"Hmm.. Sedapnya bau."
Aku mencebik bibir apabila mendengar suara milik Byun Baekhyun. Mataku sempat menangkap yang dia masuk ke dapur dengan berpakaian T-shirt hitam. Perjalanannya seolah-olah ingin mendekati aku, tapi laju sahaja aku bergerak ke singki.
"Memang sedap, dah yang masaknya Puan Byun Sarang." Puji omma dengan tangannya masih setia menggaul sup di dalam periuk.
Aku cuma tersenyum dengan pujian omma. Sakit hati tentang isu semalam masih lagi berbekas di hatiku. Mungkin ia kelihatan biasa, tapi tidak bagiku. Bukannya apa, aku cuma ingin merapatkan hubungan aku dengan dia. Tapi apabila mendengar jawapan yang diberi semalam, patah semangat aku yang berkobar-kobar ingin berbulan madu dengannya.
"Ohh.. Sayang yang masak. Patutlah sedap bau dia." Dari ekor mataku, dapatku nampak dia menapak ke arahku yang masih lagi membersihkan utensil yang baru digunakan tadi. Tak mampu untuk bergerak apabila masih lagi tinggal beberapa di dalam singki.
Terasa lembut tangannya melingkar sekeliling pinggangku, bertemu di hadapan perutku. Nafas hangatnya pula jatuh mengena di belakang bahuku yang terdedah.
"Hyun, janganlah." Bisikku perlahan. Menyuruhnya untuk berhenti dengan tindakannya yang bagiku tak manis dilakukan di tempat yang terbuka seperti ini. Dengan omma yang berada di hujung sana.
Malu!!!!
Berdebar? Memang berdebar, tapi hati ni yang sakit mengalahkan segalanya. Tak adanya aku nak terpujuk dengan dia.
"Hyun!" Aku membentak sedikit. Ingin dileraikan, tanganku masih lagi dalam sarung tangan getah yang sudah diselaputi dengan buih sabun. Kalau aku pegang tangan dia, tak masal-masal bajuku terikut basah sekali.
"Tak apalah. Omma tak kisah." Sesenang dia je jawab. Masalahnya, aku yang tak nak! Tak nak!
Aku toleh ke tepi, memandang omma yang sudah menutup api gas. "Takpelah, omma nak ke kebun bunga. Nak tengok bunga omma dekat sana. Kamu berdua binalah taman bunga sendiri ya."
Seganss!!
Siap sahaja aku membersihkan singki yang sudah kosong, sarung tangan kubuka dan disidai di tepi. Kain lap tangan yang tergantung dilap sebelum tangan Baekhyun yang masih lagi melingkar di pinggang aku leraikan dengan kasar. Aku pusing ke belakang, memandang wajah dia yang sudah terkejut. Tapi tak lama, bibirnya tesrsenyum kembali.
Tak! Aku tak tergoda!
"Saya masih marah dekat awak lagi!" Tubuhnya kutolak sedikit kuat, menjauhi aku. Aku berjalan menghampiri periuk sup ayam yang masih panas. Mangkuk besar yang diletak di tepi dapur gas aku capai dan dicedok kuah masuk ke dalam periuk.
"Sarang, saya minta maaf. Awak tahukan saya punya kerja banyak."
"Suka hati awaklah. Saya tak kisah, kalau awak nak, kahwin je dengan kerja awak, tinggal dekat office. Tak payah balik rumah, tak payah cari Sarang, tak payah peluk Sarang. Awak teruskan kerja awak, saya- Auch!" Belum sempat aku nak letak mangkuk tersebut ke tepi, ada tangan yang sudah bersedia melakukan kerja tersebut.
Berkerut dahiku menahan sakit akibat kuah sup yang tertumpah di tanganku tadi. Dia menarik aku mendekati singki sebelum tanganku dilalukan pada air.
"Macam mana boleh jadi macam ni?! Hati-hati boleh. Kalau marah dengan Hyun, jangan sampai sakitkan diri Sarang!"
Aku cuma senyap, sedar dengan kesalahanku kerana tidak memahami kerja Baekhyun. Kesal kerana bersikap sebegitu pada dia. Keadaan menjadi senyap, aku sibuk memerhatikan tangan Baekhyun yang melakukan kerja pada tanganku. Entah ubat apa yang dia sapu, aku sendiri tak tahu. Sedar-sedar dia dah balik dengan kotak first aid.
Tangan yang sudah berbalut dipandang lama. Setakat kena kuah sup panas pun sampai nak berbalut.
"Dah, biar Hyun yang siapkan. Sarang pergi duduk dekat ruang tamu."
Aku lihat dia sudah berlalu untuk mengangkat mangkuk sup ke meja makan. Sekejap sahaja, kemudian muncul kembali ke dapur, mengambil mi yang sudah ku celur tadi. Tapi, langsung dia tak memandangku atau bercakap denganku. Tak tahu sama ada dia sibuk atau masih lagi marah denganku.
Seperti tadi, dia hilang tapi masuk kembali ke dapur, yang pasti tujuannya bukan pada aku.
"Hyun.. " Panggilku apabila dia melintasiku, hujung bajunya kutarik inginkan perhatiannya. Mudah betul keadaan menjadi terbalik.
Dia berhenti tapi masih lagi tak memandangku.
"Sarang minta maaf." Seusai ucapkan perkataan maaf, terus tubuhnya aku peluk daripada depan. Erat. Wajahku disembam pada dadanya.
Tak lama dia membatukan diri, dapat aku rasakan dia mula membalas pelukanku. Terasa ciuman di kepalaku. "Lain kali hati-hati. Kalau Sarang sakitkan diri Sarang macam tadi, Hyun lagi sakit."
Aku menganggukkan kepala beberapa kali dan pelukanku eratkan.
"Patutlah sarapan tak siap- siap, rupa-rupanya tengah sibuk shooting drama jam lapan malam. Genre apa? Romantic comedy ke melodrama? "
Erk!! Tercekik aku yang mendengar. Berbisa sungguh.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanficSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia