071

281 54 31
                                    

68 - 91

Jungkook bersandar pada kerusi di klinik tersebut sementara Taeyeon berjumpa dengan doktor. Tadi dia mahu masuk juga tetapi Taeyeon menghalangnya untuk ikut. Jadi Jungkook terpaksa akur dengan arahan Taeyeon. Nanti kalau degil Taeyeon marahkan dia pula.

Terasa bosan pula duduk di sini saja tanpa melakukan apa apa atau berbual dengan sesiapa. Taeyeon sudah masuk bertemu dengan doktor hampir dua puluh minit dah tetapi masih belum keluar lagi. Jungkook pun tidak tahulah mahu melakukan apa ketika ini.

Keadaan sekeliling klinik di perhati. Tidak terlalu bising walaupun ada ramai kanak kanak yang datang bersama omma dan appa mereka. Nak kata mereka demam, tidak kerana nampak main saja. Mulut sahaja tidak bising.

Taeyeon keluar dari bilik doktor lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Jungkook. Taeyeon menyandarkan badannya sambil memejamkan mata. Keputusan yang di perolehinya membuatkan Taeyeon pening.

Taeyeon, di sahkan mengandung dan usia kandungan baru seminggu. Entah tak tahulah macam mana doktor tu semua boleh nampak.

"Doktor cakap apa? Noona sakit dekat mana?" Soal Jungkook.

Taeyeon mengeluh dan gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Jungkook pergi tunggu dekat kereta dulu, biar noona ambil ubat. Pergilah" arah Taeyeon.

Dia tidak mahu Jungkook tahu pasal perkara ini.

Jungkook dengar kata, dia pergi ke kereta dahulu.

Selepas Jungkook keluar saja, mereka memanggil nama Taeyeon untuk mengambil ubat dan membuat pembayaran sekali. Taeyeon mengukirkan senyuman tidak semanis selalu lalu melangkah keluar dengan lemahnya. Ubat ubatan di masukkan terus ke dalam beg tangannya.

Jungkook perhatikan saja lagak Taeyeon yang lain macam itu.

"Jungkook ah, bawa noona pergi beli tiket kapal balik Korea dan bawa noona pergi beli buah tangan untuk orang Korea" pinta Taeyeon.

Jungkook mengangguk setuju. Kasihan betul melihat wajah Taeyeon sedih tambah pula dengan nada lesu Taeyeon itu. Pada mulanya Jungkook mahu menyuruh Taeyeon berehat sahaja di bilik.

Sepanjang perjalanan Taeyeon dan Jungkook hanya mendiamkan diri. Sesekali Jungkook pandang juga kearah Taeyeon yang memang nampak tiada mood. Dan Taeyeon kelihatan sedih.

Selepas selesai membeli tiket penerbangan ke Korea, mereka pergi pula ke tempat terjualnya bermacam macam barang dan makanan.

Tempat yang di bawa Jungkook ini sama tempat yang Taeyeon dan Tiffany datang dahulu. Taeyeon berjalan di hadapan atas permintaan Jungkook yang mahu berjalan di belakang kerana mahu menjaga Taeyeon.

Taeyeon yang cam akan kedai yang pernah di masukinya terus membelok. Dia mahu beli di sini sahaja memandangkan ia kedai paling dekat dengan jarak kereta yang di naiki mereka tadi.

Melihat keropok lekor yang banyak di situ membuatkan Taeyeon terbayangkan Baekhyun. Terngiang ngiang suaranya meminta dia membelikan keropok lekor dahulu.

Taeyeon meminta penjual membungkus empat bungkus keropok lekor.

Selepas membuat pembayaran Taeyeon bersama Jungkook melangkah keluar.

Taeyeon memberikan satu bungkus pada Jungkook. Pada mulanya memanglah Jungkook menolak kerana dia boleh membeli sendiri. Tetapi memandangkan Taeyeon sudah memaksa, Jungkook ambil jugalah.

Selepas membeli beberapan barangan yang lain, mereka berdua berlalu pergi dari situ. Tiada apa apa lagi mahu di beli Taeyeon, minatnya sudah tiada kerana jawapan yang sudah di perolehnya sebentar tadi.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now