28 I'm a man

468 52 0
                                    

"Sarang sure yang Baek okay?"

Aku mengeluh panjang apabila soalan tersebut menjadi soalan yang diminati Chanyeol. Sejak daripada kami masuk ke dalam kereta untuk keluar berjalan dia tak berhenti tanya soalan yang serupa selang lima belas minit.

"Baekhyun okay, dia tak kisah."

"Okay." Kulihat dia mengangguk berkali-kali. Walaupun kepalanya tegak memandang ke hadapan, tapi aku dapat lihat yang seperti resah. Sepertinya takut dengan Baekhyun.

"Oppa, jangan risau. Baek kawan oppa, takkan dia nak belasah oppa pula."

Dia tergelak kecil apabila aku menuturkan ayat yang ingin mengurangkan keresahan dia. Aku memandangnya pelik dan juga tertanya-tanya. Apa yang kelakarnya?

"Oppa kenapa?"

"Aniya, tak ada apa-apa."

Aku tak puas hati dengan jawapan pendek dia. Nampak macam nak senyapkan aku daripada terus bercakap.

"Sarang, kalau oppa tanya, jangan marah atau terasa hati ya."

"Apa dia?"

"Kenapa Sarang tak panggil Baek dengan panggilan oppa?"

Aku terdiam apabila soalan tersebut keluar daripada mulut Chanyeol. Aku sendiri tak pasti mengapa, sedangkan dulu aku pernah menggelar Baekhyun- oppa.

Tapi kenapa sekarang tak boleh?

Kalau nak cakap yang aku tak ada rasa sayang pada dia, bohonglah. Takkanlah tadi aku tak cemburu sedangkan rasa tahap nak humban orang dalam kolam dan aku rasa semua layanan Baekhyun buatkan hati aku tercuit dengannya.

"Sarang.. Kalau Sarang tak nak jawab tak apa. Oppa tak paksa pun."

Aku tersenyum kecil. Mungkin dia perasan perubahan wajahku.

"Kwaenchana. Sebenarnya Sarang sendiri tak tahu kenapa Sarang tak panggil dia oppa."

"Maybe Sarang lebih suka panggil dia guna nama. Oppa tu common sangat." Gurauku.

"Kita nak pergi mana?" Soalku yang masih lagi tidak tahu arah tujuan Chanyeol. Daripada tadi aku hanya senyap mengikuti ke mana dia bawa.

Dia takkan culik aku kan?

Merepek Sarang. Macam mana kau boleh terfikir sampai macam tu sekali.

"Window shopping."

-----

Pengalaman pertama aku membeli-belah bersama Chanyeol sungguh seronok. Dia tak berhenti bercakap dan buat lawak. Lepas ni, boleh aku list-kan Chanyeol dalam 'teman shopping' selain Eunji dan juga Saera.

Banyak juga kedai yang kami masuk, salah satunya kedai barang kemas. Bertuah Jenny kerana mempunyai kekasih seperti Chanyeol. Katanya, ingin membelikan hadiah untuk Jenny sempena ulang tahun kelahiran perempuan itu yang ke- 23.

Aku sedikit cemburu. Hari lahir aku sudah lepas. Mengeluh aku mengenangkan hari lahir aku. Kenapa perlu pada satu haribulan Januari. Terlalu cepat sangat umur aku berlalu. Tua...

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now