Minggu ini adalah minggu paling bahagia apabila aku tak payah bersusah payah nak bangun awal hanya untuk mendengar sindiran-sindirian yang keluar daripada mulut Baekhyun. Celik sahaja mata, ruang katil di sebelahku memang sudah tersedia kosong daripada semalam.
Baekhyun tak ada!! Hahahaha. Gembira aku. Minggu lepas, dia ada beritahu berita yang mengembirakan hati aku, katanya, dia akan pergi ke China untuk projek meganya yang aku tak tahu dan tak ambil peduli. Apa yang aku ambil peduli, dia akan berada di sana selama dua minggu!
Baekhyun, you make my day!!
"Senangnya dalam hati.. " Nyanyiku gembira. Alat kawalan jauh TV aku capai sebelum jari ligat menukar siaran, mencari apa-apa yang patut aku tonton. Sambil tu, tangan kanan aku ligat menyuap popcorn ke dalam mulut.
Bunyi yang datang dari televisyen berselang seli dengan bunyi yang datang dari loceng rumah. Aku mengeluh kasar, ada satu perkara yang aku tak suka. Baekhyun meminta rakan-rakannya untuk memantau aku.
Semalam Kai dah datang dengan Kyungsoo. Aku tak kisah dengan mereka berdua, tak adalah kekok sangat. Semalamnya lagi Chanyeol dan Kris, itu memang tersangat kekok, dengan Chanyeol yang memang dah tahu hubungan sebenar aku dengan Baekhyun, manakala Kris yang memang tak ingin beramah mesra dengan aku. Hanya telefon yang menjadi tatapan matanya.
Dan hari ini siapa pula? Chen? Lay? Atau si Xiumin, cuma satu yang aku harap. Bukan Oh Sehun. Aku masih lagi tak mampu untuk bersua muka dengan lelaki itu.
Buka sahaja pintu rumah, wajah Suho serta tunangnya menyapa mataku membuat aku menjerit keriangan.
"Saera!!"
"Sarang!!"
Jeritan kami berselang-seli sebelum kami berdua berpelukan. Suho hanya menggelengkan kepala sebelum melangkah masuk meninggalkan kami berdua di depan muka pintu yang masih lagi sedang melakukan program jejak kasih.
Banyak cerita yang aku dengar daripada mulut Saera, cerita tentang universitinya yang tak pernah habis dan cerita secret admirer nya yang tak pernah luntur semangat beri bunga dan hadiah. Tak faham aku, orang dah bertunang pun nak dikacau. Ramai lagi orang yang masih lagi bujang.
"Erm.. Sarang, oppa ajak Sehun dan Eunji datang sini. Sarang tak kisah kan?"
Mendengar nama Sehun membuat pergerakan aku terbantut. Tangan yang tadi nak keluarkan makanan dari bekas tupperware yang Suho bawa terhenti. Apa yang patut aku cakap? Takkan aku nak cakap tak boleh, nanti apa Suho cakap. Lagipun, Suho dengan Sehun rapatnya memang tak boleh dipisahkan.
"Sarang tak kisah, bila mereka sampai?"
"Oppa tak tahulah. Sehun cakap dia dah bertolak lama tadi. Entah kenapa tak sampai-sampai."
Aku cuma mengangguk. Saera memandang aku dengan pandangan risau. Senyuman lebar aku hadiahkan pada Saera, tidak mahu dia berasa risau.
Sekali lagi bunyi loceng rumah. Pastinya Eunji dan Sehun. Entah kenapa aku rasa menggigil tiba-tiba. Bukannya aku ada hubungan sulit dengan Sehun di belakang Eunji, tapi entah mengapa aku tak selesa dengan kedatangan mereka berdua.
"Tu mesti Sehun dengan Eunji, Sarang buka pintu kejap." Pintaku dibalas dengan anggukan Suho dan Saera.
"Nak aku ikut?" Tanya Saera.
"Tak payahlah. Kau tolong oppa kau tu. Kesian dia terkontang-kanting nak buka gas. Tulah, asyik masuk bilik bedah, nak buat kerja kat dapur pun tak pandai."
Suho menyeringai geram sebelum sempat tangannya ketuk kepala aku. "Pergi buka pintu cepat."
"Sakitlah, nanti beritahu Baekhyun." Ugutku dengan ketawa kecil sebelum melangkah ke pintu rumah dengan langkah yang perlahan. Lama aku berdiri di hadapan pintu sebelum pintu kubuka. Aku disambut dengan jeritan yang nyaring daripada Eunji. Pekak sekejap telinga aku.
"Yah!! Pengantin baru... "
Macam biasa, sesi peluk-memeluk akan terjadi bila dah lama tak jumpa. Apatah lagi Eunji adalah rakan daripada sekolah menengah. Memang lama dia peluk aku.
"Masuklah.. " Pelawaku kepada Eunji dan Sehun. Sempat mataku terpandang matanya, tapi hanya sekejap. Terasa ada getaran di dada. Bohonglah kalau aku cakap yang aku dah tak punya perasaan pada Sehun. Pasti ada, walaupun kami hanya berkomunikasi melalui vidoe call.
"Khaja.. " Eunji merangkul lengan aku seraya menarik aku masuk ke dalam meninggalkan Sehun di situ. Aku pasti yang dia sudah tahu selok-belok rumah Baekhyun.
"Kau ni, tak tunggu suami kau ke?"
"Alah, dia tahulah.. "
-----
Selesai mencuci pinggan kotor, tangan aku dikeringkan menggunakan kain lap yang tergantung di tepi kabinet dapur. Perbuatanku terhenti dan aku cuba tersenyum walaupun aku tahu yang senyuman aku kekok. Lelaki yang berdiri tidak jauh daripada aku, tersenyum manis.
"Sarang.. " Panggilnya lembut. Tangannya memegang mug kaca. Mungkin alasan dia untuk datang ke dapur atau memang dia ingin ambil air.
"Nae?" Soalku sedikit kalut. Terkelip-kelip mataku cuba melawan panahan matanya. Berdebar sedikit hati aku. Nafas cuba dikawal supaya aku tak sesak nafas.
"Tahniah, Sehun tak sempat nak beritahu Sarang tempoh hari dan minta maaf sebab tak dapat datang."
Aku cuma mengangguk. Ingatkan apa, terkejut aku. Sewaktu hari perkahwinan aku, Sehun tak dapat datang kerana ayahnya jatuh sakit. Jadi Eunji pun tak dapat datang. Sedikit sedih apabila rakanku tak dapat datang.
"Gumawo."
Selepas itu keadaan bertambah kekok apabila aku sedar tak ada topik yang ingin dibualkan. Aku palingkan wajahku ke kain lap yang masih lagi aku pegang.
"Erm... Sarang. Tentang kita, Sehun harap Sarang tak beritahu Eunji." Dia memandang aku dengan penuh berharap, keningnya terjongket sebelah. Meminta kerjasama daripadaku.
Aku mengangguk. Mungkin lebih baik perkara yang lepas tak perlu diungkit. Lagipun, kami berdua bukan buat apa-apa masalah yang rumit.
"Jadi, kawan?" Sehun menghulurkan tangannya, menanti tangannya yang kosong bersambut dengan tanganku.
Aku tersenyum lebar sebelum menyambut dan tersenyum lebar. "Kawan." Dia dah jadi suami orang, dan aku dah ada suami. Itu lebih baik, kawan dan aku akan cuba untuk mengikis perasaan aku pada dia.
"Jom ke rumah tamu." Ajakku sebelum aku melangkah ke ruang tamu yang memang kecoh dengan suara Eunji dan Saera. Bercerita tak ingat dunia, sampai aku duduk di sebelah mereka pun tak perasan.
Ting tong!
Siapa pulak, aku baru nak berehat. Takkan aku nak suruh si Sehun atau mereka berdua yang buka, memang tak sopanlah.
"Eh, siapa yang datang?" Ujar Saera.
Aku cuma mengangkat bahu sebelum berjalan ke arah pintu. Tempat pemegang pintu aku pegang sebelum ditarik memberi ruang untuk aku lihat gerangan yang mengganggu cuti minggu aku dengan perasaan tertanya-tanya.
"Suprise!! "
Hampir termelatah aku apabila jambangan bunga ros yang besar berada di hadapan aku. Tak lupa juga aku memandang tukang pegang ros tersebut. Terbuntang mataku bila nampak wajah yang sepatutnya berada di China selama dua minggu muncul di hadapanku.
"Hyun?!"
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia