43 I - love you

418 49 0
                                    

Dia melihat keadaan sekeliling, daripada tadi dia cuba memastikan keberadaannya. Sedikit sakit tekaknya apabila dia tersedar tadi.

Apa yang dia lihat sekarang hanyalah sebuah bilik kosong yang berlatarkan dinding bewarna putih. Tak ada apa-apa peralatan atau almari.

"Baekhyun... " Panggilnya sedikit lemah. Badannya masih tidak boleh digerakkan sepenuhnya. Terasa anggota tubuhnya tidak boleh berfungsi.

"Hyun... " Panggilnya sekali lagi. Berharap yang lelaki itu akan muncul.

Matanya hampir terpejam kembali, tapi bunyi pintu yang dibuka membuatkan dia cuba untuk terus sedar.

"Kau Sarang. Walaupun dengan aku, kau masih lagi panggil lelaki tak guna tu?"

Dia cuba menggagahkan diri, memandang orang yang sedang bercakap dengannya. Oh Sehun.

"Tak sedar yang nyawa kau ada pada tangan aku? Bila-bila masa sahaja aku boleh tarik nyawa kau." Beritahu Sehun sambil tersenyum sinis.

Ya! Bagaimana dia boleh terlupa yang Sehun membawanya ke sini. Di tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana.

Dia ingin menjerit, tapi tak mampu. Tenaganya seperti disedut. Cuma matanya sahaja yang mampu bergerak, itu pun dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya.

"Sehun.. " Nafasnya yang perlahan membuatkan ayatnya terhenti.

Sehun duduk mencangkung di hadapan Sarang. Dipandang wajah Sarang yang tidak bermaya dengan gembira.

"Tidur Sarang. Aku tahu kau penat. Sleep and rest all night, because after this, aku akan bawa kau teman kawan-kawan kau yang lain ke neraka. Dengan tenang." Ucapnya sinis sambil rambut panjang Sarang menjadi belaiannya.

----

Dia tersedar. Sepenuhnya. Sekarang baru dia dapat lihat ruang bilik yang dia berada sekarang. Seperti tinggalan rumah lama. Bingkas dia berdiri sambil cuba mencari barang-barang miliknya. Apa yang dia mahukan sekarang adalah telefon, tapi tiada satu pun miliknya berada dengannya.

Kakinya bergerak merapati pintu, tangannya mencapai tombol pintu sebelum dicuba untuk memulas. Boleh. Tapi apabila dia cuba menolak, pintu tersebut tak berganjak, seperti ada sesuatu yang menghalang.

Cemas. Dia menarik nafasnya perlahan sebelum dihembus.

"Okay, jangan gelabah Sarang. Kau akan keluar, kau akan selamat." Pujuknya pada diri sendiri. Air matanya mula bertakung, mengenangkan apa yang akan berlaku padanya nanti.

Sekali lagi dia cuba menolak, tapi tak berjaya. Digigit bibir bawahnya gusar sambil mata melilau sekitar bilik, mencari sesuatu yang dapat membantunya.

Tingkap. Matanya memandang lama pada tingkap tersebut sebelum dia bergerak dengan laju. Dia tidak tahu bila Sehun akan muncul kembali.

Setiap saat yang berlalu, debaran di dada dia semakin laju. Seperti menunggu waktu untuk dia mati. Tingkap dibuka sebelum dia memerhatik kawasan luar rumah tersebut.

Hutan. Dikelilingi dengan pokok-pokok, membuatkan dia tidak tahu di mana dia berada sekarang.

Tapi dia perlu keluar. Keluar daripada perangkap Sehun. Nasib dia agak baik apabila ketinggian tingkap itu tidak terlalu tinggi. Jejak sahaja kakinya ke atas tanah, matanya perasan pada satu laluan. Dia yakin itu jalan untuk keluar daripada kawasan ini.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now