052

314 46 20
                                    

49 - 91

"Aku rasa bersalah sangat nak tipu keluarga kita buat kali keduanya," Baekhyun meluahkan rasa bersalahnya sebaik saja Taeyeon duduk berhadapan dengannya.

Taeyeon tarik nafas, beg tangan di letak atas meja kerja Baekhyun. "Bukan kau sorang je yang rasa macam tu tau, aku ni pun sama. Tapi apa lagi keputusan kita ada? Nak bagitahu perkara sebenar? Aku takut keluarga kita kecewa"

Baekhyun melurut rambut ke belakang. "Kita terpaksa teruskannya, tiada apa apa lagi yang boleh kita lakukan selain pada tu. Teruskan sampai itu, dan stop. Semuanya berakhir"

"Memang yang macam tu je kita boleh buat, tak ada lain. Fikirlah sampai nak pecah kepala sekalipun, kita takkan jumpa cara lain untuk batalkan perkahwinan"

Baekhyun tidak membalas, mata melirik ke arah Tiffany yang hanya duduk di sofa tanpa masuk campur dengan perbualan dia dan Taeyeon. Taeyeon datang ke hospital untuk berjumpa dengan Baekhyun bukannya seorang diri tapi berdua.

Nampak saja Tiffany diam saja duduk di atas sofa tapi dalam hati dah mengutuk dua rakannya ini. Rasa nak gelak guling guling depan mereka berdua tu, sayang benar belajar tinggi.

"Kesian aku tengok korang dua ni, macam nak cakap kuat kuat yang kedua duanya bengap. Dah tahu bertunang dalam masa sebulan kenapalah tak berpisah je dalam masa tu. Kan mudah tak perlu menipu. Adoilah... nasib koranglah macam mana nak buat, aku malas nak kongsikan idea yang satu ni. Untung untung korang teruskan perkahwinan kerana rasa bersalah. Aku jugak untung dapat tengok korang kahwin" kata Tiffany sendiri. Dia tak tahu apalah yang ada dalam kepala otak masing masing sampai benda senang macam tu pun langsung tak terfikir nak buat.

"Tiffany!"

Bahu Tiffany terangkat sedikit, terkejut dengan panggilan Taeyeon yang agak kuat itu.

"Kenapa?"

"Aku panggil kau banyak kali baru nak sedar, kau berangan apa? Cubalah bagi idea baru macam mana nak mengelak perkahwinan ni tanpa rasa bersalah, lagi banyak faedahnya" Taeyeon mendengus geram.

Tiffany garu kepala sambil sengih. "Aku pun tak ada idea nak kongsi dengan korang kali ni, entah tak tahulah kenapa idea langsung tak nak keluar" tipu Tiffany.

Nampak Tiffany dah bertukar jadi evil sekarang ini.

Baekhyun dan Taeyeon sama sama mengeluh, naik gila mereka di buatnya jika mahu memikir. 

Tiffany tutup mulut tanpa di sedari dua manusia itu, dia sebenarnya mahu ketawa tapi apakan daya dia ada bersama dua orang manusia yang tengah serius memikirkan cara mengelak perkahwinan, tidak bolehlah mengganggu. Silap silap mereka akan syak sesuatu jika perasan yang dia ketawa.

       "Tak perlulah nak fikirkan sangat, buat je lah macam yang korang rancangkan. Benda dah jadi, tak boleh nak putarkan masa balik atau betulkan apa apa lagi. Lagipun korang tipu cakap korang pasangan kekasih dah satu salah, apa kalau korang hanya bagitahu penipuan yang satu ni diaorang takkan kecewa?" Tiffany mengangkat kening tinggi.

Buat kali yang keberapa, Baekhyun dan Taeyeon mengeluh. Tapi bezanya kali ini lebih berat dari biasa.

       "Aku rasa kita buat macam ni adalah satu salah paling besar" Baekhyun letak kepala atas meja.

       "Idea siapa?" Pandangan Taeyeon terarah pada Tiffany yang sedang duduk menunggu mereka.

       "Aku. Tapi kalau aku tak bagi idea pun kau boleh jadi gila tau" balas Tiffany tidak mahu kalah.

Taeyeon menjulingkan matanya. Tak tahu kenapa Tiffany bukan main pandai lagi menjawab sangat hari ini.

        "Tak perlu nak salahkan sesiapa pun, sama je" Baekhyun pula bersuara.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now