Daripada Baekhyun jemput aku dari rumah aku tak ada satu butir huruf pun yang keluar dari mulut dia. Aku lagilah, kalau dia tak buka mulut, bagi aku adalah satu nikmat yang tak ternilai. Bersyukur.
Tapi ada satu perkara yang membuat aku tertanya-tanya. Ke mana dia nak bawa aku? Walaupun mulut ni gatal sangat nak bertanya, tapi aku lebih pentingkan ego aku. Sebab tu sampai sekarang aku masih lagi tak bersuara sampailah satu saat di mana kereta Baekhyun berhenti di depan pintu pagar yang menghubungkan dunia luar dan sebuah rumah agam.
Kalau aku cakap agam, dah tentu-tentu besar rumahnya. Berhenti sahaja kereta Baekhyun di perkarangan rumah, pintu bahagian aku sudah terbuka dari luar oleh seorang lelaki yang aku agak butler.
Patutlah dia cakap masa hari itu yang duit dia tak boleh nak habis. Fuh, jangan risau, Sarang sedia membantu.
"Terima kasih." Aku melangkah keluar dari kereta dengan perasan teruja , belum sempat mulut aku nak terlopong dengan rekaan luar rumah, lengan Baekhyun dah melingkar di pinggang aku sekaligus membatalkan niat aku.
"Jom."
Aku mencebik. Geram dengan Baekhyun yang sesuka hati buat aku macam budak kecil yang tak faham bahasa. Aku tahu jaga diri aku sendiri, bukannya aku nak lari sana-sini.
Baru setapak melangkah masuk rumah agam di hadapanku, hati aku jadi kecut. Ke mana dia nak bawa aku? Dia nak aku jumpa dengan siapa? Belum sempat aku nak bertanya, ada suara kanak-kanak mencelah.
"Hyung! Hyung dah balik? Min rindu hyung." Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima enam tahun berlari mendapatkan Baekhyun sebelum lelaki di sebelah aku ini memeluk tubuh kecil itu.
Aku seolah-olah tak percaya? Ini siapa? Setahu aku, Baekhyun tak ada adik, dia anak bongsu. Dia ambil adik angkat ke?
"Oppa dah balik?"
Dahi aku berkerut. Siapa pula perempuan yang tiba-tiba muncul daripada dapur. Kalau nak cakap yang ini isteri Baekhyun, mungkin lelaki ini padophile. Sebab muka dia nampak terlalu muda, seperti pelajar sekolah.
Aku teguk liurku kasar. Semakin lama, semakin aku terjebak dalam kehidupan Baekhyun, semakin banyak benda yang menakutkan muncul dalam hidup aku.
"Appa mana?" Soal Baekhyun sambil dahi budak kecil itu dicium sekilas.
"Appa ada dalam bilik bacaan. Nak Hara panggilkan?"
Baekhyun cuma mengangguk. Perempuan yang menggelarkan dirinya Hara sempat memandang aku dengan sebuah senyuman sebelum berlalu pergi. Barangkali ingin memanggil appa turun-
Appa?! Maksudnya ayah Baekhyun?! Dia bawa aku jumpa ayah dia? Ini kes serius. Jadi ini rumah keluarga dia, tapi kenapa aku tak nampak omma?
"Hyung, siapa noona cantik ni?"
Eh, dia panggil aku cantik? Walaupun aku sedar yang hanya aku seorang sahaja di sini yang boleh dipanggil noona dalam umurnya, tapi perkataan cantik itu menjadikan aku segan. Apatah lagi daripada seorang budak kecil. Sebab orang kata, budak kecil jujur.
"Dia bakal isteri hyung." Balas Baekhyun sebelum tangan aku dicapai. Belum sempat nak menepis, tangan dia dah menggenggam erat tangan aku, tak bagi lepas. Seperti tahu yang aku akan menepis. Dia bawa aku ke sofa sebelum aku duduk bersebelahan Baekhyun.
"Ohhh.. Cantik." Budak lelaki itu tersenyum sampai nampak lesung pipit di sebelah kiri. Oh.. Comelnya. Aku rasa macam nak cucuk-cucuk lesung pipit dia.
"Hyun, adik awak ke?"
Dia pandang aku sekilas sebelum mengangguk. "Kenapa?"
"Comel.. "
"Siapa comel? Aku ke dia?"
Hai, dah tahu buat-buat tanya lagi. Mestilah adik dia, takkan dia pula.
"Adik awaklah." Wajah polos adik Baekhyun aku pandang. Baru aku teringat yang aku masih lagi tak tahu nama dia. "Siapa nama?"
"Hyunmin. Noona boleh panggil Min, Min."
Aku tersenyum gembira bila dengar dia bercakap dengan petah. Geramnya... Rasa nak cubit-cubit pipi pau dia.
"Nama noona?"
"Nama noona, Jung Sa-rang"
Dia ketawa kecil. "Sa-rang?"
Aku dah suspek dia nak gelakkan nama aku.
"Yeppeo.. "
Jantung aku berdetak laju sama seperti sewaktu perkenalan pertama aku dengan Baekhyun di sekolah dahulu. Pujian yang sama keluar dari mulut mereka berdua, cuma gaya suara yang lain.
"Yeppeo.. "
"Nama awak cantik macam awak."
Aku geleng kepala laju-laju sambil berharap yang kenangan lama keluar daripada minda. Go, go away!
"Kau dah kenapa?"
Aku tenung lama wajah Baekhyun sebelum aku tersenyum segaris dan menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa."
"Baek."
Aku dapat dengar suara lelaki tua daripada belakang. Mungkin itu suara appa Baekhyun dan aku masih tak bersedia nak jumpa keluarga Baekhyun, walaupun aku dah ada dalam rumah ini.
"Appa." Suara senada daripada Baekhyun buatkan aku tersedar dari lamunan dan terus berdiri di sebelahnya menghadap seorang lelaki yang berumur dalam 50 tahun. Lebih muda dari appa aku.
Eik, mana budak kecik tadi. Sedar-sedar dia dah hilang.
"Kenapa tak cakap nak datang, appa boleh suruh mama kamu masak."
"It's okay. Baek tak nak susahkan mama. Mana mama?"
Hei Baekhyun, boleh tak jangan biarkan aku berdiri macam tunggul dekat sebelah kau. Sekurang-kurangnya perkenalkan aku dekat sepasang mata yang ada dekat depan aku. Daripada tadi mata dia tak berhenti pandang aku, jadi takut aku dibuatnya. Macam singa tengah pandang mangsa.
"Mama ada dekat hospital. Tengah jaga Sunmin."
Aduh, siapa pula si Sunmin ni? Stress aku.. Kejap- bukan Baekhyun panggil omma- omma. Tapi kenapa panggil dekat depan appa dia mama? Seriously, aku pening sekarang ni. Bila-bila masa je aku boleh pitam.
"Oh, ni Baek nak kenalkan Sarang. My future wife."
Aku tersenyum manis di hadapan lelaki yang digelar appa sebelum menunduk sedikit.
Baru aku dapat nampak bibir appa Baekhyun melengkung sedikit. Aku tarik nafas lega senyap-senyap. Tak ada lah rasa cangung sangat.
"Duduklah kejap, appa rasa sekejap lagi mama kamu balik." Pelawa Encik Byun. Aku yang berura-ura nak duduk tak jadi bila Baekhyun pegang lengan aku seerat yang mungkin. Bermaksud, kau jangan sesekali duduk. Kau duduk, terbakar punggung kau.
Ya je? Suka hati aku je. buat maksud isyarat sendiri.
"Kami nak pergi rumah omma. Lagipun Baek dah janji nak bawa omma jumpa Sarang."
Omma?! Aduh, aku syak yang keluarga Baekhyun ada split personality. Jauh betul kau tersasar. Sepatutnya syak yang appa dia kahwin dua. Apa susah-susah sangat.
Wajah Encik Kim bertukar keruh. Barangkali terasa hati dengan tolakan daripada anaknya. Kalau aku pun sama, tapi kalau aku dapat anak yang sama perangai macam Baekhyun, dah lama makan tendangan sepakan penalti aku.
"Kalau macam tu sampaikan salam appa pada omma. Sarang, kalau ada masa jumpa lagi. Appa tak sabar nak jumpa Sarang lagi."
"Nae." Aku mengangguk kecil sambil tersenyum.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia