35 sick

402 45 2
                                    

Sarang gelisah, permintaan tak masuk akal Eunji sedikit sebanyak mengganggu tidurnya. Walaupun dia tidak mahu mengambil kisah, tapi ayat yang diutarakan oleh Eunji menjadi punca dia sebegini.

Bagaimana Eunji boleh tahu hubungan dia dan Sehun?

Sehun beritahu pada Eunji? Tapi tak mungkin, Sehun sudah berjanji dengannya. Malahan, Sehun sendiri yang meminta perkara tersebut. Merahsiakan daripada Eunji.

"Sayang.. Tak tidur lagi?" Soal satu suara, sedikit serak menunjukkan orang tersebut baru tersedar daripada tidur.

"Tak boleh tidur.." Beritahu Sarang pada Baekhyun. Matanya memandang mata Baekhyun yang kelihatan kecil.

"Sini.. " Tubuh Sarang yang sedikit jauh daripadanya ditarik rapat. Dipeluk tubuh kecil isterinya dan diusap bahu wanita itu. "Fikirkan apa?" Soal Baekhyun. Bukan dia tak nampak yang isterinya sedikit muram selepas majlis pagi tadi.

Atau yang sebenarnya, selepas Sarang bertemu dengan Eunji.

"Tak ada apa-apa." Bohongnya. Bagi dia, perkara ini tak perlu dibesarkan. Tidak mahu Baekhyun terbeban dengan masalahnya.

"Okay. Kalau ada apa-apa masalah, beritahu Hyun. I'm your husband okay? I'll always be your side." Luah Baekhyun. Sedikt terasa hati dengan isterinya, dia tahu, Sarang ada simpan masalah sendiri. Sebagai seorang suami, dia ingin tahu apa yang dipendam oleh isterinya.

Sarang terdiam, lebih kepada terkesan dengan kata-kata Baekhyun. Kemudian keadaan tadi berubah menjadi senyap. Pelukan masih kekal, cuma kedengaran dengkuran daripada mulut Baekhyun. Ini bermakna lelaki itu sudah tidur.

"Minta maaf Baekhyun, saya tak nak awak fikir yang bukan-bukan." Ucap Sarang perlahan sebelum mencium dahi lelaki itu.

---

Saera melangkah laju, bergerak menghampiri meja yang didiami seorang wanita. Dia tahu, tidak sepatutnya dia mengganggu hujung minggu wanita itu, tapi dia perlu, kerana masalah tersebut ada kaitan dengan rakannya.

"Maafkan saya sebab lambat." Pohon Saera sambil kepalanya ditundukkan sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi, berhadapan orang tersebut.

"Tak mengapa.. "

Saera berdehem sebentar, cuba memikirkan ayat yang sesuai. Matanya menangkap gerak geri wanita itu yang sepertinya cuba mengeluarkan sesuatu daripada beg.

"Ini.. " Hulur wanita itu kepada Saera. Sebuah fail kuning yang kelihatan tebal isi di dalamnya dengan kertas-kertas.

"Saya minta maaf, saya tahu perkara ini adalah sulit, tapi sekali lagi saya minta maaf."

Wanita itu hanya tersenyum. Mungkin dia juga rasa serba salah membocorkan rahsia ini. Tapi, dia perlu.

Saera menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan. Tangannya seakan takut untuk membuka fail tersebut. Tidak tahu kenapa, laju jantungnya berdegup. Memikirkan apa yang ada di sebalik fail tersebut.

Walaupun sebenarnya dia dah tahu sakit apa yang ada pada orang itu, kerana kerjaya wanita di hadapannya adalah seorang doktor.

"Saya minta maaf sebab mencelah, tapi saya perlu masuk kerja petang ini. Saya ingat nak minta diri dulu." Celah Wanita tersebut.

Saera mendongakkan kepalanya dan mengangguk kecil. Dia turut bangun menghantar pemergian wanita itu. "Terima kasih Dr. Min."

Duduk kembali dia di atas kerusi, segera matanya tertacap pada fail kuning itu. Kepalanya ditoleh kiri dan kanan, memandang sekeliling kafe, terasa seperti pergerakannya diperhatikan walaupun tidak.

Gelisah dengan permainan fikirannya sendiri, bingkas dia bangun keluar dari kafe. Dibawa sekali fail tersebut bersamanya.

Laju dia berjalan mendekati keretanya, hanya memandang ke hadapan dengan perasaan takut. Masuk sahaja ke dalam kereta, pintu kereta dikunci. Hanya itu yang dia rasakan tempat yang paling selamat.

Dan dia baru sedar, tangannya masih lagi menggeletar apabila memegang fail kuning itu. Dibuka fail tersebut dengan luas. Terpampang gambar seseorang yang dia amat kenali.

Laju mulutnya ditekup dengan tangan, matanya mula berair apabila melihat biodata pesakit tersebut. Tergeleng-geleng kepalanya perlahan, tidak ingin mempercayai apa yang baru dibaca.

Jantungnya berdegup laju, nafasnya mula tidak stabil. Tangannya menutup kembali fail tersebut. Disimpan di dalam dashboard keretanya.

Dia perlu beritahu Suho.

Dan Suho tahu atau tidak perkara ini?

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now