❀24 - 91❀
Pakaian yang masih di jemur Baekhyun angkat satu persatu. Entah hantu apa yang rasuk dia hari ni, rajin nak angkat semua pakaian. Selalu dia dulu yang akan melarikan diri kalau omma nya minta tolong. Tapi, hari ni lain pula.
Dalam tengah mengangkat pakaian yang boleh tahan banyaknya tu, hujung mata Baekhyun dapat menangkap kelibat seseorang dari rumah sebelah mereka. Baekhyun pandang ke rumah sebelah, ada seorang lelaki berumur, perempuan berumur dan juga dua orang gadis lebih kurang sebaya dengan dia ataupun Taeyeon. Tapi dia dengan Taeyeon beza dua tahun je pun.
Automatik Baekhyun sengih sampai ke telinga bila perasan pasangan suami isteri itu pandang ke arah dia sambil tersenyum lebar. Entah sejak bila mereka duduk di situ pun dia tidak perasan, tapi rasanya tadi mereka tak ada pun di situ.
Baekhyun kembali menyambung kerjanya mengangkat pakaian di jemuran. Sesekali dia pandang jugalah ke arah mereka, jiran mereka yang ini ramah dengan keluarganya. Jadi takkanlah dia nak sombong dengan mereka pula kan. Mestilah kena baik baik juga.
Selesai mengangkat pakaian dan di masukkan ke dalam bakul yang dia bawa bersama, dia mula melangkah mahu masuk tetapi langkahnya terhenti apabila jiran memanggil pula.
Apa pula ni?
"Omma kamu tak ada ke?" Soal auntie Song.
Jangan ingat dia tak kenal. Tapi yang dua orang perempuan tu yalah dia tak kenal pun. Yang tak tahan mata dua orang perempuan tu tak habis habis perhatikan dia. Membuatkan Baekhyun berasa tidak selesa.
"Omma ada dekat dalam, nak Baekhyun panggilkan omma ke?" Tanya Baekhyun kembali.
Katakan mahu, boleh lari.
Tapi semuanya meleset, auntie Song menggelengkan kepala.
"Nak berbual dengan kamulah, bukan senang nak berbual dengan kamu ni. Sibuk memanjang. Entah apalah kerja kamu ni"
Okey sekarang ni macam tak percaya pun ada yang mereka tak tahu dia kerja apa. Takkanlah omma dia langsung tak bagitahu dia kerja apa.
"Pergi letak dulu bakul pakaian tu, lepas tu datanglah sini berbual dengan uncle auntie dan dengan anak anak uncle ni" arah uncle Song.
Dengan hati yang memberat Baekhyun turutkan juga. Ikutkan hati dia bawa masuk bakul dalam rumah, nak je dengan dia dia tak keluar sekali. Nampak macam kurang ajar, kan?
So, tak jadi nak buat macam tu.
Baekhyun pergi ke rumah jiran sebelah, dia mengambil tempat setelah di pelawa mereka.
"Kenalkan ni anak uncle dengan auntie. Ni yang sulung, Song Chaeyoung dan yang ni anak bongsu uncle dengan auntie, Song Mina"
Baekhyun mengangguk kepala beberapa kali dengan malas.
Uncle dengan auntie kena tahu yang dia tak langsung tak berminat nak berkenalan dengan mana mana perempuan lagi dah. Cukuplah Taeyeon dengan Tiffany sahaja menjadi sahabatnya. Ni pun pening kepala dengan Yerin tu. Sebab pening nak melayan Yerin tu lah dia minta cuti hari ini, nak tenangkan fikiran sendiri.
"Hai Baekhyun" ucap mereka dengan suara menggoda. Tapi maaflah Byun Baekhyun bukan lelaki yang senang tergoda.
Ceh, betul ke? Tak pun. Heh!
Baekhyun senyum kelat.
Mereka hanya berbual kosong, tapi Baekhyun lebih banyak menjawab soalan daripada dua orang gadis tersebut. Omma dengan appa diaorang ni macam suka sangat dia jawab sahaja soalan mereka tu. Cuma sikit sikit je orang tua dua gadis ini mencelah.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...