29 don't talk to me

463 46 0
                                    

Tangannya lincah melakukan kerja, sesekali itu dipandang jam yang tergantung pada dinding bilik. Semuanya bagaikan tidak kena, selepas apa yang Chanyeol beritahu perjumpaan mereka secara tak sengaja di shopping complex, dia rasa tak tentu arah. Kalau boleh, setiap lima minit ingin ditelefon isterinya.

Memang itu yang dilakukan, tapi selepas tiga kali isterinya ditelefon, terus dia dimarah kerana menganggu urusan kerjanya.

Langsung dia tak sentuh telefon pintarnya, dibiarkan sahaja di atas meja, tapi mata masih melekat pada telefon. Perasaannya tak tentu arah.

Pagi tadi, sempat dia meminta setiausahanya untuk membatalkan semua meeting yang ada pada hari ini dan dia bernasib baik jadual hari ini tak berapa padat.

Jam sudah menunjukkan pukul empat suku, masih ada lagi empat puluh lima minit daripada waktu kerja habis. Sebenarnya dia ingin makan tengahari bersama Sarang, tapi isterinya sibuk.

Sampai sekarang dia tak makan kerana asyik memikirkan isterinya.

Parah hidupnya.  

Telefon pintar dicapai, menghantar mesej pada isteri menyatakan dia dalam perjalanan ke tempat kerja isterinya.

Pagi tadi, dia berkeras yang dia ingin menghantar isterinya. Sarang walaupun sedikit mencebik, tetap diiakan sahaja permintaan mengada-ngada daripada dia.

Barang dikemas, dimasuk dalam beg bimbit dan tak lupa mencapai kunci kereta serta telefon pintarnya.

"Saya balik dulu, Kyung Min."

Tak sempat setiausahanya ingin membalas, laju Baekhyun meluru ke lif yang masih lagi terbuka.

Dia rasa tak senang. Tiba sahaja di dalam kereta, kot hitamnya yang memang disangkut pada lengannya dicampak ke belakang. Tali leher dilonggarkan sebelum dibuka, dilakukan sama dengan mencampak ke seat belakang. Lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku ditarik lagi naik ke atas, cermin mata hitam dipakai sebelum dia memulakan pemanduannya.

---

"Selamat datang Encik. Cari Puan?" Tegur pekerja perempuan pada Baekhyun setelah kakinya jejak ke dalam kedai butik Sarang.

Dia mengangguk kecil sambil diperhati sekeliling kawasan butik tersebut.

"Maaf Encik, tapi Puan Sarang keluar jumpa dengan client. Jadi dia tak ada sekarang. Apa kata Encik duduk dalam pejabat puan dulu."

"Thanks."

Laju dia berjalan ke tingkat atas, di mana pejabat isterinya terletak. Sempat dia menyapa Areum sebelum masuk ke dalam bilik Sarang.

Matanya melekat pada sejambak bunga ros yang terletak di atas meja. Hatinya sakit dan geram. Terus dia berjalan menghampiri meja Sarang dan bunga tersebut dicapai kasar.

Ditelek bunga tersebut, kad yang terselit di situ diambil dan dibaca.

"Miss our old moment, shit!"

Kad tersebut dikonyok sebelum dicampak masuk ke dalam tong sampah. Jambakan bunga dicampak ke atas lantai sebelum dipijak bunga tersebut.

Dia berpaut pada bucu meja, dipejam rapat matanya sehingga dahinya berkerut.

Siapa?

Siapa yang berani kacau Sarang.

"Aish-"

Dia tarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Ditenangkan dirinya, bunga yang dipijak tadi dibiarkan di atas lantai. Laju dia berjalan keluar dari bilik kerja Sarang tanpa mempedulikan pekerja isterinya.

Masuk ke kereta, belum sempat enjin ingin dihidupkan, matanya terpaku pada situasi yang berlaku di hadapan matanya.

Perasaan marahnya membuak. Laju dia keluar daripada keretanya sebelum berjalan pada satu arah. Tanpa sempat menegur, satu penumbuk dilepaskan pada wajah Taehyung.

"Hyun!" Terkejut Sarang dengan kedatangan mengejut Baekhyun, lagi terkejut bila Baekhyun menumbuk Taehyung.

"Apa yang awak buat?!" Membulat matanya memandang Baekhyun, kemudian pandangannya terarah pada Taehyung yang sudah jatuh terduduk.

Baekhyun tersenyum sinis melihat Sarang yang menjelingnya dan cuba membantu Taehyung. Dia tercabar apabila isterinya melebihkan orang luar daripada dia.


Orang yang berjalan di pejalan kaki tidak dihiraukan. Perhatiannya tertumpu sepenuhnya pada Taehyung yang dibantu isterinya.

"Apa yang awak cuba buat? Tumbuk orang sesuka hati?!" Soal Sarang tak senang. Dipapah Taehyung untuk masuk ke dalam butiknya.

"Sarang, balik!" Arahnya tegas. Matanya membulat dengan nafasnya yang turun naik. Giginya diketap kuat.

Sarang berpusing ke belakang. "Selagi awak tak minta maaf dengan Taehyung, selagi tu awak jangan bercakap dengan saya." Ugut Sarang dan terus berlalu masuk ke dalam butiknya.

"Great. Damn!" Jeritnya kuat.

Dipandang lama pintu butik Sarang sebelum berlalu pergi ke keretanya. Tak mungkin dia nak minta maaf pada lelaki itu.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now