Pintu peti sejuk kubuka sebelum mata meneliti setiap tingkat dan penjuru peti sejuk. Mencari kek yang aku beli semalam kerana keinginan yang tak dapat dipendam.
Tapi, apa yang aku cari sekarang ni, hilang. Missing in action. Walaupun tak dapat dikesan melalui GPS, aku sudah dapat agak siapa suspek tersebut.
"Sayang cari apa dalam peti ais?"
Bingo! Suspek memunculkan diri tanpa dipinta, seperti menjerat mangsa untuk memasuki perangkap. Tapi- mana ada perangkap pun.
"Hyun, awak makan cheseecake saya?" Soalku sambil berpaling ke belakang, tak aku lupa untuk menutup pintu peti sejuk sebelum berpeluk tubuh. Memandang dia yang berdiri tidak jauh daripadaku. Mataku merenung tajam padanya, meminta jawapan bagi soalan cepumasku.
"Ah, tak." Yakin sungguh.
Aku mencebik sinis, lagak seperti seorang detektif yang pernah menyelesaikan kes pembunuhan bersiri aku memandangnya.
"Awak yakin? Kalau bukan awak, siapa? Tikus? Dia buka pintu peti sejuk, lepas tu dia panjat satu persatu tingkat peti sejuk dan makan kek tu dalam tu yang sejuknya bawah kosong darjah celsius? Atau dia bawa lari, dan makan dalam rumah dia dengan kawan- kawan dia yang lain?"
"Mungkin." Kepalanya mengangguk. Mengiakan cerita karut yang aku karang berdasarkan animasi kartun.
"Awak fikir ni cerita Oggy and cokcroah?"
"Tapi sayang, tu lipas bukan tikus."
"Tak kisahlah." Bentakku, segan apabila tersalah mengarang cerita.
Dia mengeluh perlahan, barangkali sedang menahan emosinya supaya tidak terikut dengan emosiku yang macam taufan katrina sebab tak makan kek selama sebulan. Perlahan-lahan dia berjalan mendekatiku sebelum memegang kedua-dua belah bahuku.
"Memang saya tak makan kek awak, lupa ke? Saya bukan penggemar makanan manis."
"Tapi hanya kita berdua dalam rumah ni? Kalau bukan awak siapa? Hantu?" Soalku sedikit takut, walaupun hanya sebut nama umum makhluk tu dah berjaya buat aku meremang, apatah lagi kalau aku sebut nama sebenar.
"Sayang, thinks hardly."
Aku tarik nafas dan menghembus perlahan. Seperti yang Baekhyun suruh, aku cuba mengingati kembali perjalanan meletakkan kek ke dalam peti sejuk.
Selesai sahaja beli kek tersebut, aku pulang ke rumah dengan kereta sendiri. Kemudian, kek tu-
"Hyun, dalam kereta.." Ngaduku padanya sebelum berlari laju ke arah pintu rumah, sempat tanganku mencapai kunci kereta milikku yang tergantung di tempat gantung kunci. Kemudian, kakiku kembali melangkah dengan laju ke garaj kereta, buka sahaja pintu kereta, mataku terpaku pada kotak kek yang masih cantik terletak di tempat yang sama.
Luar memang cantik, tapi aku tak sanggup nak tengok isi dalaman bila mengenangkan yang aku tinggalkan semalaman dalam kereta. Tangan mencapai kotak tersebut dengan lemah sebelum berjalan menghampiri Baekhyun yang sedang bersandar pada pintu rumah. Dengan keadaan yang berpeluk tubuh dan memandang aku dengan pandangan kosong.
"Hyun.. " Panjangku tarik namanya. Sekadar menagih simpati supaya dia sendiri memujuk aku atau ingin mengajak aku keluar untuk mencari kek.
"So, that's not my fault." Dia membela diri sendiri.
Aku merengus geram sebelum bibirku mencebik. Tak romantik langsung, aku fikir dia akan menggantikan kek aku dengan yang lain, mengajak aku keluar dengannya, dalam maksud tersirat mengajak aku dating.
"Okay. Sarang minta maaf. Dah tepi sikit." Aku bergerak ke hadapan, ingin masuk ke dalam rumah. Tapi bila melihat dia yang masih tak ingin bergerak, aku masuk melalui ruang kecil yang ada dan kerana tubuhnya yang terlalu besar, berlakunya perlanggaran 'sengaja' oleh aku. Bahunya aku langgar dengan kuat sehingga dia terdorong ke belakang sedikit.
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia