46 benci

377 38 1
                                    

Sarang menukar baju hospitalnya kepada T-shirt yang selalu dia pakai. Semenjak daripada tadi, dia tidak bersuara malahan wajah Baekhyun tidak ditatap langsung. Marah akan lelaki itu kerana menyorokkan keadaan sebenar Saera daripadanya.

Patutlah lelaki ini bagaikan tidak mahu bersuara tentang Saera, rupanya dia sorokkan sesuatu. Beg baju dizip kemudian dibawa menggunakan tangan kirinya. Tidak mempedulikan Baekhyun di sisinya.

"Sarang, biar saya bawakkan."

"Tak perlu." Tangan Baekhyun ditepis kuat. Dia tidak memerlukan bantuan daripada lelaki ini. Sungguh dia benci untuk berada dekat dengan Baekhyun. Apatah lagi untuk menerima bantuan daripadanya.

"Sarang, biar saya bawa." Baekhyun mencuba sekali lagi. Kesal dengan perangai Sarang yang berubah tiba- tiba. Tidak tahu apa salahnya. Sudah dipujuk banyak kali untuk duduk di hospital buat beberapa hari, masih lagi berdegil isterinya.

Tadi sewaktu dia sedang bermesyuarat, pihak hospital menelefonnya. Mengatakan yang isterinya mahu pulang. Gelabah jadinya sehingga mesyuarat tersebut terpaksa dibatalkan. Nasib baik anak buahnya tidak banyak merungut apabila dia berkata sedemikian.

"Tak payah. Saya boleh bawa sendiri!" Lelaki itu dijeling sekilas sebelum dia berjalan ke pintu. Belum sempat dia ingin mencapai pemegang pintu, lengan kirinya dipegang daripada belakang. Menyebabkan langkahnya terhenti.

Dia berpaling, menghadap Baekhyun. Wajah lelaki itu sudah kemerahan, nampak rahang Baekhyun tegang sambil wajahnya berkerut. "Apa ni?" Soal Sarang tidak suka. Cuba dilepaskan pegangan tersebut daripada lengannya. Dia sedar yang suaminya sedang marah, tapi hati dia lagi sakit dengan tindakan Baekhyun.

"Lepaslah.. " Bentak Sarang. Pegangan tadinya perlahan semakin kuat. Menahan sahaja dia mampu daripada tidak menjerit. Air matanya sudah bertakung melawan rasa pedih kerana digenggam Baekhyun.

"Kenapa Sarang tiba- tiba macam ni? Hyun tak suka." Amarahnya yang dikawal tadi tidak dapat ditahan. Kerana itu dipindahkan rasa marahnya melalui pegangan pada lengan Sarang, tanpa dia sengaja.

Sarang menggigil mendengar suara tegas Baekhyun. Sensitif akan hal Saera tidak habis lagi, ditambah pula Baekhyun memarahinya. "Awak tipu saya.. " Air matanya tumpah.

Pandangan Baekhyun pada wanita itu bertukar lembut melihat pipi Sarang dibasahi air mata. Sedar akan khilafnya terus dilepaskan pegangan pada tangan Sarang. Pipi isterinya diusap lembut, menyeka setiap air mata yang jatuh.

"Awak bohong saya.. Macam mana saya nak percayakan awak Hyun?" Sarang meluahkan apa yang dia rasa. Dia dapat rasakan ada banyak perkara yang lelaki imi pendamkan dari dirinya. Kecil hatinya apabila dia dianggap seperti orang lain dalam hidup Baekhyun.

"Sarang.. " Lemah suaranya melihat keadaan Sarang. Tidak tahu apa yang perlu dibalas walaupun ada pelbagai perkara yang dia simpan daripada isterinya.

"Kenapa awak sorokkan hal Saera daripada saya?" Dia inginkan jawapan yang benar daripada mulut Baekhyun sendiri. "Wae?" Ditatap wajah Baekhyun yang memberi pandangan terkejut.

"Macam mana Sarang tahu?"

"Hyun wae? Kenapa?" Dia mendesak. Dia inginkan jawapan, bukan soalan. "Hyun.."

Baekhyun mengeluh lemah. Nampaknya dia memang terpaksa menceritakan hal yang sebenar pada Sarang. Tentang semuanya. Saera dan juga Eunji. "Okay Hyun beritahu, tapi kita duduk dulu." Dia cuba menarik lengan Sarang. Ingin diajak berborak di atas sofa.

Tapi Sarang menolak. "Sekarang Hyun. Tak perlu duduk." Beritahunya dingin. Semakin lama suaminya mengelak, lagi sakit hatinya terhadap Baekhyun. Dia cuma inginkan alasan yang kukuh kenapa Baekhyun lakukan ini kepadanya.

"Okay... Biar Hyun beritahu kenapa. Hyun risau kalau Sarang stress. Salahkan diri sendiri dengan keadaan sekarang ini. Look at yourself. Awak tak sembuh lagi." Baekhyun meluahkan segala kerisauannya. Bukan dia seorang sahaja, semua ahli keluarga turut berpesan perkara yang sama.

"I'm fine. Okay? Saya tak sakit pun." Isterinya membalas, lebih kepada melawan Baekhyun.

"Tak sakit? Kalau saya sentuh bahu awak tak sakit?" Jari telunjuk dicucuk sedikit kuat pada bahu kanannya. Mendengar Sarang menyeringai, dia memandang isterinya geram. "See."

"Dah, saya nak balik. Bawa saya jumpa Saera dan Eunji." Beritahu Sarang lantas berpusing menghala ke pintu. Malas ingin berdebat lagi dengan suaminya. Tahu yang dia akan kalah, semua yang dikatakan suaminya betul dan dia salah.

"Sarang, about Eunji"

Isterinya menggenggam erat beg di tangannya. Dia mengeluh kasar. "Apa lagi yang awak sorokkan daripada saya?" Tanyanya menyampah. Tidak dipandang langsung ke belakang sambil menanti Baekhyun menjawab soalannya.

"Dia dah tak ada." Beg di tangannya jatuh.

---

"Hantar saya ke rumah omma." Arah Sarang pada Baekhyun keras. Tidak mahu dia duduk dalam satu rumah bersama Baekhyun. Itu cuma menambah perasaan sakit hatinya kepada Baekhyun.

Matanya sedikit pedih gara- gara menangis dengan kematian rakannya. Bengkak matanya dan merah seluruh wajahnya selepas dia pergi ke pusara rakannya.

"Kita balik rumah ya Sarang?" Pujuk Baekhyun. Dia tidak mahu hal ini sampai ke pengetahuan ahli keluarganya. Biarlah hal ini dia selesaikan sendiri.

"Suka hati awaklah." Kemudian Sarang senyap memandang ke luar tingkap. Penat dia berdebat dengan Baekhyun, tidak ada satu katanya pun yang suaminya ikut. Semua dilawan balik.

"Kalau awak penat tidurlah. Nanti Hyun kejut."

Sepi. Sarang tidak membalas. Cuma memandang lampu jalan yang sudah menyala terang. Dia masih lagi tiada mood untuk bemesra dengan suaminya. Kenapa perlu dirahsiakan hal yang sepenting ini? Hatinya masih lagi sakit dengan keadaan Saera, kemudian dapat tahu akan keadaan Eunji.

Tak mampu untuk menangis lagi kerana air mata yang sudah dihabiskan demi Eunji. Dia sedar akan kesalahannya. Semua ini salahnya! Berkali- kali perkataan itu melayang di dalam mindanya.

'Teman rakan- rakan kau di dalam neraka.'

Terus matanya dipejam takut. Kata- kata Sehun bermain kembali dalam mindanya. Kenapa dia tak sedar akan ayat sebenar lelaki itu. Lelaki psiko itu! Dia benci.

Semuanya terjadi kerana dia. Semuanya salah dirinya! Diketap giginya kuat menahan rasa yang bercampur baur di dalam dirinya. Baru dia sedar akan sesuatu, perasaan benci terhadap dirinya lebih mendalam. Seakan- akan semua ini berpunca dari dirinya.

☑ Behind all the lies - BbhWhere stories live. Discover now