❀50 - 91❀
Menungan Taeyeon terganggu dengan kedatangan omma dan appa ke balkoni biliknya. Pasti semasa omma dan appa mengetuk pintu Taeyeon tidak dengar kerana terlalu khusyuk dengan menungannya tadi. Senyuman Taeyeon di hadiahkan pada dua orang yang sangat penting di dalam hidupnya.
Tapi itulah...
Penting pun sanggup dia menipu juga. Nak buat macam mana, omma dan appa terlalu memaksa Taeyeon mencari calon suami. Appa lah yang paling memaksa sekali. Omma, walaupun tidak menunjukkan cara memaksanya tapi Taeyeon tahu pastinya omma juga sama seperti appa. Cuma mungkin omma tidak mahu memeningkan kepala anak perempuannya ini seperti yang di lakukan appa pada Taeyeon.
Puan Kim memeluk bahu Taeyeon lalu mengusap lembut.
"Akhirnya anak omma nak kahwin pun, dengan Baekhyun pulak tu" ujar Puan Kim gembira.
Taeyeon hanya mengekalkan senyumannya sahaja walaupun hati sudahpun membalas kata kata daripada omma.
"Kalau tak keranakan omma dengan appa Taeyeon tak akan berkahwin dengan mana mana lelaki sekalipun. Omma dan appa terlalu memaksa Taeyeon untuk mencari lelaki yang kononnya boleh melindungi Taeyeon. Di sebabkan itu, Taeyeon terpaksa menipu omma dan appa. Taeyeon dan Baekhyun takkan pernah bersama, omma dan appa perlu menerima hakikat yang Baekhyun bukan lelaki yang bakal hidup dengan Taeyeon selamanya" bisik hati Taeyeon.
Menuturkan kata kata sebegitu membuatkan hati Taeyeon menjadi sayu, mudah saja air mata mengalir membasahi pipi. Laju Taeyeon melenyapkan air mata tetapi omma lebih laju melihat air matanya mengalir.
"Janganlah menangis, Baekhyun lelaki yang baik dan dia boleh bahagiakan Taeyeon dan menyayangi Taeyeon seperti omma dan appa sayangkan Taeyeon" ucap Puan Kim sambil tersenyum.
Tuan Kim memeluk bahu anak dan isterinya erat, dua wanita ini adalah permata baginya jadi dia tidak mahu kehilangan mereka.
"Betul cakap omma tu. Taeyeon sendiri dah kenal sangat dengan Baekhyun, jadi pastinya Taeyeon mengetahui banyak lagi tentang Baekhyun. Tapi satu je appa harap anak appa ni dengan Baekhyun dapat buang dari diri masing masing"
Pandangan Taeyeon terarah pada appa yang mahu menyatakan sesuatu.
"Berhenti bergaduh. Nanti dah jadi suami isteri takkanlah nak bergaduh macam berkawan lagi. Taeyeon kena hormatkan Baekhyun nanti apabila dia sudah sah menjadi suami kepada Kim Taeyeon"
Taeyeon benar benar tidak mampu membalas kata kata itu. Perasaan bersalah semakin menebal di dalam hati, bagaimana dia mahu mengikut kata appa nya sedangkan dia dan Baekhyun takkan bersatu.
Dengan rasa bersalah Taeyeon memeluk omma dan appa seerat yang boleh sambil mengungkapkan kata maaf yang langsung tidak di fahami mereka. Walaupun tidak faham mengapa kata maaf keluar dari mulut Taeyeon, mereka membalas pelukan dan menyatakan yang mereka maafkan segala salah Taeyeon. Tangisan Taeyeon mula kedengaran apabila dia menerima kata maaf dari orang yang sangat di sayangi.
Bagaimana jika mereka tahu maksud sebenar mengapa Taeyeon memohon maaf. Adakah kedua orang tuanya bakal memarahinya dan mengabaikan dirinya seperti dia bukan siapa siapa buat mereka? Ataupun omma dan appa dapat menerima dengan hati yang terbuka? Atau dia bakal di halau keluar dari rumah kerana omma dan appa sudahpun membencinya kerana menipu tentang perkara ini?
"Omma appa, Taeyeon harap omma dan appa takkan bencikan Taeyeon jika Taeyeon melakukan kesalahan yang mungkin mengecewakan omma dan appa"
Tuan Kim dan Puan Kim mengangguk.
Perkara belum benar benar berlaku, pastinya mereka mengangguk. Tengoklah bagaimana bakal terjadi jika perkara itu berlaku. Jika keluarga menerima dengan hati terbuka, Taeyeon lah orang yang paling gembira sekali tetapi, jika ia berlaku sebaliknya pasti dia akan rasa bersalah sangat sangat dan penyesalan itu akan menghantui hidupnya.
YOU ARE READING
[✔] 나는 네가 필요해 I Need You
Fanfiction"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan omma kahwinkan Taeyeon dengan Bangla yang selalu lalu depan rumah kita nak pergi kerja tu, lagipun dia pun memang suka sangat mengurat Taeyeo...