48 maaf

369 39 2
                                    

Kereta Baekhyun berhenti di hadapan sebuah bangunan kecil. Ditarik handbreak sebelum enjin dimatikan. "Sarang, kita dah sampai."

Wajah Baekhyun dipandang sebelum dia mengangguk perlahan. Pelik memandang bangunan putih di hadapannya, mengapa suaminya mahu berjumpa kawan di tempat yang sebegini. Fikirnya, Baekhyun ingin membawa dia ke restoran atau kafe. Tapi dia tak kisah, lagi suka apabila tempatnya tak terlalu bising. Melihat dari luar sahaja dia dapat mengangak yang bangunan ini sunyi dari bunyi bising. Mungkin tempat kerja kawan Baekhyun.

"Jom." Lengan Sarang ditarik membawa wanita itu masuk ke dalam. Kemudian langkah mereka berhenti di hadapan kaunter.

"Doktor Kang Jihyun ada? Saya Hyun Baekhyun." Beritahu Baekhyun, sambil- sambil itu matanya memandang Sarang yang sudah menunjukkan riak tidak suka.

"Ada, sekejap ya. Saya beritahu yang Encik dah sampai."

Hilang sahaja kelibat wanita yang menjaga kaunter, terus lengannya direntap dari pegangan tangan Baekhyun. Baca sahaja papan tanda yang ada di hadapan kaunter, hatinya mendidih marah.

"Saya nak balik!" Marah Sarang. Langkahnya dibawa keluar, meninggalkan Baekhyun. Giginya diketap kuat sambil nafasnya mula bergerak secara tidak teratur, mengawal rasa marahnya pada Baekhyun.

Kau gila!

"Sarang.." Panggilan Baekhyun dibiarkan. Tangannya naik menyeka air mata yang sudah mengalir keluar, tidak perasan akan kehadiran air matanya. Emosinya kini bercampur. Marah, sedih dan kecewa. Baekhyun menganggap dirinya gila ke?

"Sarang, berhenti."

Semakin laju kakinya melangkah, seolah- olah mula berlari. Tidak mahu lelaki itu mendapatkannya. Melepasi kereta Baekhyun sebelum bergerak ke jalan raya.

Belum sempat kakinya ingin memijak jalan raya, telinganya disambut dengan bunyi hon kereta sebelum terasa tubuhnya ditarik daripada belakang.

"Are you out of your mind?!" Jerit Baekhyun. Hampir-hampir sahaja dia kehilangan isterinya tadi. Nasib baik dia cepat bertindak apabila matanya disambut dengan tindakan luar jangkaan Sarang. Laju jantungnya berdegup mengingat kembali Sarang hampir kemalangan sekali lagi.

"Apa yang Sarang cuba buat?! Dah gila?! Nak mati sangat ke?!" Lengan Sarang dicengkam kuat. Perasaan marahnya tidak dapat dikawal, dihambur pada isterinya.

Terkebil- kebil mata Sarang cuba memahami situasi yang baru berlaku sebentar tadi. Kemudian kepalanya mendongak, memandang Baekhyun dengan cebikan di bibir. Terasa hati dengan ayat yang diucapkan oleh Baekhyun.

"Sa- saya.. " Suaranya pun tidak mampu memberi kerjasama kepadanya. Digenggam kuat baju Baekhyun sambil kepalanya mula menunduk, sedar akan kebodohannya. Hampir sahaja dia dilanggar kereta jika Baekhyun tidak menariknya tadi.

Baekhyun melepaskan keluhan berat dan lega. Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang baru berlaku di hadapan matanya tadi. Cukuplah dia menyaksikan peristiwa yang menakutkan sekali, tidak mahu perkara tersebut berulang kali. Ditarik Sarang ke dalam pelukannya sebelum dicium lembut dahi isterinya. "I'm sorry okay? Maaf sebab jerit." Diusap perlahan belakang tubuh isterinya. "Hyun takut, kalau Hyun hilang Sarang. Just remember the day-" Katanya terhenti. Tidak sanggup meneruskan ayat yang membuat jantungnya bagaikan terhenti. Cukuplah!

Dijauhkan tubuh Sarang daripadanya sebelum pipi isterinya yang lencun dengan air mata ditekup. Ibu jarinya menyeka air mata yang membasahkan pipi kekasih hatinya kemudian didonggakkan memandangnya.

Ketawa kecil terluah dari mulutnya, kelakar melihat wajah isterinya yang sudah merah.

Sarang menjeling Baekhyun geram kemudian dada suaminya dipukul perlahan. Baru perasan ada cecair yang keluar dari hidungnya. Dibuang cecair tersebut menggunakan lengan bajunya. "Janganlah tengok... Saya segan." Beritahu Sarang sambil matanya memandang ke tempat lain, yang pastinya dia tidak mahu memandang wajah suaminya.

"Tak kelakar Hyun.. " Geram apabila telinganya masih lagi mampu mendengar ketawa yang keluar dari mulut Baekhyun. Rasa macam nak sorok sahaja wajahnya daripada dilihat oleh Baekhyun.

"Ok, I'm sorry." Beritahu Baekhyun dengan bibirnya menahan daripada untuk ketawa. Kemudian tangannya perlahan-lahan dibawa turun menggenggam tangan isterinya erat. "Jom, jumpa kawan oppa." Ditarik perlahan tangan isterinya, inginkan balasan.

Perlahan- lahan Sarang mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan masuk kembali ke dalam bangunan.

---

Tubuh isterinya dipeluk erat bagaikan tidak mahu dilepaskan. Tenang sahaja dia melihat wajah Sarang yang sudah terlelap, dibawa tangannya naik ke atas. Mengusap dahi wanita itu lembut kemudian mendaratkan sebuah ciuman di situ. Beralih ke kedua- dua pipi isterinya sebelum dijatuhkan bibirnya ke atas bibir Sarang.

"I love you." Bisik Baekhyun lembut. Entah mengapa matanya tidak mengantuk sedangkan lama mereka berdua berjalan keluar siang tadi. Tepat jam pukul empat baru mereka berdua pulang ke rumah.

"Encik Byun kena banyak luangkan masa dengan isteri Encik. Walaupun dia minta untuk ditinggalkan sendirian, tolong teman dia. Mungkin dia tidak menunjukkan yang dia perlukan kasih sayang dari Encik, tapi Encik perlu tunjukkan."

Perbualan ringkas dia dan Doktor Kang diingatkan kembali. Baru dia sedar, dia banyak mengabaikan isterinya sejak akhir- akhir ini. Kerana tidak mahu menganggu isterinya, dia mula menjauhkan diri. Cuma bercakap apabila perlu sahaja.

"Maafkan saya Sarang." Bibirnya sekali lagi mendaratkan ciuman di dahi wanita itu lama. Rasa bersalah kerana dia juga penyebab Sarang menjadi seperti ini.

----

Maaf saya tak arif sangat tntg psikologi ni 😅😅 itu yang saya skip terus...



☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now