20 Baekhyun' s confession

612 60 0
                                    

Sarang

Mata dicelik perlahan-lahan, terasa seperti pinggang aku dihempap sesuatu. Bila aku pandang, tangan. Mata aku terpejam kembali, masih lagi penat daripada lepas menangis malam tadi. Bila terasa tangan itu seperti bergerak- sekejap! Tangan?!

Aku celikkan mata dengan terkejut sebelum tubuh lelaki yang terdedah tanpa baju aku tolak kuat. Mendorong dia terkebelakang sedikit. Terpisat-pisat matanya cuba untuk dibuka.

Berani dia?! Lepas apa yang dia dah cakap dekat aku semalam, sesuka hati dia je peluk aku. Bingkas aku bangun bila nampak matanya sudah jelas terbuka. Laju aku menapak ke dalam bilik mandi dengan perasaan sakit hati.

Usai membersihkan diri, aku keluar dengan bathrobe yang tersarung di badan. Tidak dipedulikan mata lelaki itu yang sedang memandang aku. Langkah yang ingin dihayun ke almari baju terhenti apabila lelaki itu menghalang laluan aku.

Bila aku nak buka mulut, teringat balik apa yang dia lakukan semalam. Dan teringat balik janji aku. Jangan cakap dengan dia.

Apabila aku cuba melintasi, dia menghalang aku. Apabila aku ke kanan, dia ke kanan. Dan apabila aku ke kiri, dia pun turut bergerak ke kiri.

Mata aku memandangnya sambil bercekak pinggang. Senyuman manis aku semalam sudah berpindah ke wajah Baekhyun. Begitu juga wajah kosong dia turut berpindah kepada aku. Kami seperti bertukar jasad.

"Kenapa dengan isteri saya?" Saya?! Aku mencebikkan bibir, tak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku salah dengar atau Baekhyun salah cakap? Sejak bila pula dia rajin bahasakan diri dia 'saya-awak'?

Tapi ingat aku terpujuk ke?! Kejadian semalam masih lagi segar dalam ingatan aku. Sakitnya melebihi rasa segan atas apa yang aku lakukan.

Bila tiada balasan yang diterima dia mendekatkan jarak antara kami, tapi hanya cuma setapak. Aku pula tak ada rasa ingin berundur ke belakang walaupun debaran di dada semakin kuat. Sebab aku nak tunjuk yang aku juga ada ego.

"Awak marahkan saya tentang semalam? Saya minta maaf. Saya terlampau cemburu, saya tak patut."

Aku tersenyum sinis. Cemburu? Dengan siapa? Rasa nak gelak sampai terguling atas lantai bilik. Kelakar sangat. Baekhyun cemburu?

Bila nampak kaki dia cuba ingin melangkah setapak lagi, aku mengambil peluang untuk melarikan diri dan aku berjaya. Almari baju dibuka sebelum baju kerja aku yang dah siap gosok diambil. Tak lupa juga pakaian dalamku. Laju aku berjalan keluar daripada bilik dan melangkah ke bilik sebelah.

---

Baekhyun

Sarapan disiapkan seperti biasa, semuanya lengkap, tapi ada satu yang kurang lengkap. Tiada Sarang. Selepas siap mandi dan bersiap di hadapan cermin, bergegas aku turun ke bawah semata-mata ingin bersarapan dengan Sarang. Tapi apa yang aku lihat, hanya sepinggan roti yang disapu dengan jem dan juga segelas susu.

Aku mengeluh perlahan. Kesal dengan sikap sendiri yang melampau. Tak patut aku lakukan pada Sarang seperti itu. Bukannya aku tak kenal dengan sikap rajuk Sarang. Mengalahkan budak kecil yang inginkan mainan.

Tunggulah dia sendiri yang tegur aku, tapi itu tersangatlah lama. Boleh dikatakan lebih kurang dalam seminggu atau dua minggu. Tersangatlah lama dan aku tak sanggup untuk tunggu.

Lemah. Tak ada semangat nak pergi ke kerja macam ni. Roti berinti jem aku capai dan disua ke dalam mulut. Tak terasa nak kunyah, kalau boleh nak ditelan sahaja. Rasa mentega kacang! Aku benci kacang! Terus aku letak roti tersebut ke tepi.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now