110

435 49 17
                                    

Taeyeon menyilangkan kakinya dan menyilangkan tangannya rapat ke dada. Mata terarah ke arah omma mertua yang tiba tiba muncul setelah seminggu kes polis tamat. Baekhyun angkat Nayeon lalu di hulurkan kepada Tiffany yang berada di luar rumah bersama Chanyeol.

                 "Aku rasa omma kau datang nak minta maaf dengan Taeyeon. Kau tu kalau tengok Taeyeon macam masih marah, tegurlah" ujar Chanyeol.

Dia dan Tiffany akan bawa Nayeon ke tempat lain. Mereka mahu membiarkan mereka berbincang secara baik hari ini dan mengharapkan ianya akan berakhir.

Baekhyun mendekati isterinya. Dia duduk bersebelahan dengan isterinya.

                  "Omma minta maaf atas segala perkara yang pernah omma lakukan pada kamu berdua" ucap Puan Byun lembut.

Taeyeon dengar saja apa yang di bicarakan oleh omma mertuanya.

Dia sudah memaafkan apa saja yang pernah omma mertuanya ini pernah lakukan kepadanya. Tetapi Taeyeon tidak berpuas hati kerana perempuan yang dua orang itu tidak datang untuk memohon maaf padanya.

Baekhyun pandang isterinya lalu tangan isterinya di pegang dan di genggam lembut. Baekhyun dapat mendengar dengan jelas Taeyeon mengeluh berat.

                  "Taeyeon maafkan omma. Segala apa yang pernah omma buat pada Taeyeon sebelum ni, Taeyeon sudah maafkan" ucap Taeyeon seikhlas hatinya.

Senyuman Puan Byun terukir lebar. Dia bersyukur kerana di kurniakan seorang menantu yang sangat baik orangnya. Puan Byun benar benar bersyukur.

                   "Baekhyun pun maafkan omma. Dan Baekhyun harap omma maafkan segala salah yang pernah Baekhyun dengan Taeyeon lakukan kepada omma. Mungkin kitaorang pernah lukakan hati omma dan appa," ucap Baekhyun sambil memandang ke arah kedua orang tuanya.

Puan Byun menggeleng gelengkan kepalanya. Air mata sudah bergenang.

                   "Kamu berdua tak ada buat salah dengan omma, omma yang banyak buat kamu berdua terseksa selama ni" sedikit esakan sudah mula kedengaran di ruang tamu itu.

Taeyeon alih tangan si suami dan cepat cepat menghampiri omma mertuanya dan mendakapnya. Melihat air mata omma mertua yang mengalir itu, membuatkan air matanya juga ikut meleleh sama.

                 "Omma janganlah menangis macam ni, Taeyeon tak nak tengok omma menangis menangis. Taeyeon nak tengok omma senyum macam selalu, baru nampak cantik" ujar Taeyeon lembut.

Jari jemari Taeyeon ligat menyapu air mata yang mengalir itu.

                  "Annyeonghaseyo"

Taeyeon angkat kepala menoleh ke arah pintu.

                   "Boleh kitaorang masuk?" Soalnya.

Taeyeon mengangguk. Pelukan sudah di leraikan.

Dua gadis yang baru tiba itu terus menerpa ke arah Taeyeon yang duduk berdekatan dengan Puan Byun itu.

                  "Taeyeon, kitaorang mintak maaf sangat sangat dengan kau. Kitaorang tahu kitaorang banyak sakitkan hati kau, lukakan hati kau dan macam macam lagi kitaorang dah buat pada kau," ucap Chaeyoung dan Mina sendu.

Taeyeon tersenyum lembut. Kepala sudah terangguk angguk beberapa kali.

                   "Aku maafkan korang berdua. Aku harap korang takkan ulangi perkara yang sama selepas ni,"

Mereka mengangguk anggukkan kepala beberapa kali.

Baekhyun mengemam bibirnya dan mengangguk kepala. Dia gembira kerana Taeyeon dapat memaafkan mereka semua yang pernah berbuat salah pada isterinya itu.

                  Anak mata Baekhyun dan Taeyeon bertentangan. Bibir masing masing sudah terukir manis. Tangan Baekhyun memeluk erat pinggang Taeyeon rapat ke tubuhnya.

                  "Saya tak sangka awak terlalu pemurah maafkan semua orang hari ni," ujar Baekhyun.

                  "Sudah sampai masanya saya maafkan semua orang walau sejahat mana pun mereka terhadap saya sebelum ni," Taeyeon betulkan rambut suaminya sambil membalas bicaranya.

                  "Saya suka kalau isteri saya tak sedegil dulu. Urm... Mungkin kedegilan isteri saya ni hilang selepas ada Nayeon kot," Baekhyun tarik Taeyeon rapat lagi ke tubuhnya. Bagaikan mahu di cantumkan sahaja tubuh mereka berdua.

                  "Eh, mana ada. Degil saya masih ada, cuma mungkin saya akan kurangkan sikit kot kedegilan yang saya ada ni." Taeyeon berikan sengihan.

Baekhyun berdecit.

Taeyeon masih tersengih seperti tadi melihat wajah si suami seperti tidak puas hati.

                  "Hoi hoi! Nanti nantilah bercinta tu, kitaorang berdua ni macam nak pengsan jaga anak perempuan korang ni."

Pandangan mata Baekhyun dan Taeyeon terarah ke arah Chanyeol dan Tiffany di luar.

Sempat juga Baekhyun dan Taeyeon tertawa melihat muka penat kawan mereka berdua ni.

                  "Dahlah, saya nak pergi tengok anak saya tu. Rindu nak peluk cium dia" Taeyeon leraikan pelukan suaminya itu lalu di tarik tangan suaminya turun ke bawah.

Baekhyun hanya mengikut. Saat ini dia bahagia dengan kehidupannya kini. Dia mengharapkan pada masa hadapan dia dan Taeyeon bakal di kurniakan lagi anak. Lagi ramai lagi seronok.

                  "Finally dapat jugak renggangkan segala lenguh yang terasa sekarang" luah Chanyeol dan Tiffany gembira.

Baekhyun dan Taeyeon sekadar ketawa sahaja melihat gelagat mereka berdua itu.

Inilah kebahagiaan yang membuatkan semua gembira saat melihatnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tamat.

Terima kasih mana yang sudi habiskan masa untuk baca ff AhYeon yang makin lama makin teruk ni. InSyaAllah AhYeon akan cuba perbaiki lagi cara penulisan AhYeon ni.

AhYeon nak minta maaf juga sebab endingnya macam apa entah. Apa apapun harap semua suka.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now