untuk apa nak berbaik pulak? Omma saja saja nak melawak ke petang petang begini?" Taeyeon buat buat tak faham dengan soalan omma nya itu.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now