❀82 - 91❀
Sejak tiba di rumah Puan Byun, mereka berdua asyik berbalas pandangan dan menyiku antara satu sama lain. Hari ini mereka datang ke sini kerana mahu bertanyakan sesuatu yang sudah menghantui fikiran mereka sejak malam semalam. Perbualan di rumah keluarga Taeyeon sudah meninggalkan tanda tanya mereka.
Jadi, mereka ada di sini hari ini salah satu sebab untuk mengetahui tentang semalam. Memandangkan mereka tahu omma Baekhyun 'sayang'kan mereka berdua, pasti omma Baekhyun tidak akan merahsiakannya daripada mereka.
Puan Byun melangkah ke ruang tamu setelah suaminya keluar pergi kerja. Puan Byun duduk bersebelahan dengan Chaeyoung sambil tersenyum. Seronok betul bila calon menantu datang ke rumah berbual dengannya saat tiada sesiapa di rumah. Tetapi kalau ada anak teruna dia tu dekat rumah bukannya mahu berbual sangat dengannya.
"Kamu berdua dah sarapan belum ni?" Tanya Puan Byun gembira.
"Kami dah sarapan tadi dekat rumah sebelum datang rumah omma ni," bahagia sungguh rasa hati kerana dapat memanggil omma Baekhyun omma juga.
Puan Byun mengangguk dengar jawapan Chaeyoung itu.
"Omma, boleh kitaorang nak tanya sesuatu dengan omma? Kitaorang harap omma tak marahlah kalau kitaorang tanya soalan macam ni," Chaeyoung membetulkan duduknya sedikit.
Mina mengangguk anggukan kepala pada Puan Byun.
Chaeyoung pandang Mina dan memberi isyarat supaya tanyakan.
"Semalam kan kita pergi rumah family Taeyeon, tapi kitaorang berdua tak berapa nak faham sangat dengan maksud perbualan omma appa dengan uncle dan auntie Kim tu. Boleh omma terangkan?" Mina berbicara dengan berhati hati.
Puan Byun kerutkan dahi dan menoleh ke arah lain memandangkan Puan Byun tidak tahu bagaimana mahu di ceritakan kepada mereka berdua.
Chaeyoung capai tangan Puan Byun lalu di genggamnya lembut. Cuba meraih simpati omma Baekhyun supaya menceritakan semuanya kepada mereka dua beradik.
"Omma, ceritalah dengan kitaorang. Janganlah rahsia rahsia dengan kitaorang. Omma sayangkan kitaorang, kan? Jadi, tak perlulah omma berahsia." Chaeyoung senyum.
Mina juga bangun menghampiri omma Baekhyun lalu menggenggam tangan Puan Byun yang lagi satu dengan lembut.
"Omma?" Panggil Mina.
Puan Byun menatap mereka sambil tersenyum. Rasanya tiada salah jika bercerita kepada mereka berdua. Kan calon menantu kesayangan.
Puan Byun menceritakan semua itu kepada mereka tanpa menyembunyikan sedikitpun. Siap di belitkan sedikit lagi cerita tentang putusnya pertunangan Baekhyun dan Taeyeon. Kisah semalam juga di beritahunya apa maksudnya.
Sampaikan lidah Mina dan Chaeyoung keras tak mampu membalas. Terkejut mendengar kisah sebenarnya sebab mengapa terputusnya pertunangan Baekhyun dan Taeyeon beberapa minggu yang lepas.
"Patutlah semalam appa tanya Taeyeon tu sihat ke tidak. Rupanya sebab mengandung," ujar Mina perlahan.
"Tapi, jahat betul Taeyeon tu sanggup perangkap Baekhyun. Lepas tu putus tunang macam Baekhyun yang bersalah dalam perkara ni. Kononnya nak Baekhyun merayu nak bertanggungjawab dengan apa yang dah berlaku. Sedangkan Baekhyun sikitpun tak salah dalam hal ni. Huh! Nampak saja baik," bebel Chaeyoung menyampah.
"Ish! Tak payah bercerita pasal dialah, panas pulak telinga omma dengar nama dia." Puan Byun tarik muka masam.
Menyampah benar nampaknya kepada seorang gadis bernama Kim Taeyeon.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...