Aku berjalan menghampiri satu pasangan, perempuan dan lelaki yang sedang bergelak mesra melayan dua orang di hadapannya. Mereka tampak mesra di mata aku, sampaikan senyuman yang aku nak tunjukkan terus menjadi kendur.
"You can do it Sarang." Aku cuba memberi keyakinan untuk berdepan dengan mereka berdua sebelum senyuman mula terlakar kembali.
Perlahan-lahan aku menapak mendekati mereka bersama hadiah di tangan kananku. "Chukhahae.." Ucapku sebaik berada di hadapan mereka berdua.
"Yah, Sarang. Lambat kau sampai." Ujar si pengantin perempuan sebelum tubuhku dipeluk erat. Sehinggakan aku terasa nafas aku disekat daripada terus bergerak seperti biasa.
"Eunji" Aku pukul bahunya. "Aku tak dapat nak bernafas."
"Sorry, sorry." Dia menjauhkan diri aku daripadanya. Kemudian satu pukulan hinggap di lengan aku. Pukulan yang sangat kuat.
Aku mengusap lengan yang dipukul oleh Eunji tadi.
"Chagi, oppa nak pergi jumpa kawan-kawan oppa."
Aku hanya terdiam memandang Eunji yang serupa dengan puteri memakai baju gaun bewarna putih untuk majlis perkahwinannya.
"Erm." Balas Eunji dan tersenyum manis pada suaminya.
Satu kucupan diterima di dahi Eunji daripada lelaki itu membuat aku tersenyum pahit.
Aku menghantar pandangan pada lelaki itu yang berjalan mendekati rakan-rakan yang dia maksudkan.
"Sarang, kau okay tak?" Soal Eunji. Dapat aku rasakan ada usapan di pipi kanan aku.
"Aku okay." Mata Eunji dipandang lama sebelum tubuhnya aku peluk sekali lagi.
"Aku sayangkan kau" Bisikku perlahan sebelum tubuhnya aku leraikan. "Nah, present." Hadiah yang daripada tadi berada di tangan, diserahkan pada Eunji.
"Gumawo.. " Eunji tersenyum manis. "Sarang, kau pergilah makan."
Aku menggeleng kepala. "Tak boleh, aku ada banyak kerja. Ini pun aku ambil half day. Sorry. " Aku tersenyum kecil sambil mengusap bahunya perlahan. Cuba memujuk kawan sekolah aku dulu.
"Hmm.."
"Nak buat macam mana. Orang tu pereka fesyen terkenal. Busy memanjang."
Aku ketawa kecil sebelum dahinya aku jentik kuat membuat dia terjerit kecil. "Mengada-ngada kau kan."
"Sakitlah.. " Bibirnya memuncung.
"Okaylah. Aku balik dulu. Jaga diri baik-baik. Dah jadi isteri orang ni jangan malas nak buat kerja. Aku pergi dulu, annyeong." Aku mula mengundur diri sambil tangan melambai padanya.
"Sarang, jaga diri baik-baik. Lagi satu, lupakan dia."
Aku mengangguk lemah. Berharap yang aku mampu lupakan dia sama seperti Eunji pesan.
Sarang. Kim Sarang. Nama yang diberi oleh orang tuaku.
Heh! Aku mencebik perlahan. Nama yang tak seindah dengan kehidupan aku. Sarang nama aku, tapi aku kecundang dalam dunia percintaan. Pertama kali jatuh cinta, cinta aku diragut begitu saja oleh orang lain.
Kali kedua aku jatuh cinta, cinta aku ditinggalkan begitu saja. Seperti barang yang tak diperlukan lagi.
Kali ketiga, aku masih tak serik lagi. Aku jatuh, dan untuk kali ini cinta jarak jauh aku dihalang oleh satu halangan yang memang aku tak sangka. Tanpa aku sangka, hubungan kami terputus kerana aturan keluarganya.
Dan aku rela.
Dia menjadi tunangan orang dan menjadi suami kepada kawan sekolah aku.
Dia yang Eunji maksudkan. Tanpa pengetahuan kawanku.
"Sarang." Lembut suara itu memanggilku. Buat pertama kalinya, kami berhadapan tanpa bantuan teknologi.
Aku memandangnya lama dan menghadiahkan dia senyuman paling lebar serta ucapan tahniah. Mungkin senyuman yang penuh dengan kepalsuan. "Chukhahae"
"Oh Sehun." Sebutku namanya dengan jelas.
Wajah dia yang suram buatkan aku tertanya-tanya adakah dia bahagia dengan perkahwinannya.
"Sarang. Saya tak tahu pula yang awak dengan Eunji kawan."
"Kami kawan sekolah. Boleh dikatakan Best friend. "
Dia mengangguk kepala. Matanya daripada tadi tak mengalihkan pandangan daripada aku.
"Saya cintakan awak."
Aku pandang dia dengan rasa serba salah. Ayat yang satu dahulu merupakan madu dan selalu maniskan kehidupan aku. Tapi tak untuk sekarang. Ia merupakan racun dan mampu menghapuskan hidup aku. Kalau aku tak berhati-hati, semua kehidupan aku akan hancur.
"Awak nak tahu sesuatu, saya lebih cintakan Eunji daripada awak." Jujurku.
Ya, itu memang benar. Aku lebih sayangkan Eunji daripada dia. Eunji selalu berkorban untuk aku. Dia yang selalu menyelesaikan masalah aku, dia yang selalu beri semangat pada aku.
"Tapi Sarang, awak cinta pertama saya. Kita boleh kahwin lari."
Aku mengeluh halus. Kahwin lari, kedengaran seperti childish. Kenapa Sehun tak pernah nak mengerti. "Tak semestinya cinta pertama akan bertahan untuk tempoh yang lama. Awak terlupa sesuatu, saya bukan cinta terakhir awak. Jadi lupakan niat awak."
Sama seperti aku, cinta pertama tak semestinya akan bertahan. Sampai aku tak percaya dalam hidup aku yang cinta terakhir wujud, kerana semua yang jadi cinta aku menjanjikan perkara yang sama.
'Aku cinta pertama dan terakhir mereka'
Tapi itu semua dusta.
Dia merengus kasar sebelum mukanya diraup kasar. "Saya tetap cintakan awak. Tak ada apa yang boleh ubah hati saya."
"Memang tak ada sesiapa yang boleh ubah awak. Tapi awak" Aku tuding jari telunjuk aku ke dirinya.
"Boleh ubah hati awak sendiri."
"Okaylah, saya minta diri dulu. Selamat pengantin baru."
Laju aku berjalan meninggalkan dia tanpa berpaling ke belakang lagi. Tidak mahu orang mempunyai syak wasangka pada aku dan Sehun.
"Kim Sarang! Saya akan pastikan awak milik saya!"
Aku hanya hiraukan laungan dia dan berjalan menuju kereta yang aku parkir tadi. Bagi aku, ayat yang dia beri padaku tadi seolah-olah ugutan dan bukannya janji.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia