❀13 - 91❀
Telinga di tekup dengan bantal rapat serapat rapatnya, bukan apa dia malas nak keluar dari bilik lagi. Bukan tak tahu kenapa omma dia ketuk macam nak roboh pintu, sebabnya sudah pasti kerana nak bertanyakan tentang calon menantunya itu.
Yalah. Dia sendiri yang pandai pandai cakap yang dia pergi bermalam di rumah Tiffany bermalam malam tu kerana mahu mencari calon bersama dengan Tiffany. Dan sekarang, matilah dia nak jawab pula.
Mata di pejam rapat rapat, pegangan pada bantal di longgarkan apabila terdengar pintu biliknya di kuak dari luar. Pasti omma dia turun ambil kunci pendua untuk membuka pintu bilik dia yang berkunci tadi.
Dia mengawal rasa berdebarnya sebaik mungkin, takut omma dia perasan yang dia sebenarnya tidak tidur pun. Sekadar mahu melarikan diri sahaja.
Puan Kim melangkah mendekati katil anaknya, lalu punggung di labuhkan dekat dengan tempat Taeyeon meniarap itu. Dia pandang pandang wajah anaknya, nampak tenang.
Senyuman terukir. Kepala Taeyeon di belai lembut penuh kasih sayang.
Taeyeon yang dapat merasa itu merasa tenang dan lapang dada. Macam ada magis pada sentuhan omma nya itu.
"Mesti anak omma ni penat kan cari calon menantu untuk omma dengan appa? Maafkan omma dengan appa, sayang. Bukan omma dengan appa sengaja nak buat Taeyeon macam tu tapi omma dengan appa nak anak kami ni ada penjaganya. Risau kalau Taeyeon keluar sorang sorang, bila dah ada suami ni tak adalah omma dengan appa risau sangat" Puan Kim bersuara sendiri.
Taeyeon yang dengar akan kata kata omma nya terasa sebak. Macam nak menangis pun ada dah ni, tapi dia kena tahan kalau tidak kantoilah yang dia tak tidur pun. Dia buat buat mengeliat mencari keselesaan yang lain pula, pinggang dia dah rasa kebas semacam meniarap lama sangat.
"Anak omma ni tidurlah, omma turun bawah dulu. Maaf omma ganggu Taeyeon tidur, omma tak tahu pun yang anak omma ni tengah tidur."
Puan Kim bangun. Dia melangkah ke pintu, lalu pintu di tutupnya rapat.
Dengar sahaja bunyi pintu di tutup rapat, terus sahaja Taeyeon mencelikkan matanya seluas luasnya. Air mata yang sudah hadir di hujung mata cepat cepat di lenyapkannya. Dia merenung pintu biliknya sendiri, kata kata omma nya tadi bagaikan pita rakaman di dalam kepalanya. Berulang ulang kata kata itu.
Sekali lagi air mata hadir. Kali ini Taeyeon membiarkan sahaja air mata tersebut mengalir turun. Liur di telan perlahan.
Sekarang dia rasa bersalah kerana berpura pura tidur tadi, kalau tidak sudah lama dia boleh mendakap seeratnya tubuh orang yang telah melahirkan dia ke dunia ini. Satu lagi perasaan bersalah mencengkam dirinya. Dia jarang berbual panjang seperti selalu setelah omma dan appa nya memberikan kata putus mereka dulu yang mahukan dia mencari calon suami.
"Teruk sangat ke aku ni?" Soalnya sendiri.
Rambut di kusutkan. Dia rasa macam nak tampar diri sendiri sampai tercedera tapi nanti keluarga dia akan bertambah risau lagi. Mungkin mereka akan menganggap dia ada masalah mental. Selain keluarga, dia pasti Baekhyun, Tiffany dan keluarganya juga akan risau. Hospitallah yang akan menjadi tempat pertama dia akan pergi jika dia mencederakan diri sendiri. Meminta pada doktor pakar untuk merawat dirinya. Tak pun Baekhyun sendiri yang akan merawatnya.
Nafas di hela. Mata di pejam, dia segera membuang perasaan yang mahu menyakiti diri sendiri. Mencederakan diri sendiri bukannya mampu keadaan menjadi seperti biasa, tetapi ia akan menjadi lebih teruk lagi.
Air mata yang sudah kering di wajah dia sapu perlahan, terasa sedikit melekit. Dia duduk. Kepala di tunduk memandang jari jemari sendiri. Mengira berapa lama lagi masa yang dia ada untuk mencari calon, jika sudah kesuntukan masa dia perlu merayu dengan penuh emosi supaya dia tidak di kahwinkan dengan Bangla itu. Dia memang nak dengar cakap keluarga tapi dia tidak mahulah di kahwinkan dengan lelaki Bangla yang tidak di ketahui asal usulnya. Di buatnya lelaki tu lelaki jahat dan di bawa pulang ke tempatnya lalu di jualnya. Macam mana? Apa lagi yang dia mampu buat ketika itu? Tak ada apa selain berserah sahaja.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...