30 roses or tulips?

442 41 0
                                    

"Sampai bila kau nak duduk sini?" Soal Saera yang baru sahaja balik dari kelas. Sarang yang duduk di sofa dipandang geram.

Tidak dipedulikan pandangan tajam daripada Saera, cuma ditumpu pada skrin televisyen yang menyiarkan berita.

"Tak elok kau buat macam ni. Baekhyun suami kau. Dah seminggu kau duduk sini."

Sarang masih lagi diam. Riak wajahnya kelihatan seperti tidak terkesan dengan ayat tersebut, tapi hatinya terkesan. Dia sedar dengan perbuatannya ini, sedikit kebudak-budakan.

"Kau tak rindu dia ke?"

"Tak."

"Pabo, tak rindu tapi menangis macam hilang laki setiap malam. Sampai bengkak mata kau."

Sarang jeling Saera tajam. Tak suka dia apabila Saera cakap sebegitu. "Kau nak cakap Baekhyun mati ke?" Soal Sarang sedikit terkilan. Matanya mula berair.

"Aku cakap je. Kau ni kenapa sensitif sangat? Kalau rindu baliklah."

Sarang kemudian memandang kembali pada skrin televisyen. Dia berdehem sedikit sambil menahan mata daripada tidak menangis seperti malam-malam yang sebelumnya.

Hilang sahaja Saera daripada situ, wajah kosongnya terus berubah pada perasaan sebenarnya.

Sedih.

Dia rindu Baekhyun. Semua tentang lelaki itu dia rindu. Sewaktu lelaki itu mengusiknya, rindu untuk tidur dalam dakapan Baekhyun.

Tapi, ego. Jelas yang dia menjulang egonya tinggi.

Telefonnya kosong daripada panggilan atau mesej daripada Baekhyun. Suaminya pun seperti tidak cuba untuk memujuknya. Lihat sahaja sekarang ini, sudah seminggu dia di sini, tak pernah lelaki itu datang memujuk atau memintanya pulang.

Takkanlah Baekhyun ambil serius dengan apa yang dia cakap? Kalau ya pun, susah sangat ke nak minta maaf pada Taehyung.

"Baekhyun, saya rindu awak.. "

---

Biarlah apa orang nak cakap, memang dia mudah untuk terpujuk. Sejambak bunga ros merah yang ada di atas mejanya ditatap dengan penuh suka.

Pasti daripada Baekhyun. Walaupun dia sedikit pelik kerana bunga ros yang diterima, tapi dia tak kisah. Janji daripada Baekhyun.

Baekhyun tahu bunga kesukaannya, bunga tulip.

Kad yang ada bersama jambakan bunga dicapai dan dibuka. Dibaca dengan penuh minat.

Sorry can't visit you always, but hope I'll be on your dream.

Dia tersenyum panjang. Diusap lembut bunga tersebut dan dicium dengan penuh minat.

"Puan.. "

"Ya." Sarang berpaling menghadap pintu bilik kerjanya. Sekali lagi dia terpegun, bukan kerana terpegun suka tapi terpegun lebih kepada pelik.

"Romantik suami puan, sampai bagi dua jenis bunga." Ucap Areum sambil berjalan menghampirinya dengan jambakan bunga tulip merah jambu.

"Nah puan."

Tangannya mencapai jambakan tersebut dengan teragak-agak. Dia tersenyum pada Areum sebelum dipandang kedua-dua bunga tersebut.

"Saya keluar dulu."

Sarang tak mengangguk, fikirannya lebih tertumpu pada bunga yang diterima hari ini.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now