066

277 49 15
                                    

63 - 91

Tiffany merapati omma yang sedang sibuk memotong makanan basah yang akan di masak sebentar lagi untuk di makan mereka sekeluarga. Puan Hwang mengerling ke arah Tiffany lalu mengukir senyuman.

Puan Hwang melihat makanan basah yang mahu di potong dengan betul, nanti tersilap potong pula. Kalau tersilap potong makanan tu tak apalah juga, kalau kena tangan mahunya terbantut mahu memasak. Tiffany mengambil tempat di meja dapur, ada beberapa jenis sayur sayuran di atas meja yang belum di potong lagi.

Jadi dengan rasa sedikit rajin Tiffany menghulurkan bantuan mahu menolong omma masak hari ini. Setelah menerima bagaimana mahu di potong semua sayur sayuran, Tiffany mula membuatnya.

                   "Macam mana dengan Taeyeon sekarang ni?"

Tiffany terus memotong sambil menjawab.

                   "Taeyeon nampak macam tak sedih lagi dah macam dua hari lepas. Dia nampak lebih baik"

                   "Macam mana Baekhyun pulak? Dia dah bagitahu pada keluarga Taeyeon pasal ni?"

Tiffany menggeleng.

                    "Belum lagi. Lagipun kalau Baekhyun nak pergi jumpa dengan keluarga Taeyeon, dia akan ajak Tiffany pergi sama sama. Baekhyun bagitahu pada Tiffany pasal tu" Tiffany masih tidak toleh memandang.

Puan Hwang cuci tangan dan datang dekat dengan anak perempuannya lalu berdiri di sebelah. "Baekhyun perlu bertanggungjawab"

                   "Tiffany tahu, dan Baekhyun jugak memang nak bertanggungjawab. Tiffany belum bagitahu pada omma kan yang Baekhyun sebenarnya memang sukakan Taeyeon"

                    "Ya ke?"

Tiffany mengiakannya.

                   "Tiffany rasa masa yang bagus untuk berterus terang pada keluarga Taeyeon adalah esok atau beberapa akan datang. Sebab, Taeyeon nak pergi ke mana entah umtuk tenangkan perasaan dia"

                    "Selesaikanlah cepat cepat, nanti tak ada kelam kabut kalau berlaku apa apa. You know what I try to let you know, right?"

                    "Maksud omma yang buat ia berlaku jadi kelam kabut tu bila Taeyeon tiba tiba mengandung?" Tiffany berhenti memotong.

Puan Hwang tidak mengangguk atau menggeleng, Puan Hwang hanya senyum dan kembali ke tempat memotong makanan basah.

Mata Tiffany berkedip kedip melihat omma tinggalkan dia dengan tanda tanya, tapi Tiffany malas nak kusutkan kepala sendiri jadi Tiffany membuat keputusan untuk membiarkan saja tentang perkara itu berlalu saja begitu. Pisau kembali di capai dan menyambung memotong sayur sayuran tersebut.

Ding Dong!

Tiffany berhenti memotong, mata beralih ke arah omma. Jarang ada orang datang ke rumah.

                  "Pergi tengok siapa yang datang tu" arah Puan Hwang.

Tiffany bangun bergegas ke pintu lalu di bukanya. Senyuman terukir bila lihat Baekhyun berdiri di depan pintu. Cepat cepat Tiffany buka kunci pada pagar besi pintu rumah. Di jemput Baekhyun masuk ke rumah.

                   "Kau duduk sini dulu, aku pergi ambilkan air untuk kau"

                   "Tak per—"

                    "Eh, Baekhyun. Auntie ingat siapalah yang datang tadi, kenapa nak datang tak bagitahu? Ataupun telefon Tiffany tak dapat?" Soal Puan Hwang.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now