Hubungan Sarang dan Baekhyun sudah pulih, berkat ceramah yang diterima daripada Hyori hari itu. Pameran fesyen yang akan diadakan di London pula, semuanya diuruskan oleh Jessica. Benar kata Hyori, dia tidak perlu ke sana, semuanya diuruskan oleh Jessica dan dia hanya urus butiknya yang berada di sini.
"Hyun... " Panggilnya lembut. Melihatkan ketekunan Baekhyun pada kerja sehingga tidak menyedarinya, laju dia bergerak masuk ke dalam bilik kerja. Mug yang berisi kopi dibawa bersama sebelum diletak di atas meja.
Kerana bunyi hentakan daripada mug dengan meja tersebut agak kuat, baru lelaki itu sedar dengan kehadirannya.
"Sarang.. Sorry, lot of work to do. Tak perasaan awak masuk." Beritahu Baekhyun, kemudian tangannya mencapai mug tersebut. Dihirup sedikit air kopi. "Sedap.. Thank you Sarang."
Melihat Baekhyun seperti suka dengan airnya, dia sendiri terikut senyum. Kemudian dia berjalan mendekati sofa, membiarkan Baekhyun kembali hanyut pada kerja.
Memikirkan hari-hari yang berlalu terlalu cepat, dia sendiri tidak menyangka. Hampir menginjak lapan bulan perkahwinan mereka. Daripada dia dan Baekhyun asyik bergaduh, hingga sekarang. Mereka berdua dalam keadaan baik.
"Hyun.. " Panggil Sarang. Dagunya ditongkatkan dengan tangan kirinya, memandang Baekhyun yang masih fokus pada skrin laptop.
"Hurm.. "
Itu pun sudah buat Sarang sedikit gembira apabila lelaki itu menjawab. Faham benar bagaimana lelaki itu dengan kerjanya.
"Awak rasa, kita boleh bahagia ke?" Soal Sarang secara tiba-tiba. Tidak tahu dari mana datangnya soalan tersebut. Kini, matanya menerawang pada dinding bilik lelaki itu. Entah apa yang dia lihat, dia sendiri tidak tahu.
Teringat akan permintaan Eunji, dia sendiri pelik. Sudah lama dia tidak dengar berita daripada Eunji, seolah-olah wanita itu sudah memutuskan hubungan dengannya. Sampai sekarang, tidak satu pun mesejnya berbalas.
Eunji, marahkan dia ke?
Dia seperti baru tersedar, sejak masing-masing sudah mempunyai tanggungjawab, hubungan antara mereka agak renggang sekarang. Tak seperti dahulu.
Sama juga hubungan dia dan kedua orang tuanya. Walaupun dia sering bertanya khabar daripada mereka, sudah lama dia tidak datang menjenguk. Kali terakhir, dua bulan yang lepas.
Dia rindukan semuanya. Matanya tiba-tiba sahaja rasa panas, sedar yang dia ingin menangis, laju dia berdiri. "Saya mengantuk Hyun. Saya masuk bilik dahulu." Beritahu Sarang pada Baekhyun tanpa melihat wajah lelaki itu.
Baekhyun, lebih kepada berdiam diri. Soalan Sarang itu tadi banyak membuat dia berfikir ke arah lain. Bunga-bunga yang selalu Sarang dapat, bukan daripadanya.
Sehingga sekarang, dia masih cuba mengumpul bukti. Menuding pada orang tersebut, bahawa dia yang bersalah. Tapi, masih lagi tidak ada bukti yang cukup.
---
Mata wanita itu melilau dengan takut, memandang segenap ruang bilik tersebut. Pernafasannya semakin tidak teratur apabila dia sedar yang dirinya sudah diikat. Mulutnya ditutup dengan sletip, menghalang daripada dia bersuara meminta pertolongan.
Hanya matanya yang mampu bergerak bebas. Tapi itu tidak banyak membantunya. Dengan pergerakannya yang terbantut, dia rasa terkurung.
Kejadian yang berlaku tadi, bermain di mindanya kembali. Sesal dengan tindakan terburu-burunya. Dia mula menangis, akan apa yang menimpa pada dirinya sekarang.
Tidak tahu apa yang akan berlaku. Lelaki itu, dia tidak dapat menjangka apa yang akan dilakukan padanya.
Bunuh. Perkataan yang dia tidak mahu dia alami. Tidak pernah terbayang yang dia akan menghabiskan sisa hidupnya di dalam bilik gelap ini, atau dibunuh.
Memikirkan perkara tersebut boleh berlaku, dia cuba menjerit. Dengan sangat kuat. Sambil ditemani air mata yang mengalir di pipinya.
Pintu bilik dibuka dari luar, mematikan dirinya daripada terus menjerit. Berbekalkan cahaya daripada luar bilik, wajah tersebut jelas di matanya.
Membulat matanya kerana takut. Melihatkan lelaki itu semakin mendekatinya, laju dia mengesot ke belakang, menggunakan tenaganya yang tidak berapa banyak.
"Senyap" Satu perkataan yang mudah untuk lelaki itu. Tapi bukan dirinya.
Dia mula menjerit kembali, lebih kepada menunjukkan protes pada lelaki itu. Tapi apa yang dia dapat, hanya satu tamparan yang cukup kuat bagi seorang wanita. Sakit. Ingin dia melawan, tapi memikirkan peritnya tamparan tersebut, dia cuma berdiam, memandang lelaki itu dengan pandangan tidak suka.
Lelaki itu cuma tersenyum sinis. "Aku dah pesan, jangan campur urusan aku. Tapi kau degil." Dia berdiri, sambil mata tak berhenti memandang perempuan yang sudah masuk ke dalam perangkapnya.
"Kalau kau cuba buat perkara yang bukan-bukan. Kau akan jadi macam dia." Tunjuknya pada sesusuk tubuh yang ada di atas katil. Lebih kepada mayat. Dipandang mayat yang ada di atas katil dengan tidak berperasaan.
"Oh, aku lupa. Kau tak nampak. Nak aku tunjuk?" Soal lelaki itu sedikit teruja.
Dihampiri suis lampu bilik, punat on ditekan. Memberi cahaya pada satu bilik.
Dia memejamkan matanya. Sakit apabila secara tiba-tiba matanya diserang dengan cahaya. Perlahan-lahan matanya dibuka, memandang lelaki yang masih lagi berdiri di tepi pintu dengan jijik.
"Tengoklah rakan kau, yang bakal kau temani di neraka nanti." Bisiknya perlahan sebelum meninggalkan perempuan itu keseorangan di dalam bilik.
Tak sampai beberapa saat, telinganya disapa dengan jeritan perempuan itu. Bibirnya mengukir senyuman sinis, lebih kepada suka.
Kakinya mengorak beberapa langkah mendekati meja yang bersepah dengan beberapa gambar. Mulutnya bernanyi kecil dengan nada riang. Ditemani esakan halus yang datang dari bilik tadi.
Tangannya mencapai sekeping gambar, seorang perempuan yang dia sudah kenal lama. Mungkin dalam dua tahun yang lalu.
Diperhatikan dengan penuh amarah. Kalau dia tidak membocorkan rahsianya, tidak mungkin dia akan lakukan perkara sebegini pada perempuan ini.
Tapi bodoh! Semuanya tak boleh dipercayai. Direnyukkan gambar tersebut sebelum dicampak ke atas lantai.
Perempuan itu! Mangsa seterusnya.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia